27 April 2011

Jika ANak Berjaya mak bapak TumPang banGGa ....tp jika Sebaliknya...??

Semua Ibu bapa mengimpikan anak-anak mereka berjaya di dunia malah diakhirat. Jika dilihat suasana sekarang hampir kesemua ibu bapa mengambil pelbagai langkah bagi membantu anak-anak mereka berjaya. Tidak salah kalau dikatakan hampir sepertiga dari pendapatan bulanan akan disalurkan kepada prospek pembelajaran anak-anak. 

Dengan peruntukkan sedemikian tidak mustahil harapan kita sebagai ibu dan bapa terlalu tinggi diletakkan dibahu anak-anak kita untuk mereka berjaya. Malah tidak salah kalau mengatakan anak-anak kita selalu berada dalam tekanan ketika dalam proses untuk menjadi orang dewasa.

Jika anak-anak kita berjaya tentu kita akan tumpang bangga malah gembira dan mesti terdetik dihati bahawa kita berjaya mendidik mereka. Tetapi jika mereka tidak berjaya adakah kita akan meninggalkan mereka berseorangan.....malah adakah kita akan memarahi mereka ....??. membanding-bandingkan mereka dengan anak-anak jiran yang berjaya.!! Tentu tidak ... Moga-moga kita berjaya mengawal diri dari melakukan itu semua.

Marilah kita semua selaku ibu bapa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anak-anak kita walaupun anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Semoga dengan pelakuan kita ini membuatkan mereka bangga mempunyai kedua ibubapa yang masih menyayangi mereka walaupun mereka tidak membanggakan kita semua.

AMINNNN....!! 

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails