31 Ogos 2012

Sekitar Sambutan kemerdekaan di daerah JOHOR BAHRU

Walaupun hujan majlis sambutan diteruskan dengan meriah sekali TAHNIAH KEPADA YANG TERLIBAT KEKALKAN INTEGRITI DIRI ANDA

Published with Blogger-droid v2.0.8

28 Ogos 2012

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Segala pujian bagi ALlah telah memberikan anugerah kepadaku yaitu seorang isteri.Yang memberikan perasaan tenteram dan nyaman di dalam hati.Isteriku yang cantik dan sholeh …Panggilan ini untuk dirimu wahai isteriku.Bermulanya dari ikatan sah yang menghancur lumat keinginan syaitan iblis yang ingin membawa engkau dan dia ke kancah penzinaan yang dimurkai Allah.Isteriku …engkaulah yang membantu dalam urusan rumah tangga.Yang mengemas rumah, membasuh pakaian.Tempat diriku meluahkan perasaan apabila pusing.Bila aku dalam keadaan amarah – Engkau mendiamkan diri menelan bulat apa yang ditegur. Dan apabila suasana kembali aman, Engkau tetap tersenyum dan berkata dengan baik denganmu.Isteriku …Kau mengingatkanku apabila aku terlupa.Sesekali aku bosan mendengar omelanmu, tetapi itu untuk kebaikanku jugaSebab tidak semua perkara aku akan ingat segalanya.Isteriku …Engkaulah wasilah yang menyambung zuriatku.Membawa dalam rahimnya seorang anak dengan penuh sabar dan tabah walaupun payah. Bertarung dengan nyawa untuk melahirkan penyejuk mata, lalu aku menyambutnya sebagai seorang ayah.Isteriku …Kau tetap juga meneruskan tugasmu sebagai seorang isteri setiap hari. Air tanganmu yang ikhlas, menjamukan lauk pauk dan duduk bersama-sama untuk ku.Isteriku …Bukankah engkau yang selalu risau tentang diriku?Pasti ditanya khabar di mana aku berada. Lalu apabila khabarnya dibalas dengan jawapan yang menyenangkan hati. Kau tersenyum lega.Isteriku …Sabarlah menerima teman yang menjadi suamimu ini yang tidak lepas dari kekhilafan.Yang berusaha menjadi suami yang baik untukmu.Terima kasih wahai ISTRIKU YANG Cantik dan ShalehahSemoga syurgalah tempat tinggalmu nanti…

taken from:www.virouz007.wordpress.com/2010/06/08/811/dengan gubahan

Published with Blogger-droid v2.0.6

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails