Wanita sering memikirkan pelbagai perkara terutama membabitkan umur, perancangan masa hadapan & sbginya. Kenapa wanita kini takut bila berbicara tentang kehidupan di masa hadapan...Adakah wanita sekarang cerewet @ memilih dlm kehidupan. Perkahwinan merupakan impian semua orang terutama wanita. Saya sering mendengar wanita akan bercakap tentang perkahwinan bila umur akan mencapai 26 tahun keatas.
Adakah wanita sudah percaya tentang wanita akan lebih ramai dari lelaki????. Setuju kah anda bahawa saya katakan wanita akan berkahwin dengan sesiapa saje bila umur wanita tersebut akan mencapai umur 26 tahun . Wahai wanita tidakkah anda mahu mengaku bahawa wanita semakin berani memikat lelaki tidak seperti dahulu wanita hanya menunggu lelaki memikatnya.
Tetapi adakah wanita sekarang tidak kisah dengan status lelaki yang mereka akan berkawan tanpa memikirkan lelaki tersebut sudah mempunyai keluarga. Atau adakah wanita sekarang sudi untuk berkongsi lelaki dengan sekaum dengannya hanya semata2 untuk tidak hidup sendiri di masa hadapan atau mendapat gelaran ANDARTU dimana gelaran tersebut yang menakutkan semua kaum wanita.
Saya bukanlah anti kaum wanita tetapi sekadar membincangkan perkara yang sering didengar bila berhadapan dengan kaum WANITA.
Semoga perbincangan saya ini tidak menguris mana2 pihak.
23 Mei 2010
20 Mei 2010
SUAMI BERTANGGUNGJAWAB BOLEH BENTUK ISTERI & ANAK SOLEH
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yg layak dikategorikan sebagai imam kerana banyak pengabaian tanggungjawab dilakukan oleh mereka. Tidak dinafikan banyak kes kaki suami yang hinggap di pundak isteri mahupun anak tanapa perasaaan belas kasihan.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya". (Hadis Riwayat at Tarmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-wahidi).
Firman Allah yg bermaksud :
"Dan juga mereka (yg diredai Allah itu ialah orang) yg berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata ( menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang yang bertakwa." (surah al furqan, ayat 74).
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Suami yg bertanggungjawab terhadap isteri dan anak hingga menjadi isteri dan anak yang baik dan beriman, wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah seperti disebutkan dalam hadis.
Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yg layak dikategorikan sebagai imam kerana banyak pengabaian tanggungjawab dilakukan oleh mereka. Tidak dinafikan banyak kes kaki suami yang hinggap di pundak isteri mahupun anak tanapa perasaaan belas kasihan.Selalu benar seorang suami itu cenderung mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi. Isteri solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Mana mungkin suami mengharapkan penyejuk mata melalui isteri dan anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara betul.
Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang. sesungguhnya disinilah letaknya soal kepimpinan melaui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan kosep ketam berjalan yang menjadi amalan kebanyakan kita.Cakap Serupa bikin antara kunci kejayaan suami yang menjadi imam kepada makmum iaitu isteri serta anak dalam sebuah rumah tangga yg bertakwa.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)









