17 Jun 2011

Anak-anakku dikau merupakan Lambang keperkasaan kami berdua...

Wahai anak-anakku dengarlah nasihat ayahmu ini.... ibumu ibarat guru dirumah. Segala pelajaran mu akan ditangani olehnya. Ketangkasan dan ketajamannya berfikir membuatkan ayahmu juga percaya satu hari nanti kamu berdua akan menjadi penggantinya.


Wahai anak-anakku!!! janganlah kamu berdua takutkan ayahmu ini.. ayahmu garang bukan bermaksud membenci malah ayahmu terlebih-lebih menyayangi. Ketegasan ayah hanyalah mahu mendidik & mendisplinkan kamu berdua agar kamu berdua menjadi orang dikenang dan disenangi malah biar sampai kamu disanjungi.


Segala tindakan dan perbuatan kamu berdua tidak akan disekat malah disokongi... tetapi bukan bermaksud dibiarkan berbuat sesuka hati... Ayah dan ibumu berjanji akan sentiasa memastikan segala tindakan kamu berdua berada dilandasan syariat ilahi....



Ingatlah anak-anakku tingkah laku dan tindak tanduk mu berdua lambang keperkasaan dan keperibadian ayah dan ibumu. Bertindaklah mengikut akal fikiran warasmu  agar kami bangga memilikki mu. Percayalah!!! ayah dan ibumu akan sentiasa membantu dan menyokong kamu berdua demi mencapai cita-cita mu. Doa kami sentiasa mengiringi kamu berdua...


AMinnnn....!!!

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails