16 September 2010

HARI MANA LEBIH PENTING...........!!! 16 SEPT @ 31 OGOS

Hari ni Cuti hari Malaysia. Cuti Umum yang baru dimasukkan dalam kalendar cuti Umum bagi negara Malaysia. Tetapi tahukah anda kenapa hari 16 Sept diberi cuti umum. Tahukah anda juga manakah hari yang lebih penting untuk Rakyat malaysia raikannya 31 OGOS @ 16 SEPT. Kerajaan perlu lebih banyak membuat promosi tentang perbezaan & kepentingan kedua-dua hari tersebut. Mungkin anak-anak kecil dan masih bersekolah tahu akan maksud kedua-dua tarikh tersebut. tetapi anda yang telah lama meninggalkan alam persekolahan tahukah anda akan maksud bagi kedua tarikh tersebut. MFFZONE lihat ade juga promosi & penerangan bagi hari 16 SEPT macam surat khabar harian & televisyen tetapi kerajaan juga perlu membuat promosi di papan tanda iklan disepanjang perjalanan agar maksud sebenar hari 16 Sept di beri cuti umum dapat sampai terus kepada rakyat di setiap pelusuk negara. 
DIkesempatan ini MFFZONE ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEMBENTUKKAN NEGARA MALAYSIA untuk semua warganegara MALAYSIA.....

BALIK RAYA..... MEMANDU MALAM @ SIANG MANA LEBIH SELAMAT...???

Lebuh Raya .... Jalan Persekutuan .....Jalan Bandaran..... Jalan Kampung...!!! @ jalan pintas. Pasti semua jalan raya tersebut akan dipenuhi oleh kenderaan yg balik dari Berhari Raya. Minggu hadapan akan bermulanya hari-hari sibuk untuk orang yg bekerja, bersekolah @ ape-ape sahaja. 
Bila sebut saje balik dari berhari raya pasti kebanyakan pemandu akan mula merancang perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Ade yang suka memandu waktu malam kerana suasana sejuk tiada matahari panas seperti siang hari. Ade juga yang suka memandu siang kerana mata lebih tidakk mengantuk kerana hari terang. Masing-masing ade pendapat masing-masing. MFFZONE sendiri lebh senang memandu pada waktu siang selain kalah pada cahaya lampu di malam hari memandu waktu siang ni banyak tempat yang boleh disinggah di sepanjang perjalanan pulang.
Siang @ malam, masing-masing memandu mengikut keselesaan yang pasti keselamatan diri & penumpang menstilah diutamakan rancang perjalanan anda dan  pastikan aspek keselamatan diutamakan 


SELAMAT PULANG KEMBALI KE KOTA
 

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails