20 Mei 2010

SUAMI BERTANGGUNGJAWAB BOLEH BENTUK ISTERI & ANAK SOLEH

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya". (Hadis Riwayat at Tarmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-wahidi).

Firman Allah yg bermaksud :
"Dan juga mereka (yg diredai Allah itu ialah orang) yg berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata ( menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang yang bertakwa." (surah al furqan, ayat 74).

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Suami yg bertanggungjawab terhadap isteri dan anak hingga menjadi isteri dan anak yang baik dan beriman, wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah seperti disebutkan dalam hadis.

Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yg layak dikategorikan sebagai imam kerana banyak pengabaian tanggungjawab dilakukan oleh mereka. Tidak dinafikan banyak kes kaki suami yang hinggap di pundak isteri mahupun anak tanapa perasaaan belas kasihan.

Selalu benar seorang suami itu cenderung mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi. Isteri solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Mana mungkin suami mengharapkan penyejuk mata melalui isteri dan anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara betul.
Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang. sesungguhnya disinilah letaknya soal kepimpinan melaui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan kosep ketam berjalan yang menjadi amalan kebanyakan kita.Cakap Serupa bikin antara kunci kejayaan suami yang menjadi imam kepada makmum iaitu isteri serta anak dalam sebuah rumah tangga yg bertakwa.

02 Mei 2010

MELATIH ANAK GUNA OTAK KANAN

Otak sebelah Kanan lebih efektif dari otak sebelah kiri tetapi perlulah dipraktikkan penggunaannya. Saya telah praktik benda ini & dah nampak keberkesanannya.  Saya dpt ilmu ini pun dr 1 laman tp tak ingat laman tu. Terima Kasih kepada saudara yg telah sudi berkongsi catatannya:-

1. Sewaktu anak baru nak tidur @ tidur2 ayam, kt cakap kat anak dengan sepenuh hati dan sejujurnya yg kt syg kat mereka, mereka budak baik, anak yg soleh@solehah, pandai & sbgainya. Sebab waktu kanak2 tidur ayam inilah otak kanan sedang bekerja, manakala otak kiri sudah tidur. tp kena buat dgn ikhlas hati .... klu buat dgn marah tak jadi... Jika anak2 telah tidur, ramas jari & tangan mereka supaya mereka kembali berada dlm keadaan tidur2 ayam. Saya sering puji anak saya yg dia budak baik, rajin tolong ayah & ibu & rajin pi sekolah, alhamdulillah sekarang anak saya suka nak ke sekolah bila dikejut waktu pg. 

2. Ajar anak  guna Kad contoh Kad A,B,C-Z. Tunjuk kad tersebut secara laju2 & cepat2 sebab bila kt tunjuk kad laju2  otak kanan mereka akan bekerja keras utk tangkap ape2 yg kt tunjuk. Anda boleh menggunakan pelbagai pendekatan seperti gmbr2 & huruf2 mengikut kemahuan & kesesuaian anda sendiri.

3.Gerak kerja tangan adalah hasil dr otak kanan, ajar anak2 anda main tanah liat, water colour, melukis, mengunting, origami dsbnya. Memang la akan byk benda bersepah tp takpe... demi utk anak kt .... 1 lg cuba anda semua lukis gmbr tp anda lukis sebelah sahaja contoh lukis rama2 sebelah sahaja kemudian suruh anak anda sambung lukis utk sebelah lg.. ini slh 1 cara dpt mengaktifkan otak sebelah kanan... anda tahu kenapa org cina & jepun pandai2 sebab mereka makan guna chopstik... mereka mengaktifkan tangan & menggunakan otak sebelah kanan utk mengawal chopstik tersebut.

4.Jangan marah anak2 @ tengking mereka kerana mereka akan menyimpan semuanya dlm otak kiri ... kalau kt termarah, kt mesti cepat minta maaf & mesti memuji mereka....

5. 1 cara lg utk membantu mereka ialah dgn develop they all punya imiginasi dgn mula bercerita kat mereka kemudian minta mereka menyambung cerita tersebut, walaupun kadang2 cerita mereka entah ape2 jer ... biarkan mereka habiskan cerita mereka.... selepas mereka bercerita puji mereka dgn mengatakan cerita mereka sgt bagus...

6. Bermain teka-teki dgn mereka, example letak 1 brg dlm 1 kotak suruh mereka teka ada apa dlm kotak tersebut. kt boleh bantu mereka dgn memberi klu2 .... mcm bgtau warna, bau, bunyi, reka bentuk & sbgnya.

Tp ingat semua benda @ game yg kt nak buat mesti buat dlm tempoh masa setengah jam sahaja kerana selepas setengah jam mereka akan mula merasa bosan.

Sebelum buat exercise, kt mesti tenang & relaks..... xbleh buat dlm keadaan tidak bersedia... bila semua nyer berlaku sebagaimana yg dirancang jgn terlalu egoooo. sbb smua nyer berlaku dgn izin Allah yg Esa. Alhamdulillah!!!!!!

1 lg sy nak berkongsi sesama pembaca...KAUNSELOR UTM, Dr Syed Mohd SHafek berkata perkataan "JANGAN" seboleh2nyer tidak digunakan kepada anak2 kt.... contoh TOlong SEnyap Along........ berbanding ...... Jangan Bising ALong...!!!!!.

Paling Penting sekali dlm islam menggalakkan kt sbg ibubapa bercakap2 & berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah diantara waktu2 doa dimakbulkan.......



IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails