21 Oktober 2012

Harga rokok terkini mulai 22.10.2012

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulaiIsnin, 22 Oktober 2012.   "Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu."Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-     

Rangkaian DUNHILL                            RM10.20   
Rangkaian KENT                                   RM10.20   
Rangkaian PETER STUYVESANT      RM8.70   
Rangkaian PALL MALL                         RM8.70   
PALL MALL Biasa                                    RM10.60   
BENSON & HEDGES                                RM10.20   
LUCKY STRIKE PLAIN                           RM10.60   
ROTHMANS INTERNATIONAL             RM10.60   

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau  tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails