01 Januari 2011

Ciri-Ciri Pemikir Bijak

 

jak

  • Cekal                
  • Luwes
  • Reflektif
  • Kurang impulsif
  • Ingin tahu
  • Mengambil risiko
  • Mahir menyoal
  • Tidak mudah putus asa
  • Asertif
  • Berkerjasama

SAMBUNGAN RP

P

Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat Anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan

Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:

  1. Usahawan

Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

  1. Bank

Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.

“JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”

Faizal Yusof Meninggal Dunia ......???

Tidak dpt dipastikan lg kesahihan maklumat ini tetapi berdasarkan maklumat dr blog-blog popular perkara ini telah di war-warkan. Jika Benar ALFATIHAH.......Berita lanjut

HARI ORIENTASI TAHUN SATU

Berbagai Gaya & gelagat yg ditonjolkan anak-anak tahun satu. Sangat comel semuanya ibu bapa tak menang tangan melayan mereka semua. Pelbagai gambar dipaparkan untuk tontonan kt semua






MAIZAWATI SELAMAT DALAM KEMALANGAN

Bekas isteri kepada penyanyi rock, Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal yang ditimpa kemalangan jalan raya pada Selasa lalu bersyukur kerana bayi yang dikandungnya selama lima bulan, selamat.
kemalangan jalan raya itu berlaku apabila kereta Proton Gen2 yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan lain yang tiba-tiba meluru masuk di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah di sini.
Sewaktu kejadian Maizawati bersama suami, serta tiga orang anak yang sedang tidur, dalam perjalanan pulang ke Bercham. Sumber utama dari ........Utusan Malaysia

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails