31 Disember 2010

SUSAH NYER NAK TIDURKAN

Pelbagai gaya & gerak atok dah buat tp tak tidur lagi Faiz...faiz. Harap janganlah faiz menyanyi lagi sampai pukul 3 pagi. Perbezaan antara kakaknyer banyak sangat. kakaknya senang semuanyer nak tidur, minum susu dan mcm2 lg. Faiz rasanya pun dah semakin kurang menangis berbanding 2 minggu lalu. Harap Faiz bila semakin besar menangisnya akan berkurangan. Aminnnn....... 

kemahiran berfikir

fik

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

kecekapan menggunakan minda untuk:

  • menjana dan menghasilkan idea,

  • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

  • menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

IKLAN & WANITA BERKAIT RAPAT

Iklan sering dikaitkan dengan wanita. Kita akan lihat apa jua iklan akan menggunakan wanita sebagai daya penarik. Kadang kala kita lihat seolaholah tidak berkaitan langsung dengan produk yg hendak dijual. Benarkah...?? kalau ada wanita cantik akan melariskan produk. Sampaikan produk lelaki pun wanita akan sama terlihat dalam iklan tersebut. Cuba anda perhatikan di litar lumba wanita litarnya memakai pakaian seksi padahal perlumbaan tersebut tiada kena mengena dengan wanita itu tadi. Mungkin kita tidak boleh menolak faktor tersebut begitu penting untuk melariskan produk tetapi berpada-padalah. Wanita juga mungkin tidak bersetuju menggunakan mereka sebagai daya tarikan untuk melariskan produk. Harap trend ini tidak akan meletakkan taraf wanita khususnya begitu rendah dimata masyarakat. 

30 Disember 2010

RANCANGAN PERNIAGAAN

RP  

PENGENALAN

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan.

TEKNIK MENGHUKUM ANAK 2

 

anak

 

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa:-

1. Pandangan mata yang sinis – Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak.

Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la… ) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata “Wahai penipu!”

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.

Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.”

TEKNIK MENGHUKUM ANAK

 

anak 2 Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi ‘terror’ atau ‘terrorist’?

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan. Tapi jangan lebih-lebih pula sampai jadi kes mendera.Bersabarlah mendidik anak kerana anak ialah amanah Allah.

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

cara-cara utk menghukum akan dikongsi kemudian…..

…..smbg…..

CUTI UMUM 31 DISEMBER 2010

najib 

Esok kerajaan telah umumkan CUti Umum kerana hasil kemenangan team Malaysia di AFF suzuki CUp 2010 semalam.

Terima kasih kepada PM Dato Seri Najib kerana memahami sokongan rakyat kepada team Malaysia.

Terima kasih juga kepada Coach Rajagopal dan playernyer kerana mereka kt dapat cuti umum

Semoga team kt Malaysia semakin meningkat naik dari tahun ke tahun

PERMULAAN YG BAIK UTK TAHUN BARU

msia

Tahniah utk team Malaysia…!! Permulaan yg baik utk thn baru pastinya rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak. Teruskan Permainan berdisplin anda.

Coach Raja mesti FAM kekalkan Coach yg bergini sepatutnya sudah lama peminat tempatan nantikan.

Kepada Player bermain lah dengan cemerlang. Bila bermain cemerlang pasti kejayaan akan mendatang dan pastinyer ganjaran terhidang.

3 Cara MEmpeNGaruhi OrANg

pengaruhi 

1. Prihatin terhadap Orang Lain – Sentiasa mengambil tahu akan kesusahan orang lain dengan tujuan untuk membantu meringankan beban orang lain tp bukan untuk menyibuk hal orang lain. Sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat yang diperlukan. Tidak terlalu berkira dengan khidmat yang telah diberikan terhadap orang lain.

2. Kepercayaan Diri – Anda mesti ada kepercayaan diri (self confident). Sahsiah diri yang sempurna membuatkan anda sentiasa disenangi oleh orang sekeliling. Penampilan anda juga mengambarkan tahap kepercayaan diri anda. Sahsiah juga meliputi tutur kata, penampilan diri, gerak badan ketika bercakap, perasaan rendah diri & sentiasa mengalah.

3. Kualiti diri – Aspek ini adalah yang paling penting kualiti diri yang ada dalam diri anda mestilah ditonjolkan. Contohnya anda seorang yang rajin,

10 Disember 2010

CARA HINDARI DARI SIFAT MAZMUMAH

3 Cara Hindari sifat mazmumah:-

- SOLAT-
solat fardu 5 waktu mestilah kena penuh kemudian dicampur dengan solat-solat sunat

-SEDEKAH/AMAL JARIAH-
Rajin-rajin la bersedekah walaupun RM1- terutama dirumah ibadah (masjid, surau)

-MEMBACA ALQURAN-
jadikanlah ia kawan setiap hari. Bacalah seperti membaca surat khabar pasti semakin lama semakin seronok jika kita mengamalkannya.

-ZIKIR-
Sentiasa menyebut zikrullah. Tukarlah bahasa waktu melatah dengan menyebut nama allah.

02 Disember 2010

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

fi

  • membanding dan membeza:

  • membuat kategori,

  • meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.

  • menerangkan sebab.

  • membuat sekuen / urutan.

  • menentukan sumber yang dipercayai,

  • membuat ramalan,

  • mengusul periksa andaian,

  • membuat inferens

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails