21 Januari 2011
Ingat orang muda jer......rupa nyer orang tua pun sama...!!!
Namun kalau kita perhatikan kebanyakan warga emas ini berkahwin adalah berdasarkan mahu mempunyai teman berbual dan tempat bercerita selain ingin berkongsi suka dan duka bersama-sama. Kita juga maklum bahawa kebanyakan warga emas ini telah hidup berseorangan kerana kematian pasangan dan anak-anak juga telah mempunyai keluarga menyebabkan mereka ini tinggal bersendirian. Pastinya mereka ini mahukan seorang membantu menguruskan diri malah menjadi teman berbual sepanjang masa tanpa mahu menggangu masa anak-anak mereka yang telah berkeluarga.
Gembira melihat mereka-mereka ini yang kelihatan sangat bahagia walaupun mereka berkahwin semula di usia senja.......!!! (Sekadar menghadirkan beberapa contoh :-)
19 Januari 2011
Isteri meroyan salah siapa....????
SUSAH MALAS NAK BUAT.....????
Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.
Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.
Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu.
Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.
Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.
Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.
Ibu bapa merupakan agen yang banyak mempengaruhi seseorang kanak-kanak. Ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan seseorang itu. Segala yang ibubapa lakukan banyak memberi kesan kepada perkembangan mental kanak – kanak. Ibubapa perlulah prihatin dalam hal ini. Ibubapa perlu memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan mengajar anak-anak mereka dengan ilmu yang betul. Sikap sukakan matematik perlu ditanam kedalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Ibubapalah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka perlu memperkenalkan anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi. Perkembangan ilmu yang bermula di rumah akan memberi kesan yang besar kepada penguasaan dan minat kanak-kanak tersebut kepada ilmu itu. Kanak-kanak tersebut mungkin akan dapat menguasai ilmu itu dengan berkesan dan sangat berminat dengan subjek tersebut.
Di asmping itu sebagai ibu bapa, kita juga perlu untuk mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian kita. Sarankan anak-anak kita supaya gunakan matematik dalam kehidupan di mana yang perlu.
Masyarakat yang mundur dan bodoh tidak menyedari kepentingan matematik dan ini menyebabakan pelajar dalam masyarakat tersebut memandang rendah subjek matematik dan menganggap subjek tersebut tidak penting serta tidak mempelajari ilmu tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Oleh sebab itu, masyarakat mesti disedarkan betapa pentingnya subjek ini. Langkah ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan melalui kempen – kempen.
Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai – nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang – rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.
1) berasaskan proses penyelesaian masalah
2) berpusat kepada murid (murid mengambil bahagian yang aktif)
3) memberi latihan yang sebenar (dalam proses kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis
4) menggalakkan murid alami proses pembelajari secara mengalami situasi yang sebenar
5) mengggalakkan murid membuat penyelidikan
2) mengkaji masalah
3) mengumpul maklumat
4) meganalisis masalah
5) merumus masalah
Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.
Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan perbezaan terhadap masalah yang dikaji.
Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid untuk mengemukan sebab ynag munasabah bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena.
Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telahdibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.
Kaedah perbincangan
Perbincangan boleh menjadi satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebas bergantung penilaian yang dijalankan. Disini peranan guru atau ibubapa boleh berubah mereka sepatutnya kurang bercakap, walaubagaimana pun mereka harus meransang pelajar mengeluarkan pendapat, bertanya, memikirkan jawapan, memberi komentar dan menyelesaikan masalah, guru dan ibubapa tidak seharusnya menjadi sumber rujukan utama sumber maklumat tetapi bertindak sebagai permudah aktiviti perbincangan.
Matlamat dalam kaedah ini adalah memperkembangkan kebolehan dalam matapelajaran matematik dimana kaedah ini, mempertajamkan fikiran pelajar, melatih keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik dan mengalakkan perkembangan kanak-kanak dalam matematik menjadi lebih subur.kaedah ini juga bermatlamat dalam melatih keupayaan murid dalam membuat perhubungan idea, membina keyakinan dalam diri kanak-kanak, memperluaskan ilmu pengetahuan dan juga bermatlamat mengembangkan kemahiran dalam diri kanak-kanak tersebut.
Kaedah menyelesaikan masalah.
Didalam kaedah ini kanak-kanak dikehendaki mengatasi rintangan atau kerumitan untuk mencapai matlamat. Faktor utama dalam menyelesaikan apa jua masalah matematik adalah dengan mengunakan segala pengalaman lampau dalam mendapatkan sesuatu penyelesaian yang belum pernah diketahui oleh kanak-kanak tersebut.Dalam kaedah menyelesaikan masalah terdapat 5 pekara yang telah dikaji.
(1) Pencapaian konsep
Dalam menyelesaikan masalah jenis lain kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata.
Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh para psikologist.
Kaedah dapatan
Peranan guru dan ibubapa ialah untuk mengadakan perbincangan terbuka dan untuk mendorong murid mengeluarkan pendapat serta memberi jawapan kearah yang ingin matlamat dicapai. Pendukung kaedah ini adalah Hilda Taba, beliau menerangkan kaedah ini dapat membentuk dan membina kebolehan dalam menyelesaikan masalah dikalangan murid dimana daripada maklumat yang tidak lengkap murid terpaksa berfikir dan mencari jawapan dan dengan secara tidak langsung mereka dapat belajar sendiri.
Kaedah ini dapat mengekalkan pembelajaran murid kerana segala maklumat dan kesimpulan telah digunakan semasa pembelajaran. Menurutnya juga kaedah ini seharusnya dapat pegerakan atau motivasi intrinsik dikalangan murid dan pelajaran dapatan harus mencungkil, mencabar dan melahirkan minat dalam diri murid.
Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena yang bermakna tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik memerlukan fahaman yang rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan membuat taakulan memainkan peranan penting untuk membawa kefahaman rasional ini, disamping kebolehan membuat perkaitan antara satu dengan yang lain diperlukan juga.
Dalam situasi pengajaran didalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah,
Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan langkah ketiga iaitu mengucapan isi kandungan dihadapan guru. Dengan itu latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.
Walaubagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid. Namun begitu ia tidak harus ditolak secara bulat-bulat kerana banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kaedah ini.
Sebenarnya terdapat terlalu banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang matematik.
11 Januari 2011
MENABUNG …. PERLU DIPAKSA @ SUKARELA…….
Dizaman era globalisasi ini duit adalah segala-galanya. Mahu tidak mahu kita mesti menempuhnya dengan hati terbuka. Persoalan disini adakah kita sudah bersedia untuk menempuhi kehidupan yang hanya berpaksikan duit untuk hidup & memilikki harta benda.
MENABUNG…!! adakah amalan ini masih di praktikkan & diguna pakai oleh anak-anak kita. Atau sudahkah amalan ini dilupakan.? Atau modus operandinya sudah berubah mengikut peredaran zaman. “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” peribahasa yang dikaitkan dengan amalan menabung.
Kesedaran menabung haruslah dipupuk sejak kecil lagi bermula saat selepas kelahiran. Ibu bapalah seharusnya mewarnai kehidupan anak-anak kecil dengan amalan berjimat cermat dengan menabung. Peluang berbuat demikian sekarang terbuka luas. Pelbagai pihak sama ada kerajaan @ swasta telah mengadakan pelbagai program menabung seperti Tabung Haji, PTPTN, Bank-bank tempatan & syarikat Insurans tempatan.
Kesedaran ini menabung ini hendaklah diiringi dengan komitmen secara tetap setiap bulan perlu dilakukan oleh ibu bapa walaupun secara paksaan demi masa depan anak-anak kita. Kita sebagai ibu bapa perlulah menjadi orang yang bertangungjawab menyediakan platform yang baik untuk anak-anak agar kita tidak disalahkan oleh anak-anak sekiranya mereka tidak berjaya dimasa hadapan.
08 Januari 2011
yANG MANA BEST ....KECIL @ BESAR..
HAHAA...HAAAA ....AKU...LUPA.
Kelakar betul si nazmi ni ..... aku hampir nak tukar siaran Tv lain tp bila si nazmi ni keluar aku dgr suara dia pun nak gelak .... korang tgk la sendiri RAJALAWAK ASTRO...
p/s; nak smbg gelak HAHAHAHA ..........HAAHAHA eh aku LUPA tak boleh ketawa banyak
03 Januari 2011
ASSALAMUALAIKUM CIKGU, SELAMAT PAGI CIKGU, TERIMA KASIH CIKGU
BESAR ...KECIL.....CANTIK......TETAPI.......
02 Januari 2011
GANJARAN BERGANDA......!!!

01 Januari 2011
Ciri-Ciri Pemikir Bijak
- Cekal
- Luwes
- Reflektif
- Kurang impulsif
- Ingin tahu
- Mengambil risiko
- Mahir menyoal
- Tidak mudah putus asa
- Asertif
- Berkerjasama
SAMBUNGAN RP
Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:
1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.
2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat Anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.
3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.
4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.
Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan
Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:
-
Usahawan
Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.
-
Bank
Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.
“JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”