29 November 2010

TERPAKSA GUNA ........BO..D.H..!!!

KURANG BUDI BAHASA - Semakin akhir-akhir ini penggunaan bahasa dalam penulisan semakin tidak terkawal terutamanya dalam berblog. Kebanyakan penggunaan bahasa yang tidak sopan ini digunakan oleh kaum melayu sendiri malah yang pastinya beragama islam. Kemanakah .?? adab sopan yang dilaungkan oleh datuk nenek moyang kita selama ini yang mahukan adab sopan dijaga walaupun dalam penggunaan bahasa. Islam juga menggalakkan umatnya dalam tutur kata seharian. Adakah penggunaan bahasa yang kurang  ini disukai oleh semua pembaca terutamanya dikalangan golongan muda sekarang.
Cara penggunaan bahasa pertuturan juga merupakan lambang keperibadian seseorang itu. Jika teruk bahasanya pastinya peribadinya juga teruk. Segelintir orang akan berkata "Aku ni nampak jer kasar tapi sebenarnya aku baik". Penulis sendiri berfikir betul ker apa yang diungkapkan itu nampak seperti tidak kena pada percakapannya. Malu juga bila berhadapan dengan anak-anak kita yang bertanya "Ayah kenapa pakcik tu marah cakap bod...h kat orang lain". tak terucap penulis atas soalan yang diberikan.
Tetapi demi memastikan anak-anak tidak terpengaruh, jawapan yang diberikan "Pakcik tersalah cakap nanti ayah cakap dengan pakcik itu ok".
Penulis cuma nak mengingatkan diri sendiri dan pembaca sekalian harap kita sebagai orang yang lebih dewasa berhati-hati dalam menutur kata seharian kerana sebenarnya anak-anak kt sering memerhati tingkah laku kita dan mungkin dijadikan contoh teladan untuk meraka bersam rakan-rakan. 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails