24 Jun 2010

PENJARA PUDU NILAI SENTIMENTAL @ NILAI KOMERSIAL...???


Ramai yg menyuarakan pendapat masing2 apabila penjara penjara pudu mahu dirobohkan ad pendapat yg mahu ia dikekalkan & ada yg mahu kawasan tersebut diberi laluan untuk pembangunan. mffzone berpendapat biar kerajaan benar pembangunan berlaku disitu kerana kawasan sekitar tersebut telah byk berlaku perubahan cukup sekadar kerajaan meletak seperti tugu ker @ apa2 aje yg boleh buat rakyat ingatkan pernah satu ketika adanya penjara pudu disitu. mffzone bukan tidak menyokong dengan nilai sentimental sesetengah orang tp lebih baik kt bangunkan daripada bior ia terbior & menyakitkan mata yg memandang.


mffzone rasa penjara pudu kalau kt jadikan muzium untuk menyedarkan & menakutkan  org ramai jika ada yg melakukan kesalahan adalah tidak bertepatan. malah kalau yg nak buat salah mereka lagi tak takut jika melihat penjara pudu. Nilai sentimental penjara pudu bergantung kepada sesiapa yg menilainya. Masing2 ada pendapat sendiri untuk mempertahankan isu ini. Kerajaan pasti ada rancangan tersendiri untuk penjara pudu tetapi pastikan tidak merugikan mana2 pihak termasuk rakyat sendiri.....     

23 Jun 2010

SELESA KER DGN PENCAPAIAN SEKARANG

Entah la..... nak kata tak selesa dengan keadaan sekarang rasanya lebih baik dari dahulu. Nak kata susah rasanya lebih senang sekarang.. Adakah perlu mencari lebih dari apa yang dapat pd waktu sekarang.???. boleh ker aku dikategori sebagai tidak bersyukur dgn apa yang ada pada diri..... sekarang..? isyhhhh tpppp cukup kah untuk menampung size keluarga yg semakin bertambah ahli nyer...?? kalau nak cari lebih....!!! perlukah aku kerja Over Time @ part time @ ape time yg boleh g aku lebih $$$$$ setiap bulan...!!! 
adakah pendapatan lain yg halal yg boleh aku ceburi @ aku follow janji ada masuk $$$$ setiap bulan. Minat byk kearah nak buat Biz tp tak tahu ape biz yg nak buat... nak jual burger xpandai.. nak mesin rumput xde mesin end xpandai pun pegang mesin isshhhyyy sedih tul la.. ras mcm nak smbg belajar tp....... keluarga kena pikir lak dah la bulanan pun ngam2 $$$$ masuk n kluar lg mahu tambah kluar $$$$$. nak buat selamba jer..... dah jadi ketua keluarga kena fikir gak...... ENTAH LA

Kena solat ishtiharah la minta petunjuk dengan yang maha esa...... ALLAH
MOGA-MOGA SELEPAS SOLAT dapat lah petunjuk darinya AMIN..........

MANSUH PMR & TERUSKAN UPSR

mffzone menyokong sangat dengan pendapat pemuda UMNO malaysia bahawa hanya PMR sahaja yang boleh dimansuh & UPSR tidak perlu dimansuhkan. mffzone berpendapat jika kerajaan  mahu memansuhkan kedua-dua peperiksaan tersebut mffzone yakin rakyat malaysia pasti ramai yang tidak meyokong hasrat tersebut tetapi lebih baik pihak kerajaan hanya mansuhkan peperiksaan PMR sahaja. Dalam penglihatan mffzone jarak masa diantara peperiksaan PMR & SPM begitu dekat sudah pastu anak-anak kt akan terlalu suntuk belajar sedangkan jika anak-anak kt hanya fokus pada 1 peperiksaan sahaja seperti SPM sudah pasti anak-anak kt akan lebih fokus dan belajar tidak hanya bertujuan untuk lulus dalam peperiksaan besar sahaja sekaligus dalam tempoh masa 5 tahun di dalam sekolah menengah tersebut ianya akan digunakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk mematangkan pemikiran anak-anak remaja kt. mffzone percaya jika pihak kerajaan mahu juga memansuhkan peperiksaan UPSR pasti sebagai ibu bapa mffzone rasa ianya sangat rugi memandangkan dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5 untuk menunggu peperiksaan SPM tidakkah ia terlalu lama untuk kanak-kanak untuk menguji kemampuan mereka Malah ianya akan menyusahkankan banyak pihak terutama pihak kerajaan kerana perlu merombak balik sistem pendidikan yang sedia ada dan memerlukan banyak perubahan faktor utama terutamanya modal insan dan kewangan kerajaan. Bukankah lebih baik pihak kerajaan gunakan tambahan kewangan tersebut kepada pembangunan kemudahan awam kepada rakyat. mffzone bukanlah mahu menghentam kerajaan tetapi mffzone berpendapat lebih baik kerajaan fokus kepada pembangunan negara sambil menggunakan asas pendidikan sediada dengan melakukan sedikit perubahan tanpa membazirkan wang dan modal insan yang telah dilatih oleh pihak kerajaan juga.

mffzone- takut anak-anak disekolah rendah akan lebih banyak berkhayal tanpa peperiksaan besar 
     

19 Jun 2010

KOMISYEN AGEN

MAHU DUIT LEBIH....
 PERHATIAN...!!

KEPADA PARA PEMBACA BLOG YANG BERADA DISEKITAR JOHOR BAHRU.....
KOMISYEN AGEN AKAN DIBERIKAN KEPADA SESIAPA YANG;-
MENJUAL & MEMBAIKI 
TELEFON BIMBIT, KOMPUTER RIBA 

HUBUNGI @ SMS UNTUK MAKLUMAT LANJUT DITALIAN 

019-7546003



*komisyen tertakluk kepada harga transaksi*

LELAKI BERPUNYA LEBIH MENARIK ??

Yu ker ? Betul KEr @ sekadar Gosip semata-mata 
lelaki berpunya lebih menawan & menarik hati wanita ....? 

Ini bukanlak gosip liar @ ape-ape ajela tp .......
berdasarkan Kajin UNIVERSITI di Oklahoma telah membuktikan kesahihan persepsi itu.

Dalam kaji selidik itu sejumlah wanita bujang ditanya karakteristik lelaki idaman mereka. Lebih 90% bersetuju untuk berkenalan dengan lelaki yg telah berpunya samaada berkahwin @ mempunyai kekasih. LAbel perampas milik orang bukan lagi halangan utama untuk mereka asalkan lelaki idaman itu dipercayai boleh menjadi pendamping & pelindung yang baik.
Tetapi kajian yang dilakukan keatas lelaki bujang pula berlaku sebaliknya kerana mereka tidak suka berkawan dengan wanita yang telah mempunyai pasangan. Kajian ini juga mendapati wanita sukakan kepada lelaki yang romantis, menghormati & sopan dengan wanita.
 
hal ini kebanyakan hanya dilakukan oleh mereka yang berpengalaman. ini bermakna lelaki yang telah berpunya. 
tetapi ini hanyalah kaji selidik di sekitar sana jer..!
 
Mungkin Wanita di Malaysia tidak berpendapat begitu. Masing-masing punya taste tersendiri jangan sampai merampas hak orang lain punyaaaaaaa........!!!!!

18 Jun 2010

2 JUTA PENGENDALI BLOK

2 JUTA !!

wah byk nyer
adakah kawe tercalon dalam angka tersebut

hope termasuk lah kot walaupun kawe ni dlm kategori new blogger

entah la maybe dlm 1 ke 2 tahun ni boleh menjadi blogger pupolar

hahahahaha berangan jer tp BEN kata jgn putus asa
 apa pun...

SELAMAT BERJAYA PARA BLOGGER...!!
MENULIS JGN SAMPAI MEMBAHAYAKAN NYAWA ....


17 Jun 2010

LAGI PROPAGANDA YAHUDI !!

Boleh kt semua membezakan diantara Bangunan Kubah Batu (Dame of the ROck) & MAsjid Al-Aqsa @  kt sendiri pun tidak tahu bagaimana gambaran sebenar Masjid Al-Aqsa.
Hati-hati dengan sebarang propaganda  Yahudi. Israel telah mengambil kesempatan diatas penguasaan mereka di Palestin dengan mengatakan & memberi gambaran kepada masyarakat dunia bahawa bangunan Kubah Batu itulah sebenarnya adalah Masjidil Al-Aqsa.


Jika kt lihat di media terutama tv kt akan melihat gambar masjidil Al-Aqsa adalah seperti di bawah;


TETAPI !!

tahukah kt semua bahawa gambar tersebut adalah masjid Kubah Batu. Gambar tersebut sebenar telah dimainkan oleh media barat terutamanya Israel agar semua masyarakat dunia tertipu dengan Propaganda mereka sekaligus mereka dapat meruntuhkan Masjidil Aqsa hanya kerana mereka percaya bahawa tapak sebenar Kuil mereka berada di bawah Masjidil Aqsa.
Masjidil Aqsa pada masa sekarang berada dalam keadaan terancam kerana Puak Yahudi sedang, tengah melakukan pengalian terowong dibawah tapak Masjidil Aqsa & dikuatiri kerja-kerja tersebut akan menyebabkan Masjidil Aqsa runtuh.

 
Mungkin bila runtuhnya Masjidil Aqsa tersebut maka terdiri sebuah kuil yahudi disitu. Setiap tahun kt akan memperingati peristiwa Israk Mikraj tetapi Tahukah kt GAMBARAN sebenar MASJIDIL AQSA. 



MARILAH KT SAMA-SAMA BERKONGSI GAMBARAN SEBENAR MASJIDIL AQSA & TUNJUKLAH KEPADA ANAK CUCU KT AGAR MEREKA JUGA TIDAK MUDAH TERTIPU DENGAN PROPAGANDA YANG DILAKUKAN OLEH YAHUDI (ISRAEL) 

16 Jun 2010

SUBJEK MANDARIN, TAMIL WAJIB???

Mengikut akhbar harian utama tempatan kedua subjek tersebut bakal diajar di semua sekolah kebangsaan. Rupa nya subjek tersebut bukan wajib diambil semua pelajar ianya hanya dijadikan subjek elektif. Saya menyokong penuh hasrat kerajaan ini tp minta pihak kerajaan membuat persediaan dengan secukupnya dengan menyediakan tenaga pengajar yang benar-benar mahir. Berutung sungguh kanak-kanak sekarang mudah untuk mendapat ilmu percuma. Mungkin selepas ini tiada lagi perbezaaan bahasa diantara anak-anak kt lg sambil memudahkan pergaulan sesama mereka. Dah nampak hasrat kerajaan Dato ' Najib untuk menjadikan rakyat malasyia bersatu dibawah slogan 1 Malaysia. Bermula disekolah lah harap rakyat malaysia kembali bersatu tanpa wujud jurang perbezaan diantara bangsa, agama dan bahasa  

13 Jun 2010

KAD KREDIT KEPERLUAN ? @ SEKADAR MENUNJUK

Ramai yg beranggapan memilikki kad kredit akan membawa seseorang terjerumus ke dalam kehutangan yg serius. Itu pendapat masing-masing yg memakainyer. Tidak diketahui sebab-sebab utama mengapa KAD KREDIT sangat penting bagi seseorang. Selama ini kt sering dengar tentang keburukan "duit plastik" tersebut. Tetapi hr ni saya nak berkongsi beberapa perkara asas sebelum anda ingin memilikki "duit plastik" tersebut.

1.Mesti mengetahui kos tersebunyi untuk diatas pemilikkan kad tersebut. Selain dari bayaran yuran tahunan pastikan anda mengetahui lain-lain kos.
2. Pastikan bayaran semula penggunaan kad tersebut dibuat tepat pada masa yg telah ditetapkan (JGN LEWAT). ingat lewat lebih 2 kali setahun akan menyebabkan anda terpaksa menangung kos yg lebih tinggi dari bayaran yuran tahunan.
3. Had limit penggunaan hendaklah  tidak melebihi dari yang dihadkan. Hampir 5% cas dikenakan bagi penggunaan lebih limit.
4. Kad Hilang. bayaran kad hilang dikenakan berbeza-beza mengikut bank.
Pastikan anda mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil apabila kad anda hilang @ dicuri demi memastikan kad kredit yang hilang tidak digunakan oleh orang lain.


PILIHAN DITANGAN ANDA BUATLAH PILIHAN BIJAK DEMI MASA DEPAN ANDA SEKELUARGA


12 Jun 2010

MArilah SAma Menyokong RAKyat PALESTIN dengan menderma seikhlasnyer;

click sini untuk maklumat lanjut;

http://www.peacemalaysia.com/

TEORI MAKHLUK ASING

Haaaa kali nak tulis pasal mahluk asing yang manusia muka bumi sering membuat pelbagai andaian.
Benar atau tidak mengenai kewujudan mahluk asing dan UFO yang sering diperkatakan oleh saintis barat dan media disana. Atau mereka saje nak bikin gempar dengan berita-berita ini. Pelbagai bukti yang telah ditunjuk oleh mereka ini demi membetulkan teori mereka dan kadangkala bukti mereka ini seolah-olah diwujudkan demi untuk mempertahakan tindakan mereka. Ada diantara yang terserempak dengan mahluk asing ini mendakwa melihat piring terbang dan rupa bentuk mahluk yang tidak pernah dilihat dibumi.
Nasa juga telah mendendangkan lagu BEATLES "across the universe" ke ruang angkasa untuk menghantar mesej damai dengan mahluk asing. tergelak saya bila membaca bukti ini.HHHAHAHAHAHA......
apapun pendapat anda mengenai mahluk asing mendarat di bumi adalah hak masing-masing tetapi kt tidak boleh lupa bahawa dalam alquran juga ada mengatakan kewujudan mahluk lain selain manusia.....

WASPADA !!! Elak Kejadian Pecah Rumah

Tinggal dalam kediaman yg selesa dan selamat adalah impian setiap individu. Memastikan keselamatan kediaman dan penghuninya sentiasa berada didalam keadaan selamat adalah tanggungjawab bersama. Kebiasaan berlakunya kejadian pecah rumah ialah pada ketika penghuni tiada di rumah pada jangka masa yang lama tanpa memberitahu jiran atau polis mengenai ketiadaan penghuni.
Rumah yang ditinggalkan kosong dalam tempoh lama misalnya perlu kelihatan seperti ada berpenghuni. Justeru jika ada langganan akhbar perlulah dihentikan supaya kediaman tidak kelihatan tidak berpenghuni. Kedudukan rumah di kawasan terpencil tanpa jiran tetangga juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka. Struktur rumah juga memainkan peranan mudah dimasuki pencuri terutama jika mempunyai lubang angin di bahagian bumbung.
Meletakkan barang bernilai di sekitar atau didalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah. Penjenayah ada yang menggunakan pemutar skru atau objek tajam mengumpil pintu atau tingkap atau menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
Bumbung dan silingterbuka mengundang pemecah rumah melakukan kegiatan yang tidak bermoral. Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah, Sebaik tuan rumah membuka pintu penjenayah akan memasuki rumah secara paksa. Adalah sebaiknya jika anda terdengar paip air atau sesuatu diluar rumah berlaku pada waktu malam pastikan dan perhatikan dulu sebelum keluar menutupnya kerana dikhuatiri ia adalah perangkap.
Diantara kaedah  pencegahan yang boleh digunakan ialah sebelum meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama anda boleh memaklumkan kepada jiran terdengkat atau dibalai polis berhampiran dengan memaklumkan berapa lama anda meningalkan rumah kosong. Anda juga perlulah memastikan kawasan sekitar rumah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persembunyian pencuri.
Bersama-samalah mencegah KECURIAN dikawasan PERumahan ANda

REMAJA PEREMPUAN MEROKOK MENGATASI LELAKI

28.8% remaja perempuan
14.1% remaja lelaki


MEMBIMBANGKAN!! MENAKUTKAN!!

Dimana silapnya? berdasarkan stastik diatas mengikut akhbar tempatan sangat membimbangkan para ibu bapa. Stastik diatas diukur mengikut umur di bawah 10 tahun. Diantara alasan yang digunakan oleh kanak-kanak yang terlibat ialah untuk melansingkan badan, boleh menghilangkan tekanan dan sebagainya.

Seseorang yang telah bekeluarga perkara sebegini sangat-sangat menakutkan terutama mempunyai anak yang sedang meningkat naik/remaja. Harap saya berjaya membimbing anak-anak saya daripada terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ini.

Semoga para IBU BAPA mengambil berat perkara ini demi masa depan anak-anak mereka.
Peranan jiran-jiran, keluarga terdekat dan Guru diharapkan boleh membantu anak-anak kita dari terjebak ke salah satu masalah sosial yang menjadi masalah NASIONAL...!!!

04 Jun 2010

PANDUAN MENJAGA BARANG KEMAS

1. Pastikan anda memegang cincin pada gelungnya. Jari anda boleh meninggalkan lapisan berminyak pada batu yang akan mengurangkan kilauannya. Ia boleh diatasi hanya dengan menghembus perlahan pada permukaan cincin, gosok dengan lembut menggunakan kain.

2. Dapatkan khidmat pakar emas bg memastikan ikatan tatahan cukup kuat setiap 12 hingga 18 bulan sekali. Ini penting terutama cincin emas putih kerana lebih rapuh berbanding cincin emas lain.

3. Pastikan anda menanggalkan cincin emas / berlian setiap kali ingin melakukan kerja lasak. Jangan letakkan cincin anda ditepi sinki atau berdekatan lubang longkang kerana mungkin anda terlanggar dan boleh menyebabkan hilang / jatuh dalam lubang.

4. Simpan cincin emas secara berasingan dari barang kemas lain untuk menggelakkan dari tercalar dan kurang berkilat atau balut cincin anda dengan kain/ fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil bertutup.

5. Simpan barang kemas di tempat kering. Udara yg keterlaluan atau lembap memberi kesan kepada sebarang batu permata.

6. Klorin boleh menyebabkan barang kemas kelihatan hodoh dan buruk. Elak dari memakai cincin ketika menggunakan sebarang pencuci perkakas rumah atau ubat peluntur. ketika berenang juga tidak boleh memakai barang kemas.

7. Cara paling selamat untuk mencuci barang kemas ialah menggunakan air suam bersabun. Kekotoran yg terkumpul pada berlian boleh hilang dalam campuran 50/50 air dan amonia. Rendam cincin 30 minit kemudian kesat dengan berus gigi lembut. bilas dengan cermat dan kering menggunakan fabrik pengesat cermin mata.


8. Jika cincin berlian anda kelihatan malap, serlahkan kilauannya dengan sapuan lembut fabrik chamois. Untuk hilangkan kesan kusam, rendam dalam air suam bersabun bercampur sedikit titisan amonia dan gosok dengan berus gigi lembut. 

02 Jun 2010

CUAI JAGA ANAK KENA DAKWA

Sepasang suami isteri mungkin pasangan ibu bapa pertama yg akan didakwa di mahkamah kerana kecuaian dalam menjaga anak mereka. Pada 12 Mei 2010 2 org kanak-kanak telah hilang dari jagaan ibu bapanya dan telah diselamatkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menjadi persoalan disini ialah kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut hanya membuat laporan polis setelah 3 hari kanak-kanak tersebut hilang iaitu laporan tersebut dibuat pada 15 mei 2010. Perlukah? pihak berkuasa (POLIS) mendakwa mereka berdua. Adakah? kedua ibu bapa tersebut sepanjang 3 hari sibuk mencari anak-anak mereka.




 Jika benar dalam 3 hari tersebut mereka mencari anak mereka. Tidakkah pihak polis boleh mengggunakan budi bicara mereka untuk sedikit berlembut dengan mereka. Sedangkan mereka sekeluarga datang mencari kerja di Kuala Lumpur. Mereka sendiri pun belum mempunyai tempat berteduh dan masih menumpang di Masjid di sekitar Kuala Lumpur. Mereka sekeluarga ini sedang dalam masalah tidak mahukah pihak Polis membantu mereka bukannya lagi menyusahkan mereka.




Dimana pihak Baitulmal!!! Jabatan Kebajikan !! atau lain2 kementerian dari kerjaan yg boleh membantu mereka sekeluarga ini. Bantulah mereka mencari tempat tinggal dan pekerjaan yg sesuai dengan mereka jgnlah sampai terjadinya kes org islam mendapat bantuan dari pihak gereja atau lain agama sedangkan agensi2 kerajaan hanya berdiam diri sahaja.  



Harap2 pihak polis mempertimbangkan tindakan yang mereka akan ambil keatas mereka sekeluarga. Harapan saya juga agar keputusan yg dibuat bukan berdasarkan emosi atau tindakan untuk Popular malah akan menguntungkan mereka sekeluarga....! 

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails