17 September 2010

BEKERJA SENDIRI @ MAKAN GAJI MANA BEST.....??

Bermula semula hari-hari seperti biasa selepas bercuti panjang. hari ini mffzone mula bekerja permulaan yg agak malas utk memulakan tugasan. Kadang-kadang terfikir adakah makan gaji ni lebih baik dari bekerja sendiri......?
Tengok kekawan berniaga terfikir gak nak berniaga ttp klu tanya sama member dia kata lebih baik makan gaji pening kpala.... agaknya dia tgk kt best kot makan gaji ni. Tak Paham betul la...!!!! Kalau time gaji hujung bulan tu memang best gaji boleh dikatakan besar gak lebih besar dr bangla punya gaji tp entah la asyik rasa macam xcukup jer.
Berniaga pun mcm best gak lg byk dpt jual lg byk untung tp kalau berniaga asyik pikir duit je tak dpt lak cuti panjang mcm ni.....???? 

16 September 2010

HARI MANA LEBIH PENTING...........!!! 16 SEPT @ 31 OGOS

Hari ni Cuti hari Malaysia. Cuti Umum yang baru dimasukkan dalam kalendar cuti Umum bagi negara Malaysia. Tetapi tahukah anda kenapa hari 16 Sept diberi cuti umum. Tahukah anda juga manakah hari yang lebih penting untuk Rakyat malaysia raikannya 31 OGOS @ 16 SEPT. Kerajaan perlu lebih banyak membuat promosi tentang perbezaan & kepentingan kedua-dua hari tersebut. Mungkin anak-anak kecil dan masih bersekolah tahu akan maksud kedua-dua tarikh tersebut. tetapi anda yang telah lama meninggalkan alam persekolahan tahukah anda akan maksud bagi kedua tarikh tersebut. MFFZONE lihat ade juga promosi & penerangan bagi hari 16 SEPT macam surat khabar harian & televisyen tetapi kerajaan juga perlu membuat promosi di papan tanda iklan disepanjang perjalanan agar maksud sebenar hari 16 Sept di beri cuti umum dapat sampai terus kepada rakyat di setiap pelusuk negara. 
DIkesempatan ini MFFZONE ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEMBENTUKKAN NEGARA MALAYSIA untuk semua warganegara MALAYSIA.....

BALIK RAYA..... MEMANDU MALAM @ SIANG MANA LEBIH SELAMAT...???

Lebuh Raya .... Jalan Persekutuan .....Jalan Bandaran..... Jalan Kampung...!!! @ jalan pintas. Pasti semua jalan raya tersebut akan dipenuhi oleh kenderaan yg balik dari Berhari Raya. Minggu hadapan akan bermulanya hari-hari sibuk untuk orang yg bekerja, bersekolah @ ape-ape sahaja. 
Bila sebut saje balik dari berhari raya pasti kebanyakan pemandu akan mula merancang perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Ade yang suka memandu waktu malam kerana suasana sejuk tiada matahari panas seperti siang hari. Ade juga yang suka memandu siang kerana mata lebih tidakk mengantuk kerana hari terang. Masing-masing ade pendapat masing-masing. MFFZONE sendiri lebh senang memandu pada waktu siang selain kalah pada cahaya lampu di malam hari memandu waktu siang ni banyak tempat yang boleh disinggah di sepanjang perjalanan pulang.
Siang @ malam, masing-masing memandu mengikut keselesaan yang pasti keselamatan diri & penumpang menstilah diutamakan rancang perjalanan anda dan  pastikan aspek keselamatan diutamakan 


SELAMAT PULANG KEMBALI KE KOTA
 

14 September 2010

TAKZIAH.................KES DATUK SOSILAWATI

Takziah kepada waris keluarga-keluarga yg terlibat dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati & rakan-rakan. Semoga waris yg tinggal tabah dalam menghadapi hari -hari mendatang tanpa orang-orang yg tersayang.
Semoga niat baik mereka untuk membantu datuk Sosilawati menyelesaikan masalah pembelian tanah mendapat pahala disisi allah swt dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.
Pihak polis juga diharap dapat menyelesaikan kes ini dengan adil & menghukum suspek yg terlibat dengan hukuman yg berat agar waris yg terlibat berpuas hati dan menaikkan lagi kredibiliti Pihak Polis sendiri.
Rakyat Malaysia sesungguhnya ternanti-nanti perkembangan terbaru kes ini dan berharap agar kes ini akan selesai dengan secepatnya

10 September 2010

SITI NURHALIZA LAGI.......!!!

Aduh syawal pertama ni bukak TV 1, TV 9, Astro & mana-mana tv la asyik-asyik ada muka siti. Bini aku awal-awal lagi dah book siaran yang dia nak tgk. Bukan tak suka siti ni tp xleh nak masuk la menyanyi lagu jer..... bukak lain tv pun menyanyi juga. Tv ade 2 bukak siaran singapore pun mcm sama jer menyanyi jer. Layan internet pun tak tahu nak tengok ape. Tp bangga gak ngan siti ni masih popular lagi walaupun rasanyer dah bleh dikategori penyanyi lama. Semoga datuk siti berjaya lagi dimasa hadapan hopefully aku gak.

KEBERKATAN RAMADHAN DIBAWA KE BULAN SYAWAL

Salam Aidilfitri....

Hari ini merupakan Hari Raya aidilfitri utk semua umat islam diseluruh Malaysia. Hari ini merupakan kemenangan utk umat islam yang benar-benar menghayati bulan ramadhan. Moga-moga sy dapat membawa kesederhanaan yang dipraktik pd bulan ramadhan utk sepanjang tahun ini. Hari ini juga sy berdoa agar segala amalan kt di sepanjang bulan ramadhan diterima oleh allah dan kt menjadi salah seorang yg bertuah bertemu dengan malam yg penuh barkah iaitu malam lailatulqadar.. AMIN.......

06 September 2010

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails