04 Jun 2010

PANDUAN MENJAGA BARANG KEMAS

1. Pastikan anda memegang cincin pada gelungnya. Jari anda boleh meninggalkan lapisan berminyak pada batu yang akan mengurangkan kilauannya. Ia boleh diatasi hanya dengan menghembus perlahan pada permukaan cincin, gosok dengan lembut menggunakan kain.

2. Dapatkan khidmat pakar emas bg memastikan ikatan tatahan cukup kuat setiap 12 hingga 18 bulan sekali. Ini penting terutama cincin emas putih kerana lebih rapuh berbanding cincin emas lain.

3. Pastikan anda menanggalkan cincin emas / berlian setiap kali ingin melakukan kerja lasak. Jangan letakkan cincin anda ditepi sinki atau berdekatan lubang longkang kerana mungkin anda terlanggar dan boleh menyebabkan hilang / jatuh dalam lubang.

4. Simpan cincin emas secara berasingan dari barang kemas lain untuk menggelakkan dari tercalar dan kurang berkilat atau balut cincin anda dengan kain/ fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil bertutup.

5. Simpan barang kemas di tempat kering. Udara yg keterlaluan atau lembap memberi kesan kepada sebarang batu permata.

6. Klorin boleh menyebabkan barang kemas kelihatan hodoh dan buruk. Elak dari memakai cincin ketika menggunakan sebarang pencuci perkakas rumah atau ubat peluntur. ketika berenang juga tidak boleh memakai barang kemas.

7. Cara paling selamat untuk mencuci barang kemas ialah menggunakan air suam bersabun. Kekotoran yg terkumpul pada berlian boleh hilang dalam campuran 50/50 air dan amonia. Rendam cincin 30 minit kemudian kesat dengan berus gigi lembut. bilas dengan cermat dan kering menggunakan fabrik pengesat cermin mata.


8. Jika cincin berlian anda kelihatan malap, serlahkan kilauannya dengan sapuan lembut fabrik chamois. Untuk hilangkan kesan kusam, rendam dalam air suam bersabun bercampur sedikit titisan amonia dan gosok dengan berus gigi lembut. 

02 Jun 2010

CUAI JAGA ANAK KENA DAKWA

Sepasang suami isteri mungkin pasangan ibu bapa pertama yg akan didakwa di mahkamah kerana kecuaian dalam menjaga anak mereka. Pada 12 Mei 2010 2 org kanak-kanak telah hilang dari jagaan ibu bapanya dan telah diselamatkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menjadi persoalan disini ialah kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut hanya membuat laporan polis setelah 3 hari kanak-kanak tersebut hilang iaitu laporan tersebut dibuat pada 15 mei 2010. Perlukah? pihak berkuasa (POLIS) mendakwa mereka berdua. Adakah? kedua ibu bapa tersebut sepanjang 3 hari sibuk mencari anak-anak mereka.




 Jika benar dalam 3 hari tersebut mereka mencari anak mereka. Tidakkah pihak polis boleh mengggunakan budi bicara mereka untuk sedikit berlembut dengan mereka. Sedangkan mereka sekeluarga datang mencari kerja di Kuala Lumpur. Mereka sendiri pun belum mempunyai tempat berteduh dan masih menumpang di Masjid di sekitar Kuala Lumpur. Mereka sekeluarga ini sedang dalam masalah tidak mahukah pihak Polis membantu mereka bukannya lagi menyusahkan mereka.




Dimana pihak Baitulmal!!! Jabatan Kebajikan !! atau lain2 kementerian dari kerjaan yg boleh membantu mereka sekeluarga ini. Bantulah mereka mencari tempat tinggal dan pekerjaan yg sesuai dengan mereka jgnlah sampai terjadinya kes org islam mendapat bantuan dari pihak gereja atau lain agama sedangkan agensi2 kerajaan hanya berdiam diri sahaja.  



Harap2 pihak polis mempertimbangkan tindakan yang mereka akan ambil keatas mereka sekeluarga. Harapan saya juga agar keputusan yg dibuat bukan berdasarkan emosi atau tindakan untuk Popular malah akan menguntungkan mereka sekeluarga....! 

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails