Wahai anak-anakku dengarlah nasihat ayahmu ini.... ibumu ibarat guru dirumah. Segala pelajaran mu akan ditangani olehnya. Ketangkasan dan ketajamannya berfikir membuatkan ayahmu juga percaya satu hari nanti kamu berdua akan menjadi penggantinya.
Wahai anak-anakku!!! janganlah kamu berdua takutkan ayahmu ini.. ayahmu garang bukan bermaksud membenci malah ayahmu terlebih-lebih menyayangi. Ketegasan ayah hanyalah mahu mendidik & mendisplinkan kamu berdua agar kamu berdua menjadi orang dikenang dan disenangi malah biar sampai kamu disanjungi.
Segala tindakan dan perbuatan kamu berdua tidak akan disekat malah disokongi... tetapi bukan bermaksud dibiarkan berbuat sesuka hati... Ayah dan ibumu berjanji akan sentiasa memastikan segala tindakan kamu berdua berada dilandasan syariat ilahi....
Ingatlah anak-anakku tingkah laku dan tindak tanduk mu berdua lambang keperkasaan dan keperibadian ayah dan ibumu. Bertindaklah mengikut akal fikiran warasmu agar kami bangga memilikki mu. Percayalah!!! ayah dan ibumu akan sentiasa membantu dan menyokong kamu berdua demi mencapai cita-cita mu. Doa kami sentiasa mengiringi kamu berdua...
AMinnnn....!!!
17 Jun 2011
12 Jun 2011
Rancangan Tv pilihan keluarga ku
Dalam keluarga ku masing-masing ada pilihan rancangan TV
Rancangan TV pulak kesemuanya tidak sehati sejiwa
Untungnya kesemua rancangan pilihan tidak bersiaran serentak
Kalau serentak jawabnya kena mengalah terutamanya saya
jom saya ajak tengok rancangan pilihan dalam keluarga ku
hampir setiap hari anak-anakku akan melihat cartoon kegemaran masing-masing
kakak dengan cartoon kegemarannya MICKEY MOUSE CLUBHOUSE
adiknyer pulak PORORO THE LITTLE PENGUIN
Isteriku pulak rancangan pilihannya lebih kepada suasana romantik pasangan pengacara ishhhh best agaknya.....
dan ini pulak rancangan yang paling saya suka ......
tp mungkin ramai yang tidak tahu kami juga mempunyai pilihan rancangan TV bersama. Hampir setiap hari kami akan pastikan tonton bersama-sama
Langgan:
Catatan
(
Atom
)









