29 September 2012

ALHAMDULILLAH....BONUS 1 BULAN 1/2.

Bajet 2013: Kakitangan awam terima tambahan bonus sebulan gaji

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.

 - BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.9

28 September 2012

JOM CUCI JB 2012

Pertandingan Bangunan Ceria, Gotong Royong Perdana, Kedai/Bangunan, Terbersih, Skuad Terbaik.

Tema dipilih :
BERSAMA KITA BERSIHKAN BANDARAYA JB

Perasmian pd 15 oktober 2012 bertempat di Jln Segget Pusat Bandar JB

ACARA BERLANGSUNG MULAI BULAN Oktober hingga November 2012

SAYA SAYANG JB....!!!

urusetia ; 07-2198244
www.facebook.com/kioskpelancongan

Published with Blogger-droid v2.0.9

PEKERJA. SEMENTARA SELAMA 15HR DIPERLUKAN DI MBJB. ...!!!

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU memerlukan Pembanci Sementara selama 15 hr untuk kerja-kerja banci penduduk disekitar kawasan Bandaraya Johor Bahru.

Gaji offer RM54 /  1 hr
Calon yang berminat hubungi pn hajah maimunah di talian 07-2198369

Published with Blogger-droid v2.0.9

DATUK NO 1.....

KUALA LUMPUR - Kekecewaan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik London sedikit terubat apabila dia merampas kembali takhta No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan semalam, malah dijangka mengekalkan kedudukan tersebut sehingga penutup 2012.

Kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Jepun, minggu lalu memberi 9,200 mata ranking buat jaguh perseorangan negara itu, sekali gus memintas Lin Dan dengan kelebihan tipis 1,505. Chong Wei mengumpul 93,298 mata keseluruhan, manakala Lin Dan 91,793.

Chong Wei, 29, yang menumpaskan Boonsak Posana 21-18, 21-18 ketika merangkul gelaran ketiga Terbuka Jepun mampu mengekalkan kedudukannya sehingga akhir tahun memandangkan Lin Dan tidak akan beraksi pada dua kejohanan utama di Eropah bulan depan, Siri Super Premier Terbuka Denmark (16-21) dan Siri Super Terbuka Perancis dari 23-28.

Selepas menerajui takhta No.1 dunia selama 191 minggu, Lin Dan memintas Chong Wei pada ranking 21 Jun dan mengekalkan kedudukan selama 14 minggu. Dia juga mengecewakan Chong Wei dalam perebutan pingat emas Olimpik, bulan lalu.

Bagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, kejayaan melonjak kembali ke takhta No. 1 merupakan motivasi terbaik buat Chong Wei, apatah lagi jika kedudukan itu dapat dikekalkan sehingga musim baru 2013.

Begitupun beliau mengakui, cabaran terbesar anak didiknya itu kini adalah mengekalkan prestasi.

Saya tidak terkejut dia merampas takhta No. 1 kerana prestasinya masih di tahap terbaik. Malah, saya gembira dia melakukannya ketika sedang berada dalam mood relaks.

Kejayaan menjuarai Terbuka Jepun dan naik No. 1 memberi motivasi Chong Wei sebelum memulakan tahun baru. Tempoh tiga bulan terakhir ini dianggap tempoh relaks kerana bebannya sudah hilang sebaik Olimpik berakhir.

Jadi, sebelum tirai 2013 dibuka, bagus jika dia dapat mengukuhkan kedudukan kerana sebaik musim baru bermula, dia bakal berdepan cabaran lebih besar kerana Kejohanan Dunia bakal menanti," ujar Seu Bock.

Selain Terbuka Denmark dan Perancis, empat lagi kejohanan yang bakal menanti Chong Wei adalah Siri Super Premier Terbuka China (13-18 November), Siri Super Terbuka Hong Kong (20-25 November), Grand Prix Emas Terbuka Macau (27 November-2 Disember), selain Siri Super Masters Akhir di Shenzen 12-16 Disember.

Sementara itu kejayaan menjuarai Terbuka Jepun turut membolehkan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melonjak ke ranking terbaik dalam karier mereka. Pasangan muda negara itu naik dua anak tangga ke kedudukan kelima.

Kenaikan turut dialami Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, yang melonjak satu anak tangga ke No. 6, berterima kasih kepada kejayaan muncul naib juara di Jepun.

Empat pemain China berada dalam kelompok 10 terbaik perseorangan lelaki, diketuai Lin Dan (2), Chen Long (3), Chen Jin (4) dan Du Pengyu (9).

Selain Chong Wei, tiada pemain Malaysia lain berada dalam kedudukan 25 terbaik.

Chong Wei Feng yang naik enam tangga tangga menghuni kedudukan ke-27, manakala Liew Daren 28 (naik satu tangga).

Muhammad Hafiz Hashim di tangga ke-38, Tan Chun Seang (39), Mohd. Arif Abdul Latif (52), Misbun Ramdan Misbun (70), Chan Kwong Beng (76), Zulfadli Zulkifli (80), Goh Soon Huat (97) dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin, 99.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Konsert R & R di johor

Konsert R&R SINAR kembali lagi, kali ini turun ke selatan tanah air untuk menggegarkan Johor Bahru pada 29 September 2012, pukul 8.30 malam. Acara yang bertempat di Padang A, Plaza Angsana Johor Bahru ini akan membariskan artis 80-an terkenal bagi memenuhi permintaan pendengar SINAR fm yang rindukan aksi penghibur pujaan mereka suatu waktu dahulu. R&R untuk Rock & Retro, selama 3 jam, penonton akan disajikan dengan persembahan dan melodi yang pasti mengundang nostalgia. Pendengar setia SINAR fm pasti tidak mahu ketinggalan temu janji di Johor Bahru, sambil bersama-sama menikmati alunan muzik retro secara langsung, malah dihiburkan pula oleh penyampai-penyampai SINAR fm sendiri – iaitu Salih Yaccob, Raja Azura, Khairil Rashid, Abby Fana, Feeya, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin.Barisan artis yang akan membuat persembahan ialah Datuk David Arumugam, Endang S. Taurina, Wann, Azri (Kilauan Emas 2), kumpulan komedi Jambu, Ezad Lazim serta legenda rock tanah air iaitu Ramli Sarip. Shah Slam pula bertindak sebagai pengarah muzik di Konsert itu nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.9

PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2012

Kesejahteraan berterusan

Najib Tun Razak memasukkan dokumen Belanjawan 2013 ke dalam beg semasa melakukan tinjauanpersiapan belanjawan di Kementerian Kewangan di Putrajaya,malamtadi. Bersamanya (depan, dari kiri) ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dankedua-dua TimbalanMenteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang. - Bernama

PUTRAJAYA 27 Sept. — Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.

Kata mereka, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat" bagi memastikan perkembangan sosial yang mampan, selain mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat.

Perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit berbanding RM229 bilion pada tahun ini bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Para pegawai itu menegaskan, walaupun ada pihak yang akan cenderung melabelkan Belanjawan 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" berikutan programnya yang lebih berpusat kepada rakyat dan pilihan raya umum yang semakin hampir tetapi harus diingat bahawa usaha memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak memegang jawatan pada April 2009.

Belanjawan itu, tegas mereka, adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang akan mengambil kira aspirasi rakyat untuk kehidupan yang lebih baik.

Najib sebagai "game-changer" dalam transformasi politik dan ekonomi negara, kata mereka, akan memastikan Belanjawan 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar yang pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan.

Sudah banyak didebatkan yang belanjawan sebelum ini lebih tertumpu kepada kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.

Namun, kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya termasuk penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan akan turut diberi perhatian.

Ini bermakna kesinambungan dasar adalah perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini.

Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan, selain pengembangan pasaran modal tempatan.

Kata para pegawai berkenaan, kerajaan juga dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.

Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, para pegawai itu berkata, kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.

Ucapan Najib juga seharusnya menjuruskan kepada menyemak semula industri automotif negara kerana lebih 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri itu berhadapan risiko. - BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.9

27 September 2012

PENGUATKUASA DBKL DAPAT RM200 PENGUATKUASA MBJB. ...?

KUALA LUMPUR – Pegawai dan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Gred 52 dan ke bawah akan menerima Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) sebanyak RM200 sebulan bermula Oktober ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan BIP pada 1 Ogos lalu. “Pemberian BIP ialah untuk pegawai dan anggota yang melakukan tugas-tugas khas termasuk menjaga aset Datuk Bandar,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Pembarisan Hari Penguatkuasa DBKL ke-43 di sini, hari ini.

Raja Nong Chik berkata 1,584 pegawai dan anggota DBKL akan menerima BIP, yang diharap dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka berkhidmat dengan cemerlang. – BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.9

26 September 2012

2 bulan bonus. ....?

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu."Kita tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu kita harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini," katanya kepada Sinar Harian Online.Selain itu, Cuepacs juga menuntut agar kerajaan menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar RM80,000 hingga RM200,000 dan RM80,000 hingga RM150,000 di kawasan pedalaman."Harga rumah yang ada sekarang ini tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan RM2,000."Jadi, kita harap selepas ini kerajaan dapat menentukan juga harga rumah yang mampu dibeli oleh penjawat awam yang mendapat gaji RM2,000 hingga RM5,000," katanya.Omar berkata, elaun perumahan sewa bulanan yang ditawarkan ketika ini iaitu RM180 sudah tidak relevan pada masa ini, oleh itu, Cuepacs mahu ia ditingkatkan kepada RM350 hingga RM450.Sementara itu, Omar juga menyatakan bahawa nasib 40,000 pekerja kontrak wajar diperjuangkan dengan mengubah status mereka kepada pekerja tetap.Malah, Cuepacs juga mahu faedah pinjaman perumahan dikurangkan kepada satu peratus selain melakukan perubahan ke atas Sistem Saraan Malaysia."Kini, penjawat awam menikmati faedah pinjaman perumahan empat peratus, jadi kami mahu ia dikurangkan kepada satu peratus. Kita harap perkara ini diambil perhatian kerana ini memang ditunggu oleh penjawat awam," katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

MAKSIMA TAMBAH NILAI TOUCH N GO.....

KUALA LUMPUR - Pemegang kad Touch ‘n Go hanya dibenarkan menambah nilai tidak lebih daripada RM1,500.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (TNGSB) berkata, had itu adalah sejajar dengan garis panduan wang elektronik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan yang meliputi semua pengeluar wang elektronik di negara ini."Sebagai satu daripada penyedia perkhidmatan e-Wang di negara ini, Touch ‘n Go sentiasa menyedari kewajipannya untuk memelihara transaksi wang elektronik dan mematuhi garis panduan Bank Negara."Kami percaya kini masanya sesuai untuk mengingatkan pelanggan kami tentang had yang dikenakan bagi kad Touch ‘n Go memandangkan trend pembayaran elektronik yang semakin meningkat kebelakangan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Abdul Karim Md. Lassim.Garis panduan e-Wang yang dikeluarkan oleh bank pusat itu bertujuan memastikan keselamatan dan keutuhan operasi e-Wang, serta meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap penggunaan perkhidmatan e-Wang. 

- BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.9

25 September 2012

MAMPU KER KU MENEPATI SEMUA CIRI NI???

Bagi ciri 1 & 2 rasanyer mudah untuk melepasinyer. Tp yg susah sikit yg ke - 3 tu cukup-cukup mencabar ketahanan mental & emosi. Agaknya kalau beejaya lepas peringkat ke 3 mesti confirm peringkat yg lain mudah untuk mencapainyer aminnnn

Published with Blogger-droid v2.0.9

23 September 2012

BACA & PERTIMBANGKANLAH SUARA HATI DR MAHADIR

Suara hati Dr. Mahathir

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderlyatau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.8

22 September 2012

SEPANJANG CUTI UMUM HR MALAYSIA

Berada di negeri pahang & terengganu. Menghadiri perkahwinan anak sepupu di kuantan & bandar cheneh baru.

Published with Blogger-droid v2.0.8

SEPANJANG CUTI UMUM HR MALAYSIA

Berada di negeri pahang & terengganu. Menghadiri perkahwinan anak sepupu di kuantan & bandar cheneh baru.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Aktiviti di karnival nusajaya

Terlalu panas cuaca di kota iskandar nusajaya, ramai juga rakyat johor yang masih belum sampai di kota iskandar ni. TERBAIK idea mempromosikan kota iskandar dgn cara begini. Sepanjang menghantar wife ke pej PTG kota iskandar hr ini merupakan hr yang paling menyesakkan @ jem terlampau di Nusajaya. Boleh dikira org awam yg dtg ke Kota iskandar ni pd hr biasa tp hr ni ooooo dasyat oo.

Kawasan Dataran sgt sesuai untuk aktiviti karnival sungguh luas. Tetapi park bila dh ramai tentulah terpaksa jauh untuk park kereta tetapi kalau untuk karnival ni pengunjung xperlu jln kaki utk ke tapak karnival hanya tunggu di khemah menunggu bas percuma rs xlama menunggu bas ni byk disediakan.

Cayalah & tahniah kepada penganjur semoga rakyat johor am nyer & johor bahru khusus nyer bangga dgn pembangunan pemodenan Johor bahru khususnye & negeri johor amnyer.

Published with Blogger-droid v2.0.8

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails