07 Ogos 2012

BUKU CERITA YANG CUBA MENGKRISTIAN ANAK KECIL MELAYU

Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian.

 Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini.

Laporan polis telah dibuat oleh saya bersama Guru Besar di Balai Polis Majidi, Johor Bahru. Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya.

Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu. Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri. 

Saya tak dapat menahan penjual buku ini yang menjual secara haram di hadapan sekolah kerana belum sempat anggota polis peronda sampai, mereka dengan segera telah melarikan diri. Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian.

Rujukan di sini  link

Published with Blogger-droid v2.0.6

cuti sekolah berganti

PERHATIAN kepada kesemua ibu bapa cuti berganti yang diumumkan oleh kementerian pelajaran

Published with Blogger-droid v2.0.6

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails