03 Januari 2011

BESAR ...KECIL.....CANTIK......TETAPI.......



Apa tujuan sebenar semua ini dibina... Adakah untuk rakyat Malaysia @ orang asing. Sudahkah pendapatan rakyat Malaysia mencapai tahap pendapatan rakyat negara maju. Ishhhh rasa mustahil..!!!
 Kalau anda semua perhatikan rupa bentuk rumah kat Malaysia terutama di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur & Shah Alam dimanakah rakyat malaysia sebenarnya duduk??. Contoh di Johor Bahru purata harga rumah disini adalah berharga RM100k tidak kira dimana kawasan dekat dengan bandar Jb @ jauh semua nyer RM100k. Purata pendapatan rakyat Malaysia untuk  satu tahun RM15k hingga RM25k. Adakah mencukupi untuk membeli harga rumah sebegitu.
Cuba anda perhatikan juga di kawasan rumah yang berharga RM100k ke atas banyakkah kelompok bumiputera yang mampu memilikki rumah yang berharga RM100k. Diharap pihak kerajaan akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul ini supaya perkara ini tidak akan menimbulkan keadaan yang tidak senang dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah & sederhana. Kerajaan juga disarankan agar memantau harga rumah dibawah RM200k sepertimana yang kerajaan amalkan dengan memantau harga rumah dibawah RM100k. 
Semoga dengan pemantauan tersebut selaras dengan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

02 Januari 2011

GANJARAN BERGANDA......!!!









Berlipat kali ganda ganjaran yang diberikan kepada pemain Malaysia selepas menang Piala Suzuki 2010. Pelbagai pihak tampil menaja & memberikan ganjaran sehinggakan ganjaran akujanji oleh SAM berjaya dikumpul sebanyak RM90k. Safee juga dikhabarkan menerima tawaran dari 3 kelab berbeza. Dasyat sungguh impak yg dibuat oleh pemain Malaysia ini. Berdasarkan laporan akhbar-akhbar utama di Malaysia pemain-pemain akan diberi RM5k hingga RM10k seorang. Kalau benarlah jumlah begini banyak yg akan diterima oleh pemain tidak mustahil ramai lagi anak-anak muda belia akan terus meminati sukan utama di dunia Bola Sepak.    Mungkinkah selepas ini banyak keluarga di Malaysia akan menggalakkan anak-anak lelaki mereka bersukan terutama sukan bola sepak atau mungkinkah Pelajaran bukan lagi faktor utama pengukuran kejayaan seseorang setelah sukan menjadi pilihan ramai remaja untuk menjadi lebih kaya dalam umur yang muda seperti yang di dilakukan oleh Dato Nicol David, Dato' Lee Choon Wei & Pemain bola Sepak kita.....

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails