13 Julai 2011

jom tgk malaysia vs arsenal


best nyer ada geng nak tgk bola....mlm ni....
tp ayah belum beli jersi malaysia lagi.......
anak ayah ni setapak maju didepan....
Go Malaysia..........!!!!

01 Julai 2011

JOM PI KARNIVAL KERJAYA SPA DI PUTRAJAYA



Tarikh : 2 & 3 Julai 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Padang Pancarona, Presint 18, Putrajaya

Aktiviti :
- Pameran Kerjaya
- Khidmat Nasihat
- Semakan Status Permohonan

Orang ramai adalah dijemput hadir.


Tarikh Tutup Permohonan : 2 & 3 Julai 2011 (Sabtu & Ahad)

19 Jun 2011

ZAMI ISMAIL (PAK UDE) MENINGGAL DUNIA


Al Fatihah......!!!

Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.


Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

petikan selanjutnya boleh layari mstar online

17 Jun 2011

Anak-anakku dikau merupakan Lambang keperkasaan kami berdua...

Wahai anak-anakku dengarlah nasihat ayahmu ini.... ibumu ibarat guru dirumah. Segala pelajaran mu akan ditangani olehnya. Ketangkasan dan ketajamannya berfikir membuatkan ayahmu juga percaya satu hari nanti kamu berdua akan menjadi penggantinya.


Wahai anak-anakku!!! janganlah kamu berdua takutkan ayahmu ini.. ayahmu garang bukan bermaksud membenci malah ayahmu terlebih-lebih menyayangi. Ketegasan ayah hanyalah mahu mendidik & mendisplinkan kamu berdua agar kamu berdua menjadi orang dikenang dan disenangi malah biar sampai kamu disanjungi.


Segala tindakan dan perbuatan kamu berdua tidak akan disekat malah disokongi... tetapi bukan bermaksud dibiarkan berbuat sesuka hati... Ayah dan ibumu berjanji akan sentiasa memastikan segala tindakan kamu berdua berada dilandasan syariat ilahi....



Ingatlah anak-anakku tingkah laku dan tindak tanduk mu berdua lambang keperkasaan dan keperibadian ayah dan ibumu. Bertindaklah mengikut akal fikiran warasmu  agar kami bangga memilikki mu. Percayalah!!! ayah dan ibumu akan sentiasa membantu dan menyokong kamu berdua demi mencapai cita-cita mu. Doa kami sentiasa mengiringi kamu berdua...


AMinnnn....!!!

12 Jun 2011

Rancangan Tv pilihan keluarga ku

Dalam keluarga ku masing-masing ada pilihan rancangan TV 
Rancangan TV pulak kesemuanya tidak sehati sejiwa 
Untungnya kesemua rancangan pilihan tidak bersiaran serentak
Kalau serentak jawabnya kena mengalah terutamanya saya 
jom saya ajak tengok rancangan pilihan dalam keluarga ku 

hampir setiap hari anak-anakku akan melihat cartoon kegemaran masing-masing

kakak dengan cartoon kegemarannya MICKEY MOUSE CLUBHOUSE


adiknyer pulak PORORO THE LITTLE PENGUIN


Isteriku pulak rancangan pilihannya lebih kepada suasana romantik pasangan pengacara  ishhhh best agaknya.....


dan ini pulak rancangan yang paling saya suka ......


tp mungkin ramai yang tidak tahu kami juga mempunyai pilihan rancangan TV bersama. Hampir setiap hari kami akan pastikan tonton bersama-sama



Angan-angan tukar kepada cita-cita

Ada satu perkara yang saya sangat suka pada kanak-kanak. Mereka suka berimiginasi dan sentiasa optimis dengan angan-angan mereka.


“Nak dapat hadiah Nobel.”

“Nak jadi polis.”

“Nak buat kereta terbang.”

“Nak jadi Perdana Menteri.”

“Nak jadi Sultan…” Erkk..


Macam-macam mereka mahu ‘jadi’. Malahan bukan setakat mahu ‘menjadi’ tetapi mereka terlalu berangan-angan. Untungnya angan-angan mereka tidak pernah dimarahi. Tidak pernah dipelekeh. Malahan angan-angan mereka diiyakan oleh sesiapa sahaja. Kanak-kanak membina identiti mereka dari angan-angan mereka. Minda mereka turut bergerak aktif apabila mereka mula berangan-angan. Mereka bebas. Bebas untuk berangan dan memilih.


Itu yang saya suka. Kebebesan mereka untuk terus berangan dan bermimpi yang pelbagai. Tidak ada siapa yang marah. Tapi apabila saya kembali ke dunia saya, angan-angan tidak ada nilai. Baiklah kalau pun tidak mahu memanggilnya angan-angan, kita panggilnya sebagai cita-cita sesuai dengan dunia kita.

“Aku nak berniagalah.”

“Aku ingat nak buka pusat paint-ball.”

“Aku target umur 30 aku dah dapat jadi CEO.”

“Nak jadi jutawan, senang sikit.”

“Lagi 7 tahun, kau tengoklah nanti. Aku memandu kereta BMW.





Mungkin bila ada rakan kita yang berkata seperti di atas. Ada yang memuncung, ada yang gelak, dan mungkin ada yang memperlekehkan cita-cita tersebut.

“Kau jangan beranganlah.” Mungkin itu jawapan balas yang biasa didengari.

Saya bersyukur berada dilingkungan rakan-rakan yang memahami. Bukan semua tetapi orang-orang yang saya sentiasa luahkan cita-cita dan perancangan saya, semuanya menyokong, malahan sedia untuk mendengar. Walaupun saya kerap-kali menghasilkan pelbagai rancangan, walaupun rancangan itu seharusnya dirancang 5 atau 10 tahun akan datang. Mereka tetap sabar mendengar. Mereka tidak pernah melekehkan cita-cita dan rancangan saya. Mereka amat bermakna buat saya.

“Ya Allah, Kau janganlah membunuh angan-anganku. Berikanlah kekuatan untuk aku merealisasikannya. Aku tahu, Kau tidak pernah mengecewakan permintaan hamba-hamba-Mu.” Munajat saya kepada Illahi. Moga Dia tidak membunuh angan-angan saya..

Bagi ingatan kita bersama, jangan kita bunuh angan-angan sesiapa pun. Kerana tidak ada siapa pun tahu, angan-angan mereka itu akan berjaya suatu hari nanti. Angan-angan ditambah dengan usaha, tidak pernah ada yang gagal. Mari kita raikan angan-angan sebagai cita-cita


persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu....

Setiap ilmu dan kepandaian di dalam apa juga bidang… samada perubatan, astronomi, pentadbiran, pembangunan, perindustrian, pertanian dan lain-lain, maka muslim (orang Islam) adalah orang yang lebih berhak memilikinya.
Rasulullah saw telah bersabda:
Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).
Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia.
Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. Orang Islam suatu masa dahulu telah belajar dan memiliki ilmu dalam pelbagai bidang sehingga golongan bukan Islam terpaksa merujuk kepada mereka. Misalnya Ibnu Sina adalah seorang tokoh perubatan Islam yang sering dirujuk dalam bidang kedoktoran.
Dalam hadith yang lain disebut, ajarlah anak kamu menulis. Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!”. Zaman yang dimaksudkan ini adalah zaman perlumbaan ilmu.
“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”
Orang Islam lemah kerana mereka tidak mempunyai ilmu, kepakaran dan tidak bercita-cita tinggi. Rasulullah saw juga bimbang umatnya lemah keyakinan. Umat Islam hendaklah berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Dalam hadith disebut “Tinggi cita-cita itu cetusan iman. Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin membina kapalterbang agar dapat memajukan umat Islam, yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.

03 Jun 2011

7th anniversary

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

"..Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7 sayang..."

22 Mei 2011

Nak komen : NUR KASIH the movie



5 bintang....
Itulah nak saya gambarkan betapa jalan cerita yang dihasilkan filem ini......
Saya nak berkongsi mengenai filem ini....
Jalan cerita ini memang sukar nak dijangka .....bila kita cuba teka apa yang berlaku seterusnya ... lain pulak yang berlaku..... contohnya    apabila nur aminah, aidil, adam mahu pulang kerumah kamera cuba fokus tangan wanita berbaju hitam seolah-olah wanita tersebut mengekori mereka tp........kita tidak boleh nak kaitkan dengan jalan cerita seterusnya malah terpaksa tunggu sehingga penghujung cerita barulah boleh dikaitkan dengan cerita tersebut....itu baru 1 contoh dan sebenarnya banyak jalan cerita yang sebegitu.....

Saya sendiri pun sebenarnya semasa dalam perjalanan pulang pun masih berbual dengan isteri mengenai watak-watak yang tidak nampak dipermulaan cerita tetapi muncul setelah di penghujung cerita sehinggakan kami sendiri terpaksa cuba menegakkan idea sendiri @ pemahaman jalan cerita sendiri.

Rasanya anda semua perlulah menonton Filem NUr KAsih The Movie ini kerana ianya berbaloi untuk bayaran tiket wayang & masa menunggu untuk beratur panjang membeli tiket filem ini....

p/s: Wife ajak tengok lagi Filem ni rasa macam nak pi lagi jommmmmmm.......!!!

AL - Fatihah .. untuk mangsa Tanah Runtuh





ALfatihah untuk semua mangsa yang terkorban dengan kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Al Taqwa Hulu Langat. Semoga mereka semua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....AMinnn.



Kepada yang terselamat semoga mereka tabah dan banyak bersabar dengan dugaan yang mereka hadapi.....
Rakyat malaysia khususnya marilah kita sama-sama membantu menghulurkan semampu yang mungkin walaupun hanya dengan berdoa.....
Saya percaya kerajaan secara amnya akan mengambil pelbagai langkah untuk mengelak kejadian seumpamanya dari berlaku......
Saya berharap agar kejadian ini merupakan kejadian tanah runtuh yang terakhir berlaku di Malaysia.....

20 Mei 2011

Prospek GANTI PTK berkuatkuasa 1 Julai 2011

PROSPEK atau Program Bersepadu Pembangunan Kompentensi akan jadi pengganti Penilaian Tahap Kecekapan. Secara bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan CUEPACS telah bersetuju penilaian berasaskan Kompetensi diteruskan dan diperluaskan skopnya.

Jom ikuti kupasan yang lebih lanjut bersama  chekgu Dahlia

Berhati-hati Ketika berjalan Mahupun yang berkenderaan dengan tingkap yang terbuka...







Tiada perkembangan terkini mengenai kes serangan asid di KL & seremban. Polis masih lagi menyiasat individu yang bertanggungjawab keatas serangan asid tersebut. Mangsa masih kekal 24 orang.  Gambar fotofit yang dikeluarkan tidak pasti masih boleh digunakan atau tidak. Ini kerana ada individu yang sama dlm foto tersebut telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan  dan pihak polis menyatakan individu tersebut tidak berkaitan dengan serangan asid di KL.

Pihak polis telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berjalan seorang diri di tempat-tempat yang sunyi dan jika tidak boleh dielakkan pasti keadaan kita berjalan melawan arus kenderaan serta jika boleh jauh dari jalanraya.

Mungkin juga kita boleh fikirkan individu tersebut bukan sahaja boleh menyerang orang awam yang berjalan kaki tetapi orang awam yang berkenderaan dengan tingkap sisinya terbuka luas terutama apabila berhenti di Lampu isyarat. Pastikan tingkap anda dibuka dengan sedikit biar tiada ruang untuk individu tersebut mengambil kesempatan.

Biarlah kita berkorban dengan duit minyak  lebih jika tingkap kenderaan yang terbuka boleh membuatkan kita merana selamanya..........

kes ragut pun masih berleluasa hati-hati .....disekeliling anda.....

18 Mei 2011

Tun Mahathir masuk Hospital IJN


Tun Mahathir dikhabarkan telah dimasukan ke Hospital Intitut Jantung Negara (IJN) kerana menjalani rawatan..

berikut petikan dari berita BERNAMA :

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu deman dan batuk sejak dua hari lalu.

"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

Sufi berkata doktor menasihati Dr Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.

- Bernama

Kami doakan Semoga TUN MAHATHIR MOHAMAD cepat sembuh dan boleh bekerja semula....AMINN!!! 

Kaum Lelaki Sekarang bermentorkan Salleh Yaacob..






Percaya tak ramai kaum lelaki sekarang telah menjadikan abg SY sebagai mentor nak jadikan contoh ikutan ... Mungkin kaum wanita tak setuju dengan pemilihan abg SY sebagai MEntor. Rasanya satu Malaya dah tau keberanian, kekuatan dan kemampuan abg SY ni. Bukan orang biasa jer yang buat pujian melangit malah pakar motivasi pun dah jadikan contoh terbaik untuk kaum lelaki yang mahu berkahwin lagi...teror sungguh abg SY ni...Lepas ni mungkin abg SY akan buka kelas motivasi untuk kaum lelaki yang mahu kahwin banyak.
Apa pun tahniah la untuk abg SY semoga mereka sekeluarga bahagia sampai akhirat...

Penduduk flat terminum Air Mayat



"Ia sungguh menjijikkan. Seluruh Keluarga saya baru sahaja menghabiskan satu periuk besar bubur kacang hijau yang saya masak pagi tadi." ujar salah seorang penduduk di Flat tersebut.

Perkara ini terjadi di sebuah Flat di Singapura yang mana mereka menggunakan air yang tercemar dengan mayat orang. Mereka ni perasan bila air yang digunakan apabila air paip mereka berwarna kekuningan dan berbuih.....Lapor sebuah Akhbar tempatan..
EHkkkkk!!! ....tak tau macamana nak cakap kalau terjadi pada keluarga sendiri....

17 Mei 2011

Tahniah kakak.....mula belajar menghafal sifir.....



Kakak dah mula belajar Sifir... masa zaman ayah apa yang ayah ingat sifir ni belajar pada darjah 2 tadika cuma belajar menyanyi jer......zaman anak ayah belajar sifir masa tadika...Betul zaman dah semakin berubah ...ayah betul tak sangka anak ayah mampu menguasai tambah dan tolak.... malah ayah cukup terkejut anak ayah sekarang tengah belajar sifir ......TEROR la anak ayah....Good Girl...!!!!!! .....Panggilan ini yang ayah selalu gunakan untuk puji kakak.......
Semoga kakak berjaya menguasai sifir ini... ayah dan ibu doakan kejayaan kakak
AMINNNN........!!!!


ps: ayah dan ibu terutamanyer tengah mencari formula bagaimana nak mudahkan kakak hafal sifir.....tolong bantu kami yer!!!

naSI KOsong Ikan MAsin......???






Perbelanjaan bulanan semakin meningkat pelbagai kos yang akan ditangung... gomen kata nak mula kaji harga minyak ROn 95 berapa agaknya naik. Jangan naik tinggi sangat la GOMEN.... mungkin boleh fikirkan cara bagaimana nak kurang baget bulanan... salah satu nyer heheheeee....makan nasi kosong, kicap n ikan masin ler......

Wife cakap sedap tu.....tp boleh ker aku makan ..anak-anak camner.....arghhhhhhh!!! takkan pasal makan pun kena berkira ...KESIAN KAT ANAK-ANAK .....
Kena tingkat kan usaha untuk cari income lebih ni ... tak boleh la lepak kosong lepas ni kena cari cara nak tambah income... sekurang-kurangnyer dapat bayar tenet aku dah la ...... usaha...usaha..usaha...usaha .....!!!!

15 Mei 2011

TERIMA KASIH CEKGHU......!!!

Selamat Menyambut Hari GUru untuk Semua CHEKGU ......di Malaysia Khasnya untuk CHEKGU anak sy di Tadika Pintar Bistari Taman Rinting...
Lagu ini Khas untuk Semua Chekgu...

1 TUBE MALAYSIA - MAHARAJA LAWAK MENONTON TANPA TERSEKAT-SEKAT......!!!

Betul  kata bro Teratakarmo menonton Maharaja Lawak melalui 1TUBE malaysia tanpa tersekat-sekat. Memang puas hati untuk anda yang tiada melanggan ASTRO WARNA.....!!!
Tq Bro Teratakkarmo...

11 Mei 2011

NAK KONGSI BLOG KERJA KOSONG....


blog ni sentiasa update dengan kerja-kerja kosong di Malaysia
jom kita follow blog ini  TAWARAN JAWATAN KOSONG

filem NUR KASIH.....sinopsis cerita nyer..!!!



Movie Review : Sinopsis Nur Kasih the Movie hasil nurkilan man yusoef
kalau nak baca klik link kat  man yusoef blogspot

Rasa xsabar gak nak tgk filem ini mungkin ini filem Box office tahun 2011 AGAKnyer...

tertarik gak dengan video trailer NUR KASIH lawak sungguh...!!!

07 Mei 2011

ibu .ibu ,ibu ,....!!

SELAMAT HARI IBU kepada  ibu-ibu di Malaysia 
Terutama buat Ibuku PAH  dan Ibu mertua ku ZALIHA semoga mereka sihat-sihat belaka AMINNNN!!!!

jom hayati lagu ini




27 April 2011

Jika ANak Berjaya mak bapak TumPang banGGa ....tp jika Sebaliknya...??

Semua Ibu bapa mengimpikan anak-anak mereka berjaya di dunia malah diakhirat. Jika dilihat suasana sekarang hampir kesemua ibu bapa mengambil pelbagai langkah bagi membantu anak-anak mereka berjaya. Tidak salah kalau dikatakan hampir sepertiga dari pendapatan bulanan akan disalurkan kepada prospek pembelajaran anak-anak. 

Dengan peruntukkan sedemikian tidak mustahil harapan kita sebagai ibu dan bapa terlalu tinggi diletakkan dibahu anak-anak kita untuk mereka berjaya. Malah tidak salah kalau mengatakan anak-anak kita selalu berada dalam tekanan ketika dalam proses untuk menjadi orang dewasa.

Jika anak-anak kita berjaya tentu kita akan tumpang bangga malah gembira dan mesti terdetik dihati bahawa kita berjaya mendidik mereka. Tetapi jika mereka tidak berjaya adakah kita akan meninggalkan mereka berseorangan.....malah adakah kita akan memarahi mereka ....??. membanding-bandingkan mereka dengan anak-anak jiran yang berjaya.!! Tentu tidak ... Moga-moga kita berjaya mengawal diri dari melakukan itu semua.

Marilah kita semua selaku ibu bapa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anak-anak kita walaupun anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Semoga dengan pelakuan kita ini membuatkan mereka bangga mempunyai kedua ibubapa yang masih menyayangi mereka walaupun mereka tidak membanggakan kita semua.

AMINNNN....!! 

26 April 2011

Best GAK dengar timew permulaan &Chorus lagu ni

Senyum senyum senyum
Senyum senyum


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

BERJANJI IBARAT BOLEH MEMBERI BULAN & BINTANG tp..





Tak paham benar dengan kebanyakan orang di Malaysia ni. Bila berjanji pelbagai tawaran akan diberikan tp bila nak memenuhi entah la mungkin janji tinggal janji......

Bila datang lagi disuruh datang pada tarikh berikutnya. Bila agaknya nak settle masalah ni....
Kesian gak pada orang tadi terkebil-kebil sambil menelan air liur seolah-olah kehausan menerima jawapan.
Agaknya kalau aku yang terima jawapan apa reaksi aku isshhhhhhh...


MELETUP KOT........!!!!

13 April 2011

FENOMENA LAUT TERBELAH 2 DI KOREA

 
 
Fenomena ini berlaku di Korea Selatan iaitu apabila paras air laut di Pulau Jindo dan Pulau Modo surut serentak sedalam enam hingga tujuh meter. Ia akan membentuk laluan sementara menghubungkan dua daratan sepanjang
2.8 km
dan selebar 
40 - 60 m
Fenomena ini menghasilkan pemandangan seolah-olah lautan terbelah dan ianya berlaku selama sejam.
2 kali
dalam setahun sama ada pada MAC atau MEI dan juga pada JULAI
 
 

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails