28 Jun 2012

KEBAIKAN SOLAT DARTI SUDUT SAINS








Semalam saya terlibat dengan kursus kebaikan solat dari sudut sains anjuran PERKIM, MAIJ, MBJB. Kursus ini dikendalikan oleh salah seorang saintis terkenal do negara kita iaitu Prof Madya Dr fatimah Ibrahim, Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya.

26 Jun 2012

LEGOLAND. .....!! hampir siap....

Tak sabar nak tunggu pembukaan rasmi dijangka bulan sept 2012. Harap pembinaan siap dlm tempoh yang ditetapkan. Saya nak berkongsi gambar sebahagian daripada Legoland di Johor yang hampir siap;

Published with Blogger-droid v2.0.6

25 Jun 2012

AYUH JOHOR TERUSLAH BERGERAK KEHADAPAN....!!

Alhamdulillah.!! Akhir ada pembangunan yang dirancang di negeri johor. Sudah lama rasanya johor tiada pembangunan yang dibangunkan. Malah tiada ape mercu tanda baru yang boleh dibanggakan melainkan bangunan lama yang sedia ada dijadikan rujukan selain tempat membeli belah yang banyak. Jika saudara mara hadir ke sini pasti tertanya-tanya tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Jom kita tengok video ini yang menerangkan pembangunan di johor.

23 Jun 2012

ANIMASI MALAYSIA YANG SUNGGUH MEMBANGGAKAN.......!!!

Anak-anak saya sangat suka dengan 2animasi ini. Saya cakap dengan mereka, ini hasil daripada kreativiti orang malaysia. Saya cakap dengan mereka supaya mereka kreativ macam pencipta upin ipin & boboiboy dalam ape jua bidang pun.









SEKITAR PAMERAN MOSTI NEGERI JOHOR

Gambar di PERSADA JOHOR sekitar Pameran Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor






22 Jun 2012

SENYUM & CERIA

Pasti kita rasa seronok jika kita melakukan perkara yang kita suka. Teruskanlah melakukan perkara yang membuatkan kita rasa gembira. Apabila kita gembira ia akan melahirkan perasaan positif pada diri dan meningkatkan kualiti tenaga diri kita. Semakin baik tenaga positif yang kita hasilkan dalam diri, semakin kuat menarik perkara-perkara positif yang lain kepada hidup kita.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah membuang perasaan benci, kecewa sedih dan lain-lain dalam diri kita. Apa yang perlu adalah sentiasa senyum dan ceria kerana ia akan menarik lebih banyak tenaga positif yang ada disekeliling kita sekaligus membuatkan diri kita sentiasa sihat dengan mengamalkan cara tersebut.





Jawatan kosong di LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai LHDN1.

Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 (5 Kekosongan)

Tarikh Tutup Permohonan: 25 Jun 2012 

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN:
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/LHDN2012.pdf

BESIKAP TERBUKA

hari ini nak berkongsi sifat-sifat yang boleh menarik wang kepada anda yang dihasilkan oleh en amar mahmood (buku rahsia minda jutawan):

Sentiasa terbuka pada peluang kekayaan.

Anda pasti pernah menolak beberapa peluang perniagaan semata-mata sikap malas, takut dan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan perniagaan itu.

Apabila anda kerap menutup peluang-peluang itu, minda separa sedar membaca sikap andyang tidak mahukan peluang kekayaan dan tidak mampu melihat peluang kekayaan yang berada di sekeliling anda.


21 Jun 2012

Jawatan kosong di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Johor

Jawatan kosong:

Pembantu Tadbir (P/O) N17 (kontrak)

Iklan sebagaimana gambar.



DARI YANG KECIL LA KITA PERLU TUNJUKKAN PENGHARGAAN......!!!

"aduh..... sikit nyer gaji bulan ni. ." "Malasla nak tengok slip gaji bukan banyak mana pun" "ko jumpa 10 sen pun ko nak amik".

Ramai orang selalu mengeluh dengan setiap sen yang mereka perolehi tetapi tahukah anda..? bahawa masih ramai lagi orang lain yang mundur dan susah untuk mendapat wang setiap hari. Cuba bayangkan jika kita berada ditempat mereka, sudah tentu kita akan menghargai setiap sen yang mengalir keluar dan masuk dalam kehidupan seharian.

Tunjukkanlah penghargaan pada wang yang kita ada, terima, jumpa atau sebagainya walaupun jumlahnya tidak sebesar mana. Menunjukkan penghargaan sebenarnya adalah tanda rasa syukur keatas wang yang ada di tangan.

Secara tidak disedari, sekiranya kita melahirkan rasa syukur pada wang yang diperolehi, ia menunjukkan kita menumpukan pada perkara yang positif ataupun kepada perkara yang diinginkan iaitu wang terus mengalir masuk kepada kita.

Semoga dengan menunjukkan rasa syukur juga tuhan akan menambah lagi rezeki yang diterima malah akan menjadikan rezeki itu diberkati.



posted from Bloggeroid

20 Jun 2012

TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA

Program Teksi 1 Malaysia rasanya tiada pun promosi @ iklan mengenai program ini dan mungkin juga bagi bukan pemandu teksi program sebegini tidak penting bg mereka tidak seperti program BR1M. TR1M adalah program bantuan tayar bagi kereta sewa @ teksi. Pemandu yg memilikki permit teksi sendiri akan diberi bantuan tayar 4 biji oleh kerajaan. Pelbagai cakap-cakap mengenai bantuan ini ada yang positif namun ada juga yang negatif. Ada yang cakap bantuan ini sekadar ole-ole dari kerajaan untuk pilihanraya ke13 yang akan datang. Walau apa pun yang dicakap orang bantuan tersebut pasti akan diterima oleh pihak yang sepatutnya terima terutama pemilik permit teksi sendiri. Diharap bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditangung oleh pemandu teksi walaupun bantuan ini tidak seberapa. Bagi yang menerima bantuan ini ucaplah rasa syukur kepada allah semoga dengan rasa syukur tersebut allah akan menambah lagi rezeki yang diterima......Amin..!!


posted from Bloggeroid

16 Jun 2012

SAYA YANG SALAH.....tak saya yang salah....

Org 1; saya yang salah.....
Org 2 ; tak saya yang salah awak tak salah...

Dah lama tak mendengar perkataan sebegini di ungkapkan...... Rasa perkataan sebegini hanya didengar dikalangan org2 tua sahaja. Jika tidak salah ungkapan sebegini merupakan salah 1 sifat rendah diri yg tinggi yg ada pd diri seseorang yang baik budi pekertinya.

Melihat kepada keadaan di zaman berteknologi tinggi ini kadangkala buat saya terfikir masih adakah. ? Orang yang memilikki sifat merendah diri terutamanya bangsa melayu malah seorang yang mengaku dirinya islam.

Jika dilihat pd keadaan sekeliling tidak salah menyatakan kebanyakan rakyat malaysia terutama melayu islam kini sudah kurang mempratikkan nilai-nilai murni ini. Sedih melihat bangsa melayu islam kini tanpa segan silu menyalahkan, menunding jari kepada orang lain. Kemana hilangnya adab dan nilai-nilai murni yang selama ini diamalkan oleh bangsa melayu.

Malah bertambah sedih apabila melihat melayu berkopiah, berperwatakan warak pula yang bertindak berlebihan mengungkapkan kata2 yang kurang sopan terjerit2 seolah-olah lupa bahawa islam lebih mementingkan nilai murni dalam kehidupan..

Pening memikirkan jawapan yg mahu dijelaskan pd anak2 yg kecil bila mereka bertanya akan hal ini. Entahla. ...... Semoga generasi akan datang lebih tinggi amalan nilai-nilai murni mereka apabila negara mencapai negara maju pada tahun 2020.


posted from Bloggeroid

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails