22 Jun 2012

SENYUM & CERIA

Pasti kita rasa seronok jika kita melakukan perkara yang kita suka. Teruskanlah melakukan perkara yang membuatkan kita rasa gembira. Apabila kita gembira ia akan melahirkan perasaan positif pada diri dan meningkatkan kualiti tenaga diri kita. Semakin baik tenaga positif yang kita hasilkan dalam diri, semakin kuat menarik perkara-perkara positif yang lain kepada hidup kita.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah membuang perasaan benci, kecewa sedih dan lain-lain dalam diri kita. Apa yang perlu adalah sentiasa senyum dan ceria kerana ia akan menarik lebih banyak tenaga positif yang ada disekeliling kita sekaligus membuatkan diri kita sentiasa sihat dengan mengamalkan cara tersebut.





Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails