22 Mei 2011

Nak komen : NUR KASIH the movie



5 bintang....
Itulah nak saya gambarkan betapa jalan cerita yang dihasilkan filem ini......
Saya nak berkongsi mengenai filem ini....
Jalan cerita ini memang sukar nak dijangka .....bila kita cuba teka apa yang berlaku seterusnya ... lain pulak yang berlaku..... contohnya    apabila nur aminah, aidil, adam mahu pulang kerumah kamera cuba fokus tangan wanita berbaju hitam seolah-olah wanita tersebut mengekori mereka tp........kita tidak boleh nak kaitkan dengan jalan cerita seterusnya malah terpaksa tunggu sehingga penghujung cerita barulah boleh dikaitkan dengan cerita tersebut....itu baru 1 contoh dan sebenarnya banyak jalan cerita yang sebegitu.....

Saya sendiri pun sebenarnya semasa dalam perjalanan pulang pun masih berbual dengan isteri mengenai watak-watak yang tidak nampak dipermulaan cerita tetapi muncul setelah di penghujung cerita sehinggakan kami sendiri terpaksa cuba menegakkan idea sendiri @ pemahaman jalan cerita sendiri.

Rasanya anda semua perlulah menonton Filem NUr KAsih The Movie ini kerana ianya berbaloi untuk bayaran tiket wayang & masa menunggu untuk beratur panjang membeli tiket filem ini....

p/s: Wife ajak tengok lagi Filem ni rasa macam nak pi lagi jommmmmmm.......!!!

AL - Fatihah .. untuk mangsa Tanah Runtuh





ALfatihah untuk semua mangsa yang terkorban dengan kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Al Taqwa Hulu Langat. Semoga mereka semua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....AMinnn.



Kepada yang terselamat semoga mereka tabah dan banyak bersabar dengan dugaan yang mereka hadapi.....
Rakyat malaysia khususnya marilah kita sama-sama membantu menghulurkan semampu yang mungkin walaupun hanya dengan berdoa.....
Saya percaya kerajaan secara amnya akan mengambil pelbagai langkah untuk mengelak kejadian seumpamanya dari berlaku......
Saya berharap agar kejadian ini merupakan kejadian tanah runtuh yang terakhir berlaku di Malaysia.....

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails