13 Julai 2010

ISRA' MIKRAJ SAMBUT SETIAP TAHUN tp.........

Br balik dari solat di Masjid Abu Bakar & ada kuliah harian pd tghari di sana. Emmm sungguh menyentuh hati kuliah hari ni ...... betul la kata Ustaz tersebut... setiap tahun kt akan, sering dan mungkin selalu dengar cerita Ustaz-ustaz yg dijemput hadir untuk beri kuliah Israk Mikraj di setiap surau dan masjid pasti akan bercerita tentang Peristiwa Israk Mikraj dan rasanya sejak dr lahir sampai sekarang cerita peristiwa tersebut telah pun didengar oleh mffzone.

Peristiwa Israk Mikraj yang mungkin semua telah pun tau akan isi kandungan peristiwa tersebut ialah difardukan SOlat 5 waktu setiap hari untuk umat Nabi MUHAMMAD SAW. 

Mffzone sgt bersetuju dgn pandangan ustaz tersebut kenapa setelah dengar kuliah Peristiwa Israk Mikraj hampir setiap tahun namun masih lg tidak merasa kan pengorbanan NAbi MUHAMMAD SAW ketika menerima suruhan tersebut dr ALLAH taala. Ustaz tersebut berkata tidakkah ini menunjukkan betapa pentingnya solat tersebut keatas umat nabi MUHAMMAD SAW.

Mffzone bukan hendak mengata atau menujukan kepada sesiapa tetapi pd diri Mffzone sekeluarga. Harap selepas ini mffzone akan mengubah diri dan mengajak keluarga agar menunaikan solat fardu 5 kali sehari tanpa ada yang tertinggal satu waktu solat. 

AMINNN.........................

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails