KEDAIKU

 



1) Menjual dan Membaiki ;-
- Telefon bimbit berjenama, terkini dan Harga berpatutan.
  (NOKIA, MOTOROLA, SAMSUNG, SONY ERICSSON)


- Pelbagai Aksesori seperti beg telefon, bateri, pengecas, dan lain-lain lagi.
- Komputer Desktop, Komputer Riba dan Aksesorinya.

Membaiki ;-

- Telefon bimbit (Skrin, Keypad dan Lain-lain)
- Komputer Desktop, Komputer Riba dan Aksesori.

HARGA BERPATUTAN DAN BOLEH DI RUNDING
Pengambilan dan Penghantaran disediakan di kawasan sekitar JOHOR BAHRU.





*harga tertakluk kepada pasaran dan jenis kerosakan yang diperbaiki*





2) Produk Untuk Otak 


 Harga Examo CKM 500 (Warna Biru) : RM56.00
Harga Examo CKM 500 Plus (Warna Hijau) : RM28.00
Harga Examo Econopack (Biru & Hijau) : RM80.00
Examo-CKM500 Plus
Isi : 16 Biji Tempoh Pengunaan : 4 Bulan Kesusuaian : Semua peringkat, Istimewa yang sedang belajar dan membuat persiapan mengambil peperiksaan.Kesan kegunaanMembantu melekaskan tindakan EXAMO-CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO-CKM 500. Peranannya sama seperti pemangkin (catalyst).
Lain-lain kegunaanDapat membantu EXAMO-CKM 500 terutama dalam kes-kes berikut:Lupa yang amat teruk Hilang semangat untuk belajar dan bekerja Peribadi terbelah (split Personality) Perasaan mendengar bisikan dari belakang Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong Kemungkinan kesan kemudaratanTiada
Cara makan1 biji 1 kali seminggu

Examo-CKM 500
Formula Istimewa Dr. Azizan


Kategori: Biokimia
Isi: 450 Biji
Tempoh Penggunaan: 3 Bulan hingga 1 Tahun
Kesesuaian: Semua peringkat dari bayi hingga orang dewasa


EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.
EXAMO – CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturate Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranganlah, timbullah keadaan-keadaan seperti:Lesu Lemah Mengantuk Sengal otot dan sendi Lapar dan Dahaga Marah-marah Tidak dapat meneruskan kerja Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.

Bagaimana hendak memulihkan tenaga?


Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:Memberi semangat dan perangsang Beristirehat Makan dan Minum Memberi semangat dan perangsang
Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan manjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya. Berisitrehat
Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirehat bolehlah ia meneruskan kerjanya. Makan dan Minum
Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang telah digunakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan? Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur, gandum, teh dan sebagainya.

Demikian Juga Halnya Dengan Otak

Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisi, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.

Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:Perasaan gementar, cemas dan bimbang Bersifat pesimis dan bersikap negatif Kurang keyakinan terhadap diri sendiri Selalu letih dan tidak bertenaga Sering diganggu kesedihan tidak menentu Serabut fikiran dan kelesuan otak Lemah daya berfikir dan rasa malas Mudah lupa dan rasa jemu Kurang daya tumpuan Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.

Bagaimana Hendak Memulihkan Tenaga Otak?

Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:Memberikan semangat dan perangsang Berisitirehat Makan dan Minum Memberi semangat dan perangsang
Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti “Jangan Putus Asa. Cuba Lagi. Saya Yakin Kamu Boleh Berjaya.”

Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakan seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri.

Beristirehat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakanya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 1000,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.
Makanan dan Minuman
Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.

Apakan nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga otak? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.

Pendapat orang

Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu.

Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah.

Kecerdasan Akal
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang itu tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.

Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.

Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendtritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antar ramisaraf-ramisaraf dendrit.

Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.

Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertubuhan ramisaraf dendrit otak?

Jawabnya: BOLEH

Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau Zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.

EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dindrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.

Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu.

Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikian juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.

EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).

EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para sainti mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Megnesium Fospat bertindfak melambatkan kematian sel-sel otak ini.

Di dalam EXAMO-CKM 500 ke semua rumusan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeopathic Pharmacoposia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna.
Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO-CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

Kesan KegunaanMeningkatkan Kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrid neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl dan lain-lain. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluab naklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit. Lain-lain kegunaanPayah tidur Migrain Lelah Kanak-kanak degil Orang pendiam, malu, takut dan pemarah Gangguan mimpi-mimpi gerun Pesakit jiwa atau mental Cara Makan:
Dikemam dalam mulut

Bayi kurang (1 tahun) ................. 1 biji
Kanak-kanak (1-7 tahun) ................. 2 biji
Kanak-kanak (7-14 tahun) ................. 3 biji
Dewasa (14 tahun ke atas ................. 4 biji

Minggu pertama ................. 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 ................. 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya .................1 kali sehari



3) Produk Wanita Bersalin


Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.
Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH.
Bagi mereka yang mengambil rencana SALINDAH ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan SALINDAH bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan ataupun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun ras sakit tidak bersungguh.
Hasil kajian yang begitu lama, SALINDAH mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. SALINDAH merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. SALINDAH Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.
Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.
KHASIAT & PANDUAN PENGGUNAAN SET SALINDAH
PERINGKAT SEBELUM BERSALIN
 1)  Masa Guna-  Mulai minggu ke-12 hamil
Khasiat - Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilang atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan  aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.
2) Masa Guna - Mulai minggu ke-24 hamil

Khasiat - Memberi zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.
 3) Masa Guna - Mulai minggu ke-28 hamil

Khasiat - Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi had bersalin.
Catatan:
lbu yang menggunakan SALINDAH dari item B1 (bermula dari 12 minggu hamil) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar cerdas, keras tulang dan gigi, subur tumbesaran tubuh, dan sukar didatangi penyakit, Insya'Allah.
4) Masa Guna - Mulai 4 minggu sebelum bersalin

Khasiat - Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.
5) Masa Guna - Mulai 2 minggu sebelum bersalin

Khasiat - Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
 6) Masa Guna - Mulai 1 minggu sebelum bersalin atau semasa dalam 'labour pain'

Khasiat - Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.
Catatan:
Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan. Tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan diganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. Insya Allah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul, kesan daripada remedi item B6.

PERINGKAT LEPAS BERSALIN
 7) Masa Guna - selepas bersalin

Khasiat - Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan pernanahan.
 8) Masa Guna - Mulai 5 jam selepas bersalin

Khasiat - Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.
9) Masa Guna - Mulai hari ke 2 selepas bersalin

Khasiat - Remedi istimewa menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu.
10) Masa Guna - Mulai hari ke 6 selepas bersalin

Khasiat - Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.
11) Masa Guna - Mulai hari ke 7 selepas bersalin

Khasiat - Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas-kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.
12) Masa Guna - Mulai hari ke 21 selepas bersalin hingga lepas pantang.

Khasiat - Remedi ini menjaga kesihatan lbu selepas bersalin sentiasa agar sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran
Catatan:
IBU boleh guna barut dan tungku panas jika mahu. Pantang terus kopi, cili, kari, makanan berempah, paling tidak sehingga 2 minggu selepas bersalin. Ubat lepas bersalin ini dirumus bersama akar kayu dan bahan-bahan herba. Tidak perlu guna ubat-ubatan lain. Jika ANAK yang dilahirkan kelihatan kuning (berpenyakit kuning) dapatkan remidi khas untuk itu.

PERATURAN MENGGUNAKAN SALINDAH
PRODUK B1 - B6 - DIGUNAKAN SEBELUM BERSALIN 
Ceraian
Kandungan
Mula makan
Cara Makan
B1
336 biji
3 bulan hamil atau bila disahkan hamil (minggu ke-12 / awal hamil)
2 biji 2 kali sehari (makan hingga habis)
B2
120 biji
6 bulan hamil (minggu 24)
2 biji 2 kali sehari (makan hingga habis)
B3
336 biji
7 bulan hamil (minggu 28)
2 biji 2 kali sehari (makan hingga habis)
B4
30 biji
1 bulan sebelum jangkaan bersalin
1 biji sekali sehari (makan hingga habis)
B5
84 biji
2 minggu sebelum jangkaan bersalin
2 biji 3 kali sehari (makan hingga habis)
B6
30 biji
1 minggu sebelum jangkaan bersalin
*
1 biji sekali sehari (makan hingga habis)
*
Jika ada tanda hendak bersalin seperti pendarahan sedikit atau pecah air ketuban atau sakit makan 1 biji setiap 15 minit














  

PRODUK L7 - L12 - DIGUNAKAN LEPAS BERSALIN
Ceraian
Kandungan
Mula makan
Cara Makan
L7
30 ml
Kegunaan luaran sahaja: Sapu pada pusat bayi dan luka jahitan ibu
L8
30 biji
5 atau 6 jam selepas bersalin
1 biji setiap 1 jam (makan hingga habis)
L9
16 biji
Pada hari ke-2 (selepas habiskan L8)
1 biji 4 kali sehari (makan hingga habis)
L10
96 biji
Pada hari ke-6 (selepas habiskan L9)
2 biji 3 kali sehari (makan hingga habis)
L11
220 ml
Minum pada hari ke-7
1 atau 2 sudu , 2 atau 3 jkali sehari (minum hingga habis) sebelum makan
L12
96 biji
Pada hari ke-21 (selepas habiskan L10)
2 biji 2 kali sehari (makan hingga habis)


















Semoga ibu-ibu beroleh kesihatan yang baik dan mendapat cahaya mata yang comel, cergas dan pintar.
*  Kod Ceraian:

B = BELUM (Belum Bersalin)
L  = LEPAS (Selepas Bersalin)

Info Lanjut Produk    

Kegunaan CERAIAN SALINDAH selain dari untuk ibu mengandung:


B1 - Demam, selsema, batuk, terpukul, lebam, bengkak sendi, radang-radang, luka (hancurkan B1 & tabur atas luka) bedarah, pecah penjarum, muntah, sakit kepala, sakit gigi, tambah darah bagi orang pucat.

B2 - Kurang selera, tambah darah, sakit dalam tulang

B3 - Payah tidur,pelupa, malas, takut-takut

B4 - Masalah meroyan lama, sengugut, sakit kepala berdenyut

B5- KHAS UNTUK WANITA HAMIL SAHAJA

B6 - Bengkak sendi, sengugut penyakit putih (Lukorea), memulas dalam perut

L7 - Luka, calar, dibuat basuhan dan kompres.

L8 - Sakit kepala, demam garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, meracau dan menjerit.

L9 - Lebam terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah, cirit berdarah memulas, suara parau banyak cakap dan mimpi gerun kisah kematian.

L10 - Kuatkan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.

L11 - Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk seisi keluarga.

L12 - Sebagai tonik khusus untuk wanita dan masalah-masalah pada wanita.

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails