30 November 2010

3 caRa bIjak mEngURus KejAYaan

1) Bersyukur – Kita perlu bersyukur apabila mendapat sesuatu kejayaan. Bersyukur bukan sahaja menunjukan kita berterima kasih kepada tuhan (allah) dengan kurniaannya tetapi bersyukur juga akan mengingatkan supaya kita tidak alpa dengan kejayaan yang kita capai sekarang.
2) Tangguhkan Kepuasan – Jangan terlalu mudah kita berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Selepas bersyukur kita juga perlu terus melaksanakan ciri-ciri @ langkah-langkah kejayaan yang kita sendiri telah ikuti. Jangan kita menyatakan bahawa kejayaan yang ada telah mencukupi dan telah sampai ke kemuncaknya.
3) Berkongsi kejayaan – Apabila kita telah mencapai kejayaan, pastikan kita pula membantu orang lain dalam mencapai kejayaan. Ini menjadikan kejayaan kita akan lebih bermakna. Dalam islam sendiri menggalakkan kita untuk menderma & mengeluarkan zakat. Saya berikan contoh ; Kita lihat orang ketujuh terkaya di Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar AL Bukhary beliau merupakan seorang usahawan yang banyak menderma malah beliau turut menubuhkan Yayasan AL Bukhary semata-mata untuk berkongsi apa yang dimilikki oleh beliau. Oleh itu setelah kita berjaya jangan kita lupa untuk membantu orang lain.
Rumusan- Orang yang bijak mengurus kejayaannya akan berjaya mengekalkan kejayaannya itu dan berazam untuk mengelakkan diri daripada kembali ke zaman kesusahannya setelah mereka bersusah payah untuk berjaya.

29 November 2010

TERPAKSA GUNA ........BO..D.H..!!!

KURANG BUDI BAHASA - Semakin akhir-akhir ini penggunaan bahasa dalam penulisan semakin tidak terkawal terutamanya dalam berblog. Kebanyakan penggunaan bahasa yang tidak sopan ini digunakan oleh kaum melayu sendiri malah yang pastinya beragama islam. Kemanakah .?? adab sopan yang dilaungkan oleh datuk nenek moyang kita selama ini yang mahukan adab sopan dijaga walaupun dalam penggunaan bahasa. Islam juga menggalakkan umatnya dalam tutur kata seharian. Adakah penggunaan bahasa yang kurang  ini disukai oleh semua pembaca terutamanya dikalangan golongan muda sekarang.
Cara penggunaan bahasa pertuturan juga merupakan lambang keperibadian seseorang itu. Jika teruk bahasanya pastinya peribadinya juga teruk. Segelintir orang akan berkata "Aku ni nampak jer kasar tapi sebenarnya aku baik". Penulis sendiri berfikir betul ker apa yang diungkapkan itu nampak seperti tidak kena pada percakapannya. Malu juga bila berhadapan dengan anak-anak kita yang bertanya "Ayah kenapa pakcik tu marah cakap bod...h kat orang lain". tak terucap penulis atas soalan yang diberikan.
Tetapi demi memastikan anak-anak tidak terpengaruh, jawapan yang diberikan "Pakcik tersalah cakap nanti ayah cakap dengan pakcik itu ok".
Penulis cuma nak mengingatkan diri sendiri dan pembaca sekalian harap kita sebagai orang yang lebih dewasa berhati-hati dalam menutur kata seharian kerana sebenarnya anak-anak kt sering memerhati tingkah laku kita dan mungkin dijadikan contoh teladan untuk meraka bersam rakan-rakan. 

23 November 2010

AZAM KENTAL PUNCA KEJAYAAN

Semua manusia  ada azam masing-masing. Pada setiap awal tahun setiap orang akan meletakkan azam baru untuk dicapai tetapi anda semua mesti tahu kadangkala azam yang dibuat tidak semestinya mudah dicapai. pada kali ini sy nak berkongsi maklumat yang baru mengenai AZAM KENTAL PUNCA KEJAYAAN.

Diantaranya adalah :-

1. Fikirkan 1 matlamat (azam) yang anda semua mahu capai. Kemudian anda percayakan matlamat yang telah anda buat akan tercapai. Jika anda percayakan matlamat tersebut, pasti matlamat tersebut akan menjadi lebih KUKUH. Sekaligus menjadikan peratusan matlamat tersebut untuk berjaya akan tinggi.
2. Berkongsi matlamat tersebut bersama orang lain seperti menulis matlamat tersebut di blog anda, laman sosial anda seperti di Facebook. Tujuan utama kongsi matlamat ini adalah untuk mendapat maklum balas dari rakan-rakan sosial anda. Ianya akan menjadikan anda akan mendapat idea-idea tambahan untuk mengukuhkan matlamat anda itu. Mungkin ada sebahagian pendapat yang terima itu negatif tetapi itu bukan untuk melemahkan anda pastikan pendapat yang negatif itu mejadikan anda lebih berhati-hati dalam mengejar matlamat anda.
3. Bertanggungjawab terhadap matlamat yang anda buat. Tujuannya adalah untuk menetapkan pendirian anda demi mencapai matlamat anda. Ianya juga untuk menjadikan anda kuat dalam menghadapi pelbagai rintangan serta cabaran yang hadir dalam mencapai matlamat anda.

Selamat mencuba...!!

12 November 2010

PANDAI NYER ANAK-ANAK SEKARANG

Tidak kira bangsa, Agama, Bandar, luar bandar, cukup sifat, tidak cukup sifat, berpenyakit, orang kaya, kurang kaya, ada ibu bapa, tiada kedua-duanya, ada salah satu semuanya pandai-pandai belaka TAHNIAH kepada yang berjaya mendapat keputusan CEMERLANG UPSR 2010.

Kepada yang kurang berjaya JANGAN BERPUTUS ASA.!! Kehidupan anda semua baru hendak bermula, jangan jadikan alasan UPSR sebagai pengukur kejayaan. UPSR bukanlah penutup kepada kejayaan. Banyak lagi masa yang akan menjadikan anda semua berjaya. Semua yang terjadi hendaklah dijadikan cabaran dan tauladan. Semua yang berlaku adalah ketentuan ALLAH. Pasti apa yang ditentukan oleh allah ada HIKMAH disebaliknya.

TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK YANG BERJAYA MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR TEMPOH HARI.

11 November 2010

ANGAN –ANGAN….. SEPERTI MAT JENIN BOLEH BAWA KEJAYAAN

 

angan 

Angan-angan seperti Mat Jenin boleh membawa KEJAYAAN….????

Masa zaman kanak-kanak mak selalu mengingatkan kita agar jangan angan-angan nanti jadi seperti Mat Jenin mati di atas pokok.

Tetapi kupasaan @ tulisan hasil pemikiran penulis Atap Hijau amat berbeza dan mungkin dilihat dari sudut positifnya tafsiran angan-angan seperti Mat Jenin tersebut.

Betul kata Atap Hijau kalau tidak berangan-angan sesuatu perkara tidak mungkin akan berlaku.

Kupasan lebih lanjut boleh klik di link ini ANGAN-ANGAN PEMBAWA KEJAYAAN

09 November 2010

NAK BUAT @ TAK NAK BUAT..??

bunga

R.O.M.A.N.T.I.K…….!!
Perbualan antara si isteri dengan si suami A:-
imagessi isteri berkata ; “Cuba lihat orang depan tu, setiap hari bila nak keluar rumah bukan dengan isterinya mesti suami nya CIUM PIPI ISTERINYA, Isterinya SALAM TANGAN SUAMINYA. Bila pulang ke rumah isterinya di HADIAHKAN SEKUNTUM BUNGA.”
SEKADAR GAMBAR HIASAN
si suami berkata: “Awak nak juga ker..? nanti saya buat” sambil berlalu pergi.
Wahai para suami sudahkah anda semua telah buat seperti diatas. Nampak macam senang jer nak buat tetapi mungkin para suami ras benda tersebut terlalu remeh. Tetapi tahukah anda para suami mungkin isteri-isteri kita juga sebenarnya sangat mahu diperlakukan sedemikian. Cuba tanya isteri-isteri anda…..itu pun kalau anda bran…i.
p/s; cuba terbalik pulak mahukah para isteri berbuat demikian pada suami.

08 November 2010

DISINI LA …. TAK.!! KAT SINI LA…..EHHH..!! BUKAN DISINI LA……EMMM.!!.MUNGKIN KAT SINI…???

Agak-agak kat mana kekuatan yang dimilikki seseorang blogger tegar..?? mungkin …
KAT SINI AGAKNYA
keyboard
ATAU PUN KAT SINI
tangan
MUNGKIN JUGA KAT SINI
fikir2 
CONFIRM MEMANG BUKAN DISINI
perut
ABIS DIMANA AGAK NYA….PENING LA
pening
P/S; agak nya diorang ni pakai ilmu pelaris takkkkkk?????
kah..kah.kah..kah….
baby

05 November 2010

AHLAN WASAHLAN ANAKKU…

Alhamdulillah

 IMAG9959

Syukur kehadrat allah swt anak ku telah selamat dilahirkan kedunia. TErima kasih yang teramat sangat diatas pengorbanan isteri ku yang tercinta. Semoga pengorbanan mu dibalas dengan syurga kelak. Untuk anakku Ayah doakan mu semoga menjadi seorang yang taat perintah allah swt dan menjadi anak yang soleh.

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails