11 April 2011

Gambaran banyak membantu......!!..


Gambar .....!!!

Tentu kita ada menyimpan pelbagai gambar lama yang menjadi kenangan waktu kita kecil & sebagainya. Pernahkah kita terfikir bahawa kaedah ini boleh kita gunakan untuk mendidik  anak-anak kita @ kita sendiri yang boleh menggunakannya. 
Kaedah gambaran ini sebenar yang membuatkan seseorang itu mudah mengingati sesuatu peristiwa walaupun peristiwa itu telah lama berlaku. Apa kata jika anda sendiri mencubanya dahulu. Cuba anda tulis sesuatu seperti beberapa patah perkataan @ formula diatas kertas @ white board kemudian cuba hafal perkataan @ formula yang telah anda tulis tadi. Tentu anda akan membayangkan perkataan yang anda tulis bersama-sama dengan kertas @ white board mungkin anda akan membayangkan sekali warna dakwat pen anda dan gaya tulisan anda kan......!!.
Setelah mencuba untuk diri anda sendiri dan rasa kaedah ini anda boleh diguna pakai kepada anak anda cuba anda praktik kan kepada mereka. Oooppp ..!! mungkin kaedah ini hanya sesuai untuk anak anda yang berumur kurang dari 12 tahun. 
Saya sendiri telah menggunakan kaedah ini dimana saya belikan anak  saya white board dan marker pen 3 warna (merah, biru, hitam). kemudian anda tulis perkataan @ formula yang anda mahu mereka hafal. Jika boleh tulis sepatah menggunakan satu warna contohnya white (biru) board (merah). Langkah seterusnya anda suruh mereka hafal 3 kali @ anda boleh gunakan kaedah masa bagi mereka 10 saat kira dari 10 hingga 0 kemudian padam perkataan @ formula tadi. 
Kemudian cuba anda suruh mereka tulis semula apa yang mereka hafal tadi serupa sebagaimana yang anda tulis. Ingat.....!!!! pastikan anda mengajar mereka dalam kaedah bermain tanpa sebarang paksaaan yang boleh menambahkan stress mereka. Jika mereka stress mereka tidak mampu menguasai kaedah ini. Saya berpendapat kaedah ini sebenar nya menguatkan lagi ingatan mereka dan mudah untuk mereka menguasai nya kerana mereka mengerakkan kesemua pancaindera mereka (tangan, otak, mata).
  
RENUNG-RENUNGKAN....!!! SELAMAT MENCUBA....!! 
JANGAN MUDAH PUTUS ASA.........

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails