28 Jun 2012
KEBAIKAN SOLAT DARTI SUDUT SAINS
26 Jun 2012
LEGOLAND. .....!! hampir siap....
Tak sabar nak tunggu pembukaan rasmi dijangka bulan sept 2012. Harap pembinaan siap dlm tempoh yang ditetapkan. Saya nak berkongsi gambar sebahagian daripada Legoland di Johor yang hampir siap;
25 Jun 2012
AYUH JOHOR TERUSLAH BERGERAK KEHADAPAN....!!

23 Jun 2012
ANIMASI MALAYSIA YANG SUNGGUH MEMBANGGAKAN.......!!!
Anak-anak saya sangat suka dengan 2animasi ini. Saya cakap dengan mereka, ini hasil daripada kreativiti orang malaysia. Saya cakap dengan mereka supaya mereka kreativ macam pencipta upin ipin & boboiboy dalam ape jua bidang pun.
SEKITAR PAMERAN MOSTI NEGERI JOHOR
Gambar di PERSADA JOHOR sekitar Pameran Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor
22 Jun 2012
SENYUM & CERIA
Pasti kita rasa seronok jika kita melakukan perkara yang kita suka. Teruskanlah melakukan perkara yang membuatkan kita rasa gembira. Apabila kita gembira ia akan melahirkan perasaan positif pada diri dan meningkatkan kualiti tenaga diri kita. Semakin baik tenaga positif yang kita hasilkan dalam diri, semakin kuat menarik perkara-perkara positif yang lain kepada hidup kita.
Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah membuang perasaan benci, kecewa sedih dan lain-lain dalam diri kita. Apa yang perlu adalah sentiasa senyum dan ceria kerana ia akan menarik lebih banyak tenaga positif yang ada disekeliling kita sekaligus membuatkan diri kita sentiasa sihat dengan mengamalkan cara tersebut.
Jawatan kosong di LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai LHDN1.
Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 (5 Kekosongan)
Tarikh Tutup Permohonan: 25 Jun 2012
MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN:
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/LHDN2012.pdf
BESIKAP TERBUKA
hari ini nak berkongsi sifat-sifat yang boleh menarik wang kepada anda yang dihasilkan oleh en amar mahmood (buku rahsia minda jutawan):
Sentiasa terbuka pada peluang kekayaan.
Anda pasti pernah menolak beberapa peluang perniagaan semata-mata sikap malas, takut dan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan perniagaan itu.
Apabila anda kerap menutup peluang-peluang itu, minda separa sedar membaca sikap andyang tidak mahukan peluang kekayaan dan tidak mampu melihat peluang kekayaan yang berada di sekeliling anda.
21 Jun 2012
Jawatan kosong di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Johor
Jawatan kosong:
Pembantu Tadbir (P/O) N17 (kontrak)
Iklan sebagaimana gambar.
DARI YANG KECIL LA KITA PERLU TUNJUKKAN PENGHARGAAN......!!!
Ramai orang selalu mengeluh dengan setiap sen yang mereka perolehi tetapi tahukah anda..? bahawa masih ramai lagi orang lain yang mundur dan susah untuk mendapat wang setiap hari. Cuba bayangkan jika kita berada ditempat mereka, sudah tentu kita akan menghargai setiap sen yang mengalir keluar dan masuk dalam kehidupan seharian.
Tunjukkanlah penghargaan pada wang yang kita ada, terima, jumpa atau sebagainya walaupun jumlahnya tidak sebesar mana. Menunjukkan penghargaan sebenarnya adalah tanda rasa syukur keatas wang yang ada di tangan.
Secara tidak disedari, sekiranya kita melahirkan rasa syukur pada wang yang diperolehi, ia menunjukkan kita menumpukan pada perkara yang positif ataupun kepada perkara yang diinginkan iaitu wang terus mengalir masuk kepada kita.
Semoga dengan menunjukkan rasa syukur juga tuhan akan menambah lagi rezeki yang diterima malah akan menjadikan rezeki itu diberkati.

posted from Bloggeroid
20 Jun 2012
TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA


posted from Bloggeroid
16 Jun 2012
SAYA YANG SALAH.....tak saya yang salah....
Org 2 ; tak saya yang salah awak tak salah...
Dah lama tak mendengar perkataan sebegini di ungkapkan...... Rasa perkataan sebegini hanya didengar dikalangan org2 tua sahaja. Jika tidak salah ungkapan sebegini merupakan salah 1 sifat rendah diri yg tinggi yg ada pd diri seseorang yang baik budi pekertinya.
Melihat kepada keadaan di zaman berteknologi tinggi ini kadangkala buat saya terfikir masih adakah. ? Orang yang memilikki sifat merendah diri terutamanya bangsa melayu malah seorang yang mengaku dirinya islam.
Jika dilihat pd keadaan sekeliling tidak salah menyatakan kebanyakan rakyat malaysia terutama melayu islam kini sudah kurang mempratikkan nilai-nilai murni ini. Sedih melihat bangsa melayu islam kini tanpa segan silu menyalahkan, menunding jari kepada orang lain. Kemana hilangnya adab dan nilai-nilai murni yang selama ini diamalkan oleh bangsa melayu.
Malah bertambah sedih apabila melihat melayu berkopiah, berperwatakan warak pula yang bertindak berlebihan mengungkapkan kata2 yang kurang sopan terjerit2 seolah-olah lupa bahawa islam lebih mementingkan nilai murni dalam kehidupan..
Pening memikirkan jawapan yg mahu dijelaskan pd anak2 yg kecil bila mereka bertanya akan hal ini. Entahla. ...... Semoga generasi akan datang lebih tinggi amalan nilai-nilai murni mereka apabila negara mencapai negara maju pada tahun 2020.

posted from Bloggeroid