27 Mei 2010

MILIKKI KEDIAMAN IKUT BAJET

Rumah yg selesa dan menarik di kawasan kejiranan yg aman serta berdekatan degan pelbagai kemudahan pastinya menjadi idaman setiap pembeli. Bagaimanapun, tidak semua beruntung dapat memilikki kediaman idaman yg mempunyai ciri-ciri yg diimpikan berikutan nilai rumah yg tinggi akibat daripada nilai hartanah yg mahal terutama di tgh2 kawasan bandar. Langkah 1 sebagai pembeli yg bijak, kita perlu selidik dulu kawasan hartanah yg bakal dimilikki. Tidak salah jika pada hari cuti terutama  dihujung minggu, kita mengambil kesempatan bersiar-siar sambil meninjau kawasan perumahan yg menarik perhatian dengan melawat rumah contoh atau pejabat pemaju perumahan.

Lebih mengutungkan jika pemaju mengadakan hari terbuka yg membolehkan bakal pembeli melihat rumah contoh dan mendapatkan nasihat dari segi pinjaman kewangan dan undang-undang daripada pihak yg dijemput pemaju pada hari berkenaan. Jadi, secara tidak langsung pembeli mendapat gambaran awal mengenai kawasan rumah yg bakal dibeli selain mengetahui bajet yg diperlukan untuk memilikki kediaman idaman. Tidak dinafikan nilai hartanah yg tinggi menyumbang kepada peningkatan harga rumah. Lazimnya hartanah di kawasan tengah bandar yg dipenuhi pelbagai kemudahan termasuk laluan masuk yg banyak dan berdekatan dengan pusat perniagaan mempunyai nilai yg tinggi.Tentunya, harga rumah turut mahal.

Bagi yg belum mendirikan rumah tangga atau bilangan ahli keluarga yg kecil atau pasangan yg baru berkahwin tentunya tinggal di pangsapuri tiga bilik tidak menjadi masalah dan masih berasa selesa. Tetapi bagi yg mempunyai keluarga yang besar, tentunya lebih selesa jika dapat memilikki rumah yang lebih luas dan mempunyai laman untuk anak-anak bermain.

Kediaman yg dekat dengan tempat kerja sering menjadi pilihan kerana ia dapat mengurangkan kos pengangkutan termasuk minyak kenderaan dan tol. Selain itu, pilihlah kawasan kediaman yg menpunyai jalinan pengangkutan awam atau lebuhraya bagi memudahkan urusan. Kejiranan yg aman juga perlu diambil kira selain kemudahan asas seperti padang permainan, surau, sekolah & lain2 lg. Pusat asuhan kanak2 juga amat penting bagi pemilihan rumah idaman.
Pilihlah pemaju perumahan yg mempunyai rekod yg baik bg mengelakkan kita membeli rumah yg berkualiti rendah dengan harga yg mahal, selain mengelakkan kerugian akibat kelewatan rumah disiapkan sehingga menyebabkan pembeli terpaksa menanggung beban hutang dengan bank.

Reka bentuk rumah juga memainkan peranan kerana kita bukan tinggal di rumah itu sehari dua tetapi bagi tempoh yg lama. Jika rumah yg cantik dan selesa tentunya kehidupan harian lebih sempurna. Apa Lg pilihan ditangan anda, jadilah pembeli yg bijak dan membeli rumah idaman mengikut bajet masing2.

PETROL NAIK LAGI??????

Betul Ker????? adakah berita kenaikan minyak ini akan menjadi kenyataan woooi mesti harga barang naik lagi... adakah pengguna akan bertukar kepada NGV (Natural Gas Vehicle)???.
Harap2 kenaikan minyak ni tidak terlalu tinggi & membebankan pengguna awam. Jika minyak naik !!!.. Tambang Pengangkutan awam akan mengikut naik juga. Sudahkah? Pengangkutan Awam meningkatkan taraf perkhidmatan mereka. Mungkin Kerajaan telah banyak membuat kajian yg mendalam sebelum membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak. Sudah pasti kerajaan telah ada alasan tertentu untuk beritahu pada rakyat mengenai kenaikan harga minyak ini.  
Sebanyak RM100 bilion dapat dijimatkan oleh kerajaan dalam masa 5 tahun jika kerajaan menarik balik subsidi pada minyak. Kerajaan juga menyatakan terpaksa menarik balik subsidi kerana kerajaan terpaksa mengurangkan defisit yg kerajaan tanggung. Kerajaan pasti boleh menyalurkan subsidi tersebut kepada pembangunan setempat. Kenaikan harga minyak dijangka sebanyak 10-15 sen seliter. Maknanya Ron 95 seliter sebanyak RM2.00 untuk tahun 2011. Harap2 kenaikan ini tidak membebankan mana-mana pihak dan menghadirkan situasi menang2 bagi kerajaan & pihak pengguna terutamanya bagi golongan yg berpendapatan rendah & sederhana sekaligus mengurangkan jumlah penjualan kenderaan dan peningkatan perniagaan yg berasaskan perkhidmatan yg menggunakan kenderaan.   

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails