16 Jun 2010

SUBJEK MANDARIN, TAMIL WAJIB???

Mengikut akhbar harian utama tempatan kedua subjek tersebut bakal diajar di semua sekolah kebangsaan. Rupa nya subjek tersebut bukan wajib diambil semua pelajar ianya hanya dijadikan subjek elektif. Saya menyokong penuh hasrat kerajaan ini tp minta pihak kerajaan membuat persediaan dengan secukupnya dengan menyediakan tenaga pengajar yang benar-benar mahir. Berutung sungguh kanak-kanak sekarang mudah untuk mendapat ilmu percuma. Mungkin selepas ini tiada lagi perbezaaan bahasa diantara anak-anak kt lg sambil memudahkan pergaulan sesama mereka. Dah nampak hasrat kerajaan Dato ' Najib untuk menjadikan rakyat malasyia bersatu dibawah slogan 1 Malaysia. Bermula disekolah lah harap rakyat malaysia kembali bersatu tanpa wujud jurang perbezaan diantara bangsa, agama dan bahasa  

13 Jun 2010

KAD KREDIT KEPERLUAN ? @ SEKADAR MENUNJUK

Ramai yg beranggapan memilikki kad kredit akan membawa seseorang terjerumus ke dalam kehutangan yg serius. Itu pendapat masing-masing yg memakainyer. Tidak diketahui sebab-sebab utama mengapa KAD KREDIT sangat penting bagi seseorang. Selama ini kt sering dengar tentang keburukan "duit plastik" tersebut. Tetapi hr ni saya nak berkongsi beberapa perkara asas sebelum anda ingin memilikki "duit plastik" tersebut.

1.Mesti mengetahui kos tersebunyi untuk diatas pemilikkan kad tersebut. Selain dari bayaran yuran tahunan pastikan anda mengetahui lain-lain kos.
2. Pastikan bayaran semula penggunaan kad tersebut dibuat tepat pada masa yg telah ditetapkan (JGN LEWAT). ingat lewat lebih 2 kali setahun akan menyebabkan anda terpaksa menangung kos yg lebih tinggi dari bayaran yuran tahunan.
3. Had limit penggunaan hendaklah  tidak melebihi dari yang dihadkan. Hampir 5% cas dikenakan bagi penggunaan lebih limit.
4. Kad Hilang. bayaran kad hilang dikenakan berbeza-beza mengikut bank.
Pastikan anda mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil apabila kad anda hilang @ dicuri demi memastikan kad kredit yang hilang tidak digunakan oleh orang lain.


PILIHAN DITANGAN ANDA BUATLAH PILIHAN BIJAK DEMI MASA DEPAN ANDA SEKELUARGA


IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails