12 Jun 2010

MArilah SAma Menyokong RAKyat PALESTIN dengan menderma seikhlasnyer;

click sini untuk maklumat lanjut;

http://www.peacemalaysia.com/

TEORI MAKHLUK ASING

Haaaa kali nak tulis pasal mahluk asing yang manusia muka bumi sering membuat pelbagai andaian.
Benar atau tidak mengenai kewujudan mahluk asing dan UFO yang sering diperkatakan oleh saintis barat dan media disana. Atau mereka saje nak bikin gempar dengan berita-berita ini. Pelbagai bukti yang telah ditunjuk oleh mereka ini demi membetulkan teori mereka dan kadangkala bukti mereka ini seolah-olah diwujudkan demi untuk mempertahakan tindakan mereka. Ada diantara yang terserempak dengan mahluk asing ini mendakwa melihat piring terbang dan rupa bentuk mahluk yang tidak pernah dilihat dibumi.
Nasa juga telah mendendangkan lagu BEATLES "across the universe" ke ruang angkasa untuk menghantar mesej damai dengan mahluk asing. tergelak saya bila membaca bukti ini.HHHAHAHAHAHA......
apapun pendapat anda mengenai mahluk asing mendarat di bumi adalah hak masing-masing tetapi kt tidak boleh lupa bahawa dalam alquran juga ada mengatakan kewujudan mahluk lain selain manusia.....

WASPADA !!! Elak Kejadian Pecah Rumah

Tinggal dalam kediaman yg selesa dan selamat adalah impian setiap individu. Memastikan keselamatan kediaman dan penghuninya sentiasa berada didalam keadaan selamat adalah tanggungjawab bersama. Kebiasaan berlakunya kejadian pecah rumah ialah pada ketika penghuni tiada di rumah pada jangka masa yang lama tanpa memberitahu jiran atau polis mengenai ketiadaan penghuni.
Rumah yang ditinggalkan kosong dalam tempoh lama misalnya perlu kelihatan seperti ada berpenghuni. Justeru jika ada langganan akhbar perlulah dihentikan supaya kediaman tidak kelihatan tidak berpenghuni. Kedudukan rumah di kawasan terpencil tanpa jiran tetangga juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka. Struktur rumah juga memainkan peranan mudah dimasuki pencuri terutama jika mempunyai lubang angin di bahagian bumbung.
Meletakkan barang bernilai di sekitar atau didalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah. Penjenayah ada yang menggunakan pemutar skru atau objek tajam mengumpil pintu atau tingkap atau menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
Bumbung dan silingterbuka mengundang pemecah rumah melakukan kegiatan yang tidak bermoral. Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah, Sebaik tuan rumah membuka pintu penjenayah akan memasuki rumah secara paksa. Adalah sebaiknya jika anda terdengar paip air atau sesuatu diluar rumah berlaku pada waktu malam pastikan dan perhatikan dulu sebelum keluar menutupnya kerana dikhuatiri ia adalah perangkap.
Diantara kaedah  pencegahan yang boleh digunakan ialah sebelum meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama anda boleh memaklumkan kepada jiran terdengkat atau dibalai polis berhampiran dengan memaklumkan berapa lama anda meningalkan rumah kosong. Anda juga perlulah memastikan kawasan sekitar rumah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persembunyian pencuri.
Bersama-samalah mencegah KECURIAN dikawasan PERumahan ANda

REMAJA PEREMPUAN MEROKOK MENGATASI LELAKI

28.8% remaja perempuan
14.1% remaja lelaki


MEMBIMBANGKAN!! MENAKUTKAN!!

Dimana silapnya? berdasarkan stastik diatas mengikut akhbar tempatan sangat membimbangkan para ibu bapa. Stastik diatas diukur mengikut umur di bawah 10 tahun. Diantara alasan yang digunakan oleh kanak-kanak yang terlibat ialah untuk melansingkan badan, boleh menghilangkan tekanan dan sebagainya.

Seseorang yang telah bekeluarga perkara sebegini sangat-sangat menakutkan terutama mempunyai anak yang sedang meningkat naik/remaja. Harap saya berjaya membimbing anak-anak saya daripada terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ini.

Semoga para IBU BAPA mengambil berat perkara ini demi masa depan anak-anak mereka.
Peranan jiran-jiran, keluarga terdekat dan Guru diharapkan boleh membantu anak-anak kita dari terjebak ke salah satu masalah sosial yang menjadi masalah NASIONAL...!!!

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails