21 Oktober 2012

Harga rokok terkini mulai 22.10.2012

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulaiIsnin, 22 Oktober 2012.   "Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu."Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-     

Rangkaian DUNHILL                            RM10.20   
Rangkaian KENT                                   RM10.20   
Rangkaian PETER STUYVESANT      RM8.70   
Rangkaian PALL MALL                         RM8.70   
PALL MALL Biasa                                    RM10.60   
BENSON & HEDGES                                RM10.20   
LUCKY STRIKE PLAIN                           RM10.60   
ROTHMANS INTERNATIONAL             RM10.60   

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau  tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.9

Aktiviti pg td..!!!

Ahad....hr ini kakak ain begitu teruja bangun pagi...awal awal pg lg kakak ain kejutkan adiknyer faiz....ktnyer ayah janji nak bw pi senam robik di tasek layang2.......

Sedikit mengecewakan hr ini senam robik yg ditunggu2 xde...xpasti mungkin coach hr ni cuti ramai gak yg tunggu....kakak ain kt pd adik faiz xpela next week ayah kena bw lg...hehehe bgs gak kakak ain berfikiran mcm2 positif sungguh...

Mcmana pun adik faiz tetap dgn bolanyer main smpi berpeluh2...utk peluhkan kami semua... request 1 round kami buat bersama2 tp adik faez letih sgt smpi kena dukung...hehehe mcm2 ragam....

Aktiviti mcm ni seronok gak klu buat selalu next week insyaallah...!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Aktiviti pg td

Ahad....hr ini kakak ain begitu teruja bangun pagi...awal awal pg lg kakak ain kejutkan adiknyer faiz....ktnyer ayah janji nak bw pi senam robik di tasek layang2.......

Sedikit mengecewakan hr ini senam robik yg ditunggu2 xde...xpasti mungkin coach hr ni cuti ramai gak yg tunggu....kakak ain kt pd adik faiz xpela next week ayah kena bw lg...hehehe bgs gak kakak ain berfikiran mcm2 positif sungguh...

Mcmana pun adik faiz tetap dgn bolanyer main smpi berpeluh2...utk peluhkan kami semua... request 1 round kami buat bersama2 tp adik faez letih sgt smpi kena dukung...hehehe mcm2 ragam....

Aktiviti mcm ni seronok gak klu buat selalu next week insyaallah...!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

19 Oktober 2012

Utusan yg. kt akan jumpa sblm utusan terakhir nabi muhammad saw....

TAZKIRAH selepas mengaji hr jumaat

Sebelum nabi muhammad saw utusan allah kt jumpa pd hr kiamat
Pastinyer kt akan berjumpa dgn utusan yg lain lebih dahulu antaranya:

-Sakit adalah utusan allah
-Berlakunya kekurangan pada diri adalah utusan dr allah cth rabun,,, kaki sakit,,,darah tinggi,,,kencing manis,,,,& etc
-Uban juga adalah utusan allah

Ini merupakan peringatan allah utk kt...!! utk renungan bersama,,,

Published with Blogger-droid v2.0.9

18 Oktober 2012

Aplikasi pengesan AES camera utk android

Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android  mengesan lokasi kamera AES berada..Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta ..

Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut..

aplikasi AES Detector ni FREE je....aplikasi ni menggunakan sepenuhnya aplikasi GPS yang ada dalam handphone atau tablet android..tanpa GPS diaktifkan serta mempunyai signal yang kuat.., aplikasi AES Detector ni tak berkesan

Aplikasi ini perlukan handphone atau tablet android untuk pasang.. Lain jenis handpone klu xmenggunakan android memang tak xboleh gunakannyer...

terima kasih pada Kevin Chua yang cipta AES Detector ni.. aplikasi ini boleh didownload didalam Play Store/Google Play dari handphone/tablet ..

Harapnya, aplikasi ni dapat membantu aku & ko untuk elakkan diri dari kena saman.....

Terima kasih kpd media permatang pauh blogspot yg sudi berkongsi maklumat

Published with Blogger-droid v2.0.9

13 Oktober 2012

SAHABATKU YG DISAHKAN MENGHIDAP KANSER

Sedih melihatkan kesihatan sahabatku HANAFI yg disahkan sakit menghidap KANSER USUS... Aku hanya mampu berdoa agar kesihatan kau akan pulih seperti sedia kala...

Kepada rakan-rakan yg mengenali beliau marilah kt bantu beliau demi meringankan beban beliau sekeluarga....

JOHOR BAHRU 11 Okt. - Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang disahkan menghidap kanser usus sejak tiga bulan lalu kini tidak mampu lagi bekerja dan terlantar di rumah.

Mohd. Hanafi Mohd. Bulkhini, 31, yang berkhidmat di Bahagian Keselamatan MBJB berkata, semuanya bermula apabila dia mengalami kesulitan untuk membuang air besar selain saluran najisnya berdarah.

Menurutnya, ketika mendapatkan rawatan di hospital pada Mac tahun lalu, doktor mengesahkan dia menghidapi kanser usus yang diwarisi daripada ibunya, Saorah Maidin, 54.

Kesihatan saya bertambah teruk apabila pemeriksaan lanjut mendapati terdapat ketumbuhan di saluran najis hingga doktor pakar memutuskan untuk menutup saluran berkenaan.

Bahagian perut ditebuk bagi membolehkan saya membuang air besar melalui sejenis beg khas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Jaya, di sini baru-baru ini.

Mohd. Hanafi memberitahu, pemeriksaan yang dilakukan pada awal bulan lalu pula mendapati saluran kencingnya turut bermasalah.

Isterinya, Norashikin Rosdan, 37, berkata, suaminya tidak lagi mampu bergerak seperti biasa dan hanya terbaring di katil.

Suami saya masih berkhidmat dengan MBJB tetapi sudah tiga bulan tidak bekerja dan hanya mendapat gaji pokok.

Tolak itu dan ini, kami ada RM800 sahaja untuk sara hidup dan membiayai kos ubat-ubatan sudah mencecah RM350 dan sememangnya tidak mencukupi," katanya yang mempunyai tiga orang anak berusia tiga hingga lapan tahun.

Orang ramai yang ingin membantu Mohd. Hanafi boleh menghubungi 016-7887082.

Published with Blogger-droid v2.0.9

11 Oktober 2012

END OF SEASON SALE. - johor premium oulets (JPO)

Johor Premium Outlets (JPO) - End of Season Sale

Ermenegildo Zegna Outlet Store Special SaleEnjoy savings of 70% on selected merchandiseLevi's Outlet Store Special SaleFrom 29 JuneEnjoy extra 50% savings every day on selected merchandiseFrom 4 OctoberEnjoy extra 20% savings on bottoms when you purchase 2 topsPolo Ralph Lauren Special SaleEnjoy savings of 70% every dayEnjoy extra 20% savings when you purchase 3 itemsEnjoy extra 30% savings when you purchase 5 itemsQuiksilver & Roxy Special SaleEnjoy 20% savings when you purchase 2 itemsEnjoy 30% savings when you purchase 4 itemsRaoul Special SaleFrom 19 SeptemberEnjoy a complimentary pen when you purchase RM300 and above10 to 19 OctoberPurchase 2 shirts and get a pair of pants or skirt at RM79Royal Selangor Special SaleEnjoy extra savings of 40% when you purchase 2 itemsThe Coffee Bean & Tea Leaf10 September to 28 OctoberEnjoy the brilliance of almond biscotti combined with rich espresso in our latest drinks of Almond Biscotti Latte and Almond Biscotti Ice Blended® DrinkUntuk Maklumat Lebih Lanjut: Johor Premium Outlets (JPO) - End of Season Sale 2012 http://www.mdanif.com/2012/10/johor-premium-outlets-jpo-end-of-season.html#ixzz290HHKbR3 Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rasanya PROTON lg terbaik dr TOYOTA.....

Pengeluar utama kereta, Toyota menarik lebih tujuh juta kenderaan keluarannya termasuk model Yaris, Corolla dan Camry kerana mengalami kerosakan pada suis tingkap.Ini secara tidak langsung memberi kerugian ke atas 1,390,000 buah kereta di Eropah, 138,000 di United Kingdom, 2,470,000 di Amerika Syarikat dan 1.4 juta lagi di China. Ini langkah penarikan balik terbesar selepas pengeluar kereta Ford pernah menarik semula lapan juta kenderaan mereka pada 1996. Toyota bagaimanapun berkata, setakat ini tiada lagi laporan kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku akibat masalah tingkap. Ia turut menarik balik 459,000 kenderaan mereka di Jepun, 650,000 di Australia dan Asia serta ratusan ribu lagi seluruh Timur Tengah dan Kanada. Antara model yang ditarik daripada jualan di pasaran termasuk model Yaris, Vios, Corolla, Matrix, Auris, Camry, RAV4, Highlander, Tundra, Sequioia, XB dan XD yang dihasilkan antara 2005 dan 2010. Syarikat berkenaan akan menghubungi para pemandu model yang terjejas dari semasa ke semasa dan meminta mereka untuk memeriksa kereta mereka jika berhadapan dengan sebarang kerosakan. Reputasi Toyota mula terjejas sejak 2009 akibat kerosakan yang membawa kepada beberapa kemalangan maut disebabkan tikar melekat di bawah pedal pemecut tetapi pihak syarikat telah memohon maaf akibat kekurangan tersebut. Toyota turut menghadapi masalah pengeluaran akibat gangguan disebabkan tsunami 2011 dan memberi impak kepada mereka sebagai salah sebuah firma jualan kereta terbesar dunia.

Published with Blogger-droid v2.0.9

04 Oktober 2012

JOM PI KARNIVAL KEPAK JOHOR BAHRU

Pelbagai aktiviti diadakan kat sini walaupun dh bekerja yg tetap aku tetap nak tau gak apa aktiviti yg ada di karnival KEPAK ni. MUNGKIN ada sesuatu yg sesuai dgn family aku....hopefully..!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

02 Oktober 2012

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails