- Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum bercakap lagi
- Apabila bercakap dengan mereka guna ayat atau perkataan yang pendek-pendek
- Apabila bercakap pastikan ada ruang diantara satu ayat dengan ayat supaya anak ada ruang untuk memberi maklum atau tindakbalas.
- Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan.
- Selalu membacakan buku dan bercerita dengan anak-anak
- Dedahkan anak-anak dengan interaksi sosial seperti perbualan diantara kita sebagai ibu bapa mereka.
- Banyakkan aktiviti harian yang boleh digunakan unutk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa. Antaranya mengemukakan soalan, arahan dan bercakap-cakap dengan mereka.
- Ibu bapa perlulah menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh anak-anak.
p/s: bayi ini pun perlukan perhatian juga
salam, tips2 yg bagus....
BalasPadam