21 Oktober 2010

LELAKI LEBIH SUKA MEMASAK...??

Sungguh memeranjatkan zaman dah semakin berubah. bukan wanita sahaja yang mempunyai hobi @ suka memasak lelaki pun dah mampu menyaingi wanita dalam hal-hal memasak. Kalau di lihat dikaca Tv pun dah banyak chef-chef lelaki yang lebih menonjol. Kebanyakan Duta-duta masakan malaysia sendiri terdiri daripada kaum adam contohnya seperti Chef Wan, Chef Sabri & banyak yang lain lagi. Teringat dengan program Mari Menari pada episod pertama dalam sesi pengenalan peserta-peserta. Kebanyakan peserta lelaki yang terdiri dari kaum-kaum suami hampir semuanya memperkenalkan diri dengan membuat kerja-kerja didapur seperti suka memasak, mencuci pakaian & mengemas rumah. Inikah yang dikatakan takut bini @ memang hobi sebenar.....!!
Tetapi mungkin kita tidak boleh menafikan sumbangan isteri terhadap keluarga dengan keluar bekerja setiap hari membantu menambah sumber pendapatan keluarga. Tujuan utama mungkin meringankan beban suami. Suami pula kebanyakan hanya ingin membantu si isteri yang telah penat keluar bekerja.  suami mungkin bukan takut bini tetapi dengan tujuan membantu isteri tercinta lagi disayangi........

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails