23 November 2010

AZAM KENTAL PUNCA KEJAYAAN

Semua manusia  ada azam masing-masing. Pada setiap awal tahun setiap orang akan meletakkan azam baru untuk dicapai tetapi anda semua mesti tahu kadangkala azam yang dibuat tidak semestinya mudah dicapai. pada kali ini sy nak berkongsi maklumat yang baru mengenai AZAM KENTAL PUNCA KEJAYAAN.

Diantaranya adalah :-

1. Fikirkan 1 matlamat (azam) yang anda semua mahu capai. Kemudian anda percayakan matlamat yang telah anda buat akan tercapai. Jika anda percayakan matlamat tersebut, pasti matlamat tersebut akan menjadi lebih KUKUH. Sekaligus menjadikan peratusan matlamat tersebut untuk berjaya akan tinggi.
2. Berkongsi matlamat tersebut bersama orang lain seperti menulis matlamat tersebut di blog anda, laman sosial anda seperti di Facebook. Tujuan utama kongsi matlamat ini adalah untuk mendapat maklum balas dari rakan-rakan sosial anda. Ianya akan menjadikan anda akan mendapat idea-idea tambahan untuk mengukuhkan matlamat anda itu. Mungkin ada sebahagian pendapat yang terima itu negatif tetapi itu bukan untuk melemahkan anda pastikan pendapat yang negatif itu mejadikan anda lebih berhati-hati dalam mengejar matlamat anda.
3. Bertanggungjawab terhadap matlamat yang anda buat. Tujuannya adalah untuk menetapkan pendirian anda demi mencapai matlamat anda. Ianya juga untuk menjadikan anda kuat dalam menghadapi pelbagai rintangan serta cabaran yang hadir dalam mencapai matlamat anda.

Selamat mencuba...!!

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails