20 April 2010

ALAHAI PENJAWAT AWAM!!!

Sy br selesai menggunakan perkhidmatan di KLinik Kesihatan. Bukan tujuan sy utk mengutuk @ mengata dgn perkhidmatan yg mereka berikan kepada org awam tp sy selaku penjawat awam juga berasa malu dgn tindakan JUrurawat tersebut. Org awam yg dtg ke KLinik tersebut juga tersinggung dgn kelakuan tidak sopan & tidak beradab Jururawat tersebut. Sy tak pasti adakah jururawat tersebut dtg bulan, dah MONOpauL @ ada masalah keluarga. Apa yg pasti Jururawat tersebut bukanlah tergolong dlm umur muda @ Pertengahan. Apa yg boleh dilihat umur JUrurawat tersebut adalah seperti mak sy sendiri tp apa yg dilakukan oleh jururawat tersebut mengambarkan yg dia bukannyer seorang ibu yg boleh dicontohi oleh anak muda sekarang.

Dimana adab sopan yg sepatutnya ditonjolkan oleh seorang ibu malah sebagai seorang jururawat senior terlatih mereka2 ini telah dihantar berkursus bertahun-tahun oleh kerajaan agar dia dpt memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada org awam. Sy sendiri tidak faham kenapa ada segelintir penjawat awam yg masih bersifat sedemikian sedangkan yg dia perlu sedar org awam tersebut lah yg telah membayar gaji mereka ini. Mungkin mereka ini tak pernah memikir hal siapa yg membayar gaji mereka tp mereka perlu realistik & sedar bahawa mereka juga mempunyai keluarga. Tidakkah Mereka sedar bahawa jika anak cucu mereka terlihat tindakan mereka ini akan menyebabkan mereka sendiri malu.

Sy juga telah dihantar berkursus oleh kerajaan & apa yg sy tahu kerajaan mahukan penjawat awam memberikan contoh terbaik kepada org awam & pembayar cukai agar mereka sentiasa berpuas hati dgn perkhidmatan yg kt berikan. Pada pendapat sy  apa jua tindakan yg dilakukan oleh penjawat awam memberikan impak yg besar terhadap persekitaran secara tak langsung mempengaruhi cara pergaulan anak2 muda zaman sekarang jika yg dewasa tidak memberikan contoh terbaik bagaimana pula anak2 zaman sekarang nak ikut.

Kerajaan telah melakukan pelbagai tindakan & menyediakan pelbagai prasarana yg baik utk kemudahan org awam tp jika modal insan yg sering kerajaan mahukan tidak dapat di terjemahkan oleh penjawat awam nescaya rugi lah kerajaan. Adakah kt mahu org awam tidak lg mempercayai & menghormati penjawat awam malah menambahkan  lagi tanggapan buruk org awam kepada kt sedangkan penjawat awam sendiri yg mahukan mereka berfikir seperti itu.

FIKIR2kan lah

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails