17 Oktober 2010

DOA BERI KEKUATAN HADAPI KESUKARAN


Doa beri kekuatan hadapi kesukaran
APABILA berada dalam keadaan terdesak atau kesedihan, manusia selalunya
mudah sedar dan ketika itulah mereka berpaling untuk memohon pertolongan
serta ihsan Allah SWT.
Perkara itu dijelaskan Allah melalui firman-Nya bermaksud: “Apabila manusia
ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan
bersungguh-sungguh kembali kepada-Nya. Kemudian apabila diberi ruang
mengecapi rahmat daripada-Nya, tiba-tiba satu golongan dikalangan mereka
menyekutukan Tuhan.” (Surah al-Rum, ayat 33)
Doa adalah ibadat dan tanda pengabdian diri kepada Allah kerana memohon
kepada-Nya membuktikan pengiktirafan bahawa hanya Allah yang Maha
Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.
Amalan berdoa disuruh Allah dalam firman bermaksud: “Berdoalah kamu
kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya
orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan
masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, ayat 60)
Doa juga boleh menjadi kekuatan seterusnya mendatangkan kemudahan kepada
umat Islam untuk berhadapan dengan kesukaran seperti sabda Rasulullah SAW
bermaksud: “Doa itu senjata orang mukmin.”
Kita digalakkan meminta apa saja kepada Allah dengan bahasa yang mudah,
namun perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang
sesuai memenuhi kehendak hajat yang ingin disampaikan kepada-Nya.
Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi kaedah doa, kesungguhan serta
keikhlasan orang yang mengucapkannya. Sebaik-baik doa disertakan dengan
kesungguhan kita memastikan hajat dipinta dimakbulkan Allah.
Doa akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya serta
berpandukan kepada munajat nabi, rasul dan golongan solihin.

FACE BOOK MENGANCAM KESELAMATAN ANDA...

“TAK ada facebook? Alah, ketinggalan zamanlah kau ni, tak modenlah.”
ayat yg sering digunakan kepada orang yg tiada AC FB.
Banyak juga kelebihan FB ni antara nya untuk berkomunikasi dengan saudara mara, jauh dan dekat. Ada kenduri kendara, ada keluarga bertambah bilangan ahli, kawan-kawan kemalangan dan sebagainya, di sinilah ‘pusat sumber’ kita. Sementara FB secara percuma, apa yang nak dirisaukan, balun sajalah.
Saya tidak nafikan, dalam kebaikan yang dibawa, FB turut sama membawa sejuta masalah, gejala negatif dan tidak sihat. Ada orang menjadikan FB sebagai luahan perasaan yang tidak munasabah. Tidak kurang yang mahu menunjuk-nunjuk harta benda, kemewahan dan kesenangan diri.

Bicara tanpa bertentang mata, pasti akan ada saja pelbagai penerimaannya.
Tetapi kalau setakat persoalan yang remeh temeh diantara boyfriend, tunang & kawan-kawan contohnya “Sudah makan ke belum? Buat apa tu? Sihat ke hari ini?” Huhuhu! Sedih!
Pelbagai pendapat mengenai FB ni. Masing-masing boleh menentukan tujuan membuka Akaun FB Kupasan BAHAGIA @ BAHANA FB oleh Tengku khalidah di Mingguan Malaysia segmen Hiburan menarik perhatian saya.

MINGGUAN MALAYSIA (FB ; Bahagia atau Bahana)

ABG JEM, MAT SALEH,PAKCIK MOTOR, MDM MUAH-MUAH, MAK BANANG, TERBARU MAK NENG

Pagi-pagi dah buat aku ketawa, heran sungguh aku mana dia orang dapat tenaga pagi-pagi buta ade mood untuk buat pendengar ketawa. HAHAAAAA..
Setiap pagi kalau tak dengar radio sinar fm ni rasa macam tak berseri pagi aku ni. Rasa dah bertahun aku dengar radio sinar ni tp tak pernah rasa bosan. Kru sinar pagi lak (Khril, K E & S Y) sentiasa buat aku dalam mood ceria. Terbaru yg buat aku tergelak selalu ialah watak mak neng. Serupa betul S Y buat suara tu aku pun kekadang tiru gak suara tu. Topik setiap pagi yg dia orang ketengahkan pun cukup kreatif dah pandai memancing emosi pendengar mereka. Harap pengurusan sinar fm jangan ditukar mereka ni @ jangan bagi mereka nak berhenti dari kerja biorla mereka kerja sampai bila-bila. Rasanya kalau mereka tiada lagi untuk segmen pagi mungkin aku akan pikir kan ke radio lain lak kot.

p/s; kalau tgk cerita P Ramlee ada Mak Neng teringat lak kat Mak Neng yang kat radio Sinar

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails