18 Mei 2011
Tun Mahathir masuk Hospital IJN
Tun Mahathir dikhabarkan telah dimasukan ke Hospital Intitut Jantung Negara (IJN) kerana menjalani rawatan..
berikut petikan dari berita BERNAMA :
Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.
Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu deman dan batuk sejak dua hari lalu.
"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.
Dr Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.
Sufi berkata doktor menasihati Dr Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.
- Bernama
Kami doakan Semoga TUN MAHATHIR MOHAMAD cepat sembuh dan boleh bekerja semula....AMINN!!!
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
JOM KOMEN DISINI