14 April 2013

Khasiat yg tersembunyi di TEMPOYAK

SEBUT saja tempoyak tentu saja terbayang bahan berwarna kekuningan berbau masam hasil penapaian durian.Durian yang rasanya manis, kaya dengan kalori menjadi pantang larang bagi mereka yang menghidap penyakit kronik.

Malah kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Sering terbayang keenakan nasi dengan gulai tempoyak atau sambal tempoyak isi daripada 'raja buah' yang telah diperam.Tentu saja ada yang 'baik' di sebalik tempoyak yang menjadi makanan harian nenek moyangnya sejak sekian lama.

Tempoyak yang dihasilkan daripada pengasingan isi durian dan biji dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik.

PERCAYAKAH anda...Kajian yang dijalankan mendapati tempoyak mempunyai nilai probiotik (miliki mikroorganisme baik) di dalamnya.

SUMBER RUJUKAN

Published with Blogger-droid v2.0.10

09 Mac 2013

LELAKI BERJANGGUT LEBIH SEKSI



Trend sekarang kebanyakkan lelaki sekarang akan tampil berjanggut, berjambang. Ada juga lelaki yg berjanggut dikaitkan dengan faktor budaya, agama dan status ekonomi.

Jika dilihat trend berjanggut bukan sahaja dikalangan orang biasa malah pelakon-pelakon terkenal pun sudah berpenampilan berjanggut. Jika dahulu wanita mencari putera raja yang mukanya bersih, kini situasinya berbeza lelaki yang berjanggut dan berjambang dengan kemas lebih menawan hati.

sama ada ia satu trend atau kegilaan imej berjanggut dan berjambang tidak lagi dikaitkan dengan pengganas malah wanita lebih tergila-gilakan lelaki yang berpenampilan sebegini kerana mengambarkan rupa sebenar lelaki sejati yang gagah dan berpengalaman.




sumber; Rencana Utusan Malaysia 9/3/13

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails