31 Oktober 2010

BERNILAI SETELAH MATI….??

Pelik mendengarnya tp itulah hakikat kehidupan. Hari ini terbaca hasil tulisan HAFIZAHRIL HAMID mengenai bernilai setelah kematian. Penulis sekadar memasukkan beberapa contoh seperti :-

ELVIS PRESLEY

elvis

MICHAEL JACKSON

jackson

ALBERT EINSTEIN

albert 

Kebanyakan mereka ini memperoleh kekayaan setelah menjual aset-aset yg mereka ada & karya yg mereka tinggalkan. Seperti kata pepatah melayu HARIMAU MATI MENINGGALKAN, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA .

 

 

 

30 Oktober 2010

PEMANDU BAS EKSPRES TIADA LESEN

basgaung

Terkejut mendengar pemandu bas tiada lesen. Polis kena siasat pihak penganjur Bagaimana boleh terjadi kes sebegini

Geram pun ade mendengar berita sebegini. lepas 1 kes ade je lagi kes yg timbul. Nak baca lagi….klik disini

BAYI AJAIB TERSELAMAT TSUNAMI

ALLAHUAKHBAR….!!!!
Dua bayi yang masih berumur dua bulan selamat dikalangan ratusan orang lainnya terbunuh. Dua bayi yang belum sempat diberi nama ini dirawat di Puskesmas Sikakap dan gereja setempat.
Semoga bayi tersebut sihat sehingga dewasa kelak…AMINN..
101029terk2_bayi

29 Oktober 2010

TV AL HIJRAH ………..!!!

 

Siaran tv percuma yang berkonsepkan islam sungguh tidak percaya di Malaysia wujud 1 tv begini.Ingatkan negara arab sahaja yang mampu mewujudkan tv islamik. Lega rasanya setelah ASTRO OASIS siaran TV yang berbayar wujud juga siaran TV islamik percuma tv AL HIJRAH bagi tontonan anak-anak kita yang masih kecil. Kebimbangan ibu bapa untuk mengurangkan pengaruh tidak baik terhadap anak-anak ketika menonton berkurangan.  Tahniah kepada menteri & pihak-pihak yang terlibat dalam mewujudkan siaran tv AL HIJRAH.

Saya nak berkongsi Frekuensi siaran tv AL HIJRAH untuk setiap negeri…..

SELAMAT MENONTON …….!!!

frekuensi

klik disini

22 Oktober 2010

MEKAH PUSAT PELABURAN TERKINI KAUM YAHUDI.....??

Terbaca artikel ni di Blog Peribadi Rasullah terkejut campur takut adakah yahudi mula berbuat bukan-bukan di tanah haram. Harap umat islam sedar akan bahaya yang mendatang ni.
Jom baca artikel menarik tersebut.....klik sini

21 Oktober 2010

LELAKI LEBIH SUKA MEMASAK...??

Sungguh memeranjatkan zaman dah semakin berubah. bukan wanita sahaja yang mempunyai hobi @ suka memasak lelaki pun dah mampu menyaingi wanita dalam hal-hal memasak. Kalau di lihat dikaca Tv pun dah banyak chef-chef lelaki yang lebih menonjol. Kebanyakan Duta-duta masakan malaysia sendiri terdiri daripada kaum adam contohnya seperti Chef Wan, Chef Sabri & banyak yang lain lagi. Teringat dengan program Mari Menari pada episod pertama dalam sesi pengenalan peserta-peserta. Kebanyakan peserta lelaki yang terdiri dari kaum-kaum suami hampir semuanya memperkenalkan diri dengan membuat kerja-kerja didapur seperti suka memasak, mencuci pakaian & mengemas rumah. Inikah yang dikatakan takut bini @ memang hobi sebenar.....!!
Tetapi mungkin kita tidak boleh menafikan sumbangan isteri terhadap keluarga dengan keluar bekerja setiap hari membantu menambah sumber pendapatan keluarga. Tujuan utama mungkin meringankan beban suami. Suami pula kebanyakan hanya ingin membantu si isteri yang telah penat keluar bekerja.  suami mungkin bukan takut bini tetapi dengan tujuan membantu isteri tercinta lagi disayangi........

JOHOR FCC........CAYALAH

tahniah untuk Johor FC & Azuan Zain lepasi peringkat pertama dengan kemenangan
bangga gak dengan kemenangan tersebut selepas beberapa tahun tiada pasukan dari johor yang berjaya. Alhamdulilah dah ada. Pengurusan Johor FC kekal kan Azuan zain dari dulu lagi Azuan memang bagus. Nak pi la stadium sabtu ni nak Sokong JOHOR FC

hidup JOHOR FC

20 Oktober 2010

MUAR....MUAR .....MUAR

Indeks udara melepasi paras bahaya IPU 432 - menurut Timbalan Perdana Menteri. Pejabat Daerah akan mengedarkan topeng muka bg murid-murid sekolah di daerah Muar. Sekolah juga tidak digalakkan mengadakan aktiviti kokorikulum & luar sekolah. Rasa-rasa bukan Muar sahaja di Johor Bahru pun teruk sangat cuacanya. Matahari ada tetapi cahaya tidak seterik bahang yang ada. Anak isteri pun tengah sakit-sakit & demam. Moga-moga jerebu yang melanda Johor barat akan reda secepatnya dan Moga allah turunkan hujan dengan lebat supaya cuaca kembali seperti sedia kala . AMINNN.......

19 Oktober 2010

PUKUL ISTERI - TAK BOLEH BERBEKAS

PUKUL ISTERI - TAK BOLEH BERBEKAS

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahkamah agung Persekutuan Abu Dhabi (UAE) memutuskan bahawa suami boleh memukul isteri dan anak kecilnya selagi ia tidak meninggalkan bekas fizikal. Mahkamah tersebut juga telah memutuskan lelaki tersebut bersalah & dikenakan hukuman kerana memukul isteri & anaknya tetapi menegaskan bahawa islam membenarkan tindakan mendisplin tetapi tidak boleh sehingga meninggalkan bekas.
Lelaki-lelaki di Malaysia bagaimana pula.....??? adakah sama jer dengan lelaki Arab....!!
Kuasa ketua ditangan Lelaki gunakanlah kuasa yang ada dengan bijak & bertindak sebagai seorang lelaki yang matang & waras akalnya........

17 Oktober 2010

DOA BERI KEKUATAN HADAPI KESUKARAN


Doa beri kekuatan hadapi kesukaran
APABILA berada dalam keadaan terdesak atau kesedihan, manusia selalunya
mudah sedar dan ketika itulah mereka berpaling untuk memohon pertolongan
serta ihsan Allah SWT.
Perkara itu dijelaskan Allah melalui firman-Nya bermaksud: “Apabila manusia
ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan
bersungguh-sungguh kembali kepada-Nya. Kemudian apabila diberi ruang
mengecapi rahmat daripada-Nya, tiba-tiba satu golongan dikalangan mereka
menyekutukan Tuhan.” (Surah al-Rum, ayat 33)
Doa adalah ibadat dan tanda pengabdian diri kepada Allah kerana memohon
kepada-Nya membuktikan pengiktirafan bahawa hanya Allah yang Maha
Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.
Amalan berdoa disuruh Allah dalam firman bermaksud: “Berdoalah kamu
kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya
orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan
masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, ayat 60)
Doa juga boleh menjadi kekuatan seterusnya mendatangkan kemudahan kepada
umat Islam untuk berhadapan dengan kesukaran seperti sabda Rasulullah SAW
bermaksud: “Doa itu senjata orang mukmin.”
Kita digalakkan meminta apa saja kepada Allah dengan bahasa yang mudah,
namun perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang
sesuai memenuhi kehendak hajat yang ingin disampaikan kepada-Nya.
Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi kaedah doa, kesungguhan serta
keikhlasan orang yang mengucapkannya. Sebaik-baik doa disertakan dengan
kesungguhan kita memastikan hajat dipinta dimakbulkan Allah.
Doa akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya serta
berpandukan kepada munajat nabi, rasul dan golongan solihin.

FACE BOOK MENGANCAM KESELAMATAN ANDA...

“TAK ada facebook? Alah, ketinggalan zamanlah kau ni, tak modenlah.”
ayat yg sering digunakan kepada orang yg tiada AC FB.
Banyak juga kelebihan FB ni antara nya untuk berkomunikasi dengan saudara mara, jauh dan dekat. Ada kenduri kendara, ada keluarga bertambah bilangan ahli, kawan-kawan kemalangan dan sebagainya, di sinilah ‘pusat sumber’ kita. Sementara FB secara percuma, apa yang nak dirisaukan, balun sajalah.
Saya tidak nafikan, dalam kebaikan yang dibawa, FB turut sama membawa sejuta masalah, gejala negatif dan tidak sihat. Ada orang menjadikan FB sebagai luahan perasaan yang tidak munasabah. Tidak kurang yang mahu menunjuk-nunjuk harta benda, kemewahan dan kesenangan diri.

Bicara tanpa bertentang mata, pasti akan ada saja pelbagai penerimaannya.
Tetapi kalau setakat persoalan yang remeh temeh diantara boyfriend, tunang & kawan-kawan contohnya “Sudah makan ke belum? Buat apa tu? Sihat ke hari ini?” Huhuhu! Sedih!
Pelbagai pendapat mengenai FB ni. Masing-masing boleh menentukan tujuan membuka Akaun FB Kupasan BAHAGIA @ BAHANA FB oleh Tengku khalidah di Mingguan Malaysia segmen Hiburan menarik perhatian saya.

MINGGUAN MALAYSIA (FB ; Bahagia atau Bahana)

ABG JEM, MAT SALEH,PAKCIK MOTOR, MDM MUAH-MUAH, MAK BANANG, TERBARU MAK NENG

Pagi-pagi dah buat aku ketawa, heran sungguh aku mana dia orang dapat tenaga pagi-pagi buta ade mood untuk buat pendengar ketawa. HAHAAAAA..
Setiap pagi kalau tak dengar radio sinar fm ni rasa macam tak berseri pagi aku ni. Rasa dah bertahun aku dengar radio sinar ni tp tak pernah rasa bosan. Kru sinar pagi lak (Khril, K E & S Y) sentiasa buat aku dalam mood ceria. Terbaru yg buat aku tergelak selalu ialah watak mak neng. Serupa betul S Y buat suara tu aku pun kekadang tiru gak suara tu. Topik setiap pagi yg dia orang ketengahkan pun cukup kreatif dah pandai memancing emosi pendengar mereka. Harap pengurusan sinar fm jangan ditukar mereka ni @ jangan bagi mereka nak berhenti dari kerja biorla mereka kerja sampai bila-bila. Rasanya kalau mereka tiada lagi untuk segmen pagi mungkin aku akan pikir kan ke radio lain lak kot.

p/s; kalau tgk cerita P Ramlee ada Mak Neng teringat lak kat Mak Neng yang kat radio Sinar

12 Oktober 2010

1st IMPRESION


Penampilan begitu penting untuk semua orang terutama individu yang berhadapan dengan orang ramai. Penampilan seseorang bukan sahaja diukur melalui fizikal malah melalui percakapan & gerak gaya badan individu tersebut. Tidak dinafikan berpenampilan dengan barangan mahal & berjenama akan membuatkan seseorang itu akan terpesona dengan anda tetapi perlu diingat juga budi bahasa, gaya bercakap juga memainkan peranan utama bagi menyakinkan pendengar anda. 
Kebanyakkan kaum wanita memang dikenali dengan berketerampilan malah tidak boleh dinafikan kaum wanita juga lah maju setapak kehadapan berbanding kaum lelaki dalam berpenampilan. Mungkin lelaki menganggap penampilan bukan aspek utama dalam bergaya cukup sekadar berpakaian denim sahaja & menganggap berpenampilan hanyalah untuk kaum wanita sahaja. Jangan lupa bernampilan kemas & berbudi bahasa juga adalah digalakkan di dalam agama islam. ianya menjadi sebahagian dalam keimanan seseorang.


BERPENAMPILAN KEMAS LUAR & DALAM ADALAH LAMBANG KEPERIBADIAN DIRI SESEORANG INSAN YANG BERNAMA MANUSIA

BAJET 2011 - HARAPAN AKU & ........?

15 Oktober 2010 jumaat, tak sabar rasa nak menunggu lagi 3 hari. Bajet tahun ini seperti biasa harapan aku setiap tahun mahukan bonus.! Semoga Dato' Najib mendengar permintaan aku ni (dengar ker????) bukan nak banyak sangat tetapi cukup la sekadar memuatkan dompet ku yang kosong ni. "Tak malu ker mintak macam-macam kerja malas asyik keluar minum jer" Cakap-cakap yang aku dengar dikalangan orang awam. Lantaklah, bagi aku bukan semua penjawat awam yg teruk. Aku rasa aku dah buat semua keja mengikut senarai tugas yg diberikan. Bos aku kata "kerja awak ok tp awak perlu tambah baik kerja awak" kira ok la tu kan. Jangan hampakan penjawat awam mcm aku ni yg kerja harap gaji bulan jer.

"1 malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" penjawat awam jgn dilupakan'

IPHONE - 4 HASIL PENELITIAN USTAZ ZAHARUDDIN

Sy telah membaca perkongsian ilmu iPhone- 4 oleh Ustaz Zaharuddin. Penilitian yg beliau buat  sgt berguna kepada pengemar telefon bimbit terbaru & menjadi kegilaan ramai orang. Mungkin panduan yang diberikan oleh Ustaz Zaharuddin mengenai  iPHONE - 4 boleh membantu anda berfikir tentang kelebihan & kekurangan sebelum memilikki handpone tersebut.

sila klik di sini 
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/967-iphone4.html

HANDPHONE MAHAL TAHU GUNA @ MENUNJUK JER??

KELAKAR betul la....... harap handpone jer mahal setakat tahu sms ngan buat call jer......isyyhhhh klu mcm tu baik pakai pone yg bleh sms ngan call jer.... tu blum tanya pasal fungsi yg ada dlm pone canggih tu.
Dibekalkan manual xreti nak baca. nak setting network pun tercari kat ner siap tanya ngan org yg pki pone murah lak. Minta maaf je la mffzone sendiri pun pki pone murah jer tu cuma dengar dari kawan2 yg pki pone mahal. Mffzone pun nak pakai yg mahal tp kocek asyik bocor jer tak berani lak. Rasa2 tahun depan kot bleh pakai pone mahal xpun tahun depan lg mungkin tambah 2tahun lg kot.....isyhhhhh entah.
Handpone kat sblah ni ok tak.......?

TIPS-TIPS KEWANGAN

 5 tip kewangan :
Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit 
PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU…TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!
Posted by Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

gambar al-qsa & masjid kubah batu rosak

AL-AQSA HAMPIR MUSNAH

بو سالم الريس /منتديات بناء
صور للهيكل المزعوم الذي يستعد الصهاينة لإقامته
KERANGKAAN BANGUNAN YANG MEREKA SANGKA MILIK AGAMA MEREKA
هذه الصورة الاولة للهيكل الذي وضعه الصهاينة قبالة الأقصي
REPTIKA GEREJA YAHUDI DIBAWA MASUK

صور للتشققات التي حدثت في أعمدة المسجد نتيجة الحفريات الصهيونية تحت المسجد
KEROSAKAN LANTAI KAWASAN MASJID KERANA KERJA PEMBINAAN TEROWONG DI BAWAH TANAH
هنا شاهد قطعان المستوطنين يتجولون داخل باحات المسجد
PENDUDUK YAHUDI BERSIAR-SIAR DI KAWASAN MASJID KUBAH BATU
صور للتشققات داخل باحات المسجد
صور للتشققات في البيوت المجاورة

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails