13 Oktober 2012

SAHABATKU YG DISAHKAN MENGHIDAP KANSER

Sedih melihatkan kesihatan sahabatku HANAFI yg disahkan sakit menghidap KANSER USUS... Aku hanya mampu berdoa agar kesihatan kau akan pulih seperti sedia kala...

Kepada rakan-rakan yg mengenali beliau marilah kt bantu beliau demi meringankan beban beliau sekeluarga....

JOHOR BAHRU 11 Okt. - Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang disahkan menghidap kanser usus sejak tiga bulan lalu kini tidak mampu lagi bekerja dan terlantar di rumah.

Mohd. Hanafi Mohd. Bulkhini, 31, yang berkhidmat di Bahagian Keselamatan MBJB berkata, semuanya bermula apabila dia mengalami kesulitan untuk membuang air besar selain saluran najisnya berdarah.

Menurutnya, ketika mendapatkan rawatan di hospital pada Mac tahun lalu, doktor mengesahkan dia menghidapi kanser usus yang diwarisi daripada ibunya, Saorah Maidin, 54.

Kesihatan saya bertambah teruk apabila pemeriksaan lanjut mendapati terdapat ketumbuhan di saluran najis hingga doktor pakar memutuskan untuk menutup saluran berkenaan.

Bahagian perut ditebuk bagi membolehkan saya membuang air besar melalui sejenis beg khas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Jaya, di sini baru-baru ini.

Mohd. Hanafi memberitahu, pemeriksaan yang dilakukan pada awal bulan lalu pula mendapati saluran kencingnya turut bermasalah.

Isterinya, Norashikin Rosdan, 37, berkata, suaminya tidak lagi mampu bergerak seperti biasa dan hanya terbaring di katil.

Suami saya masih berkhidmat dengan MBJB tetapi sudah tiga bulan tidak bekerja dan hanya mendapat gaji pokok.

Tolak itu dan ini, kami ada RM800 sahaja untuk sara hidup dan membiayai kos ubat-ubatan sudah mencecah RM350 dan sememangnya tidak mencukupi," katanya yang mempunyai tiga orang anak berusia tiga hingga lapan tahun.

Orang ramai yang ingin membantu Mohd. Hanafi boleh menghubungi 016-7887082.

Published with Blogger-droid v2.0.9

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails