19 September 2018

KELAHIRAN ANAK KETIGA

Syukur Alhamdullilah kehadrat allah swt diatas limpah kurniaan rezekinyer dengan kelahiran anak ketiga.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh kami diantaranya saya sendiri tidak menyangka dengan rezeki anak yang dikurniakan oleh allah kepada keluarga kami memandangkan kami bercadang hanya untuk memiliki dua orang anak sahaja.


Pelbagai dugaan juga dihadapi oleh isteri sepanjang 9 bulan mengandung diantaranya telah disahkan menghidap diabetes, kedudukan uri terlalu kebawah berada ditahap 3 ke 4 pada usia kandungan 7 bulan, bayi lambat pusing, air ketumban terlalu banyak. Isteri juga diarahkan untuk hadir ke hospital untuk penelitilian lanjut dengan pakar perbidanan.

Pada usia kandungan 39 minggu 2 hari lagi sebelum genap 40 minggu kami sepakat untuk k


ehospital supaya isteri disaring kerana bimbangkan kandungan setelah isteri mengadu sakit pingang selama 3 hari. Namun isteri dibenarkan untuk pulang memandangkan isteri baru mengalami sakit bersalin yang kecil dan memandangkan bukaan baru 2cm.

Setelah menunggu selama 2 hari, isteri masih tidak menunjukkan tanda -tanda hendak bersalin tetapi memandangkan isteri menghidap kencing manis yang tinggi kami diarahkan pergi ke hospital setelah genap 40 minggu untuk dibantu bersalin secara normal.

Setibanya dihospital isteri disaring dan masih disahkan belum ada tanda-tanda nak bersalin. Walaubagaimanapun pakar mengesahkan isteri perlu di induce dan ditahan diwad bersalin. Setelah genap 24jam ieteri disahkan perlu ke dewan bersalin. Isteri juga meminta saya turut berada didewan bersalin bersama-samanya.



Didalam dewan bersalin isteri telah diberi induce untuk membantu dalam proses kelahiran. Kami berada di dewan bersalin selama 8 jam untuk menunggu kelahiran bayi kami. Alhamdulillah Tepat pada pukul 315 isteri telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.6kg secara normal.


Semoga dengan kelahiran bayi perempuan ini akan bertambah rezeki dan keberkatan buat keluarga kami.



13 Jun 2014

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Assalamualaikum..nak berkongsi Makna Bacaan Dalam Solat

 Allahu AkbarAllah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal 

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Beruntunglah orang yang mendapat nikmat khusyuk sewaktu menyembahNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2).

 Wallahu'alam...

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails