28 September 2012

PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2012

Kesejahteraan berterusan

Najib Tun Razak memasukkan dokumen Belanjawan 2013 ke dalam beg semasa melakukan tinjauanpersiapan belanjawan di Kementerian Kewangan di Putrajaya,malamtadi. Bersamanya (depan, dari kiri) ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dankedua-dua TimbalanMenteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang. - Bernama

PUTRAJAYA 27 Sept. — Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.

Kata mereka, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat" bagi memastikan perkembangan sosial yang mampan, selain mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat.

Perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit berbanding RM229 bilion pada tahun ini bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Para pegawai itu menegaskan, walaupun ada pihak yang akan cenderung melabelkan Belanjawan 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" berikutan programnya yang lebih berpusat kepada rakyat dan pilihan raya umum yang semakin hampir tetapi harus diingat bahawa usaha memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak memegang jawatan pada April 2009.

Belanjawan itu, tegas mereka, adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang akan mengambil kira aspirasi rakyat untuk kehidupan yang lebih baik.

Najib sebagai "game-changer" dalam transformasi politik dan ekonomi negara, kata mereka, akan memastikan Belanjawan 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar yang pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan.

Sudah banyak didebatkan yang belanjawan sebelum ini lebih tertumpu kepada kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.

Namun, kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya termasuk penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan akan turut diberi perhatian.

Ini bermakna kesinambungan dasar adalah perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini.

Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan, selain pengembangan pasaran modal tempatan.

Kata para pegawai berkenaan, kerajaan juga dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.

Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, para pegawai itu berkata, kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.

Ucapan Najib juga seharusnya menjuruskan kepada menyemak semula industri automotif negara kerana lebih 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri itu berhadapan risiko. - BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails