12 Jun 2011

Rancangan Tv pilihan keluarga ku

Dalam keluarga ku masing-masing ada pilihan rancangan TV 
Rancangan TV pulak kesemuanya tidak sehati sejiwa 
Untungnya kesemua rancangan pilihan tidak bersiaran serentak
Kalau serentak jawabnya kena mengalah terutamanya saya 
jom saya ajak tengok rancangan pilihan dalam keluarga ku 

hampir setiap hari anak-anakku akan melihat cartoon kegemaran masing-masing

kakak dengan cartoon kegemarannya MICKEY MOUSE CLUBHOUSE


adiknyer pulak PORORO THE LITTLE PENGUIN


Isteriku pulak rancangan pilihannya lebih kepada suasana romantik pasangan pengacara  ishhhh best agaknya.....


dan ini pulak rancangan yang paling saya suka ......


tp mungkin ramai yang tidak tahu kami juga mempunyai pilihan rancangan TV bersama. Hampir setiap hari kami akan pastikan tonton bersama-sama



Angan-angan tukar kepada cita-cita

Ada satu perkara yang saya sangat suka pada kanak-kanak. Mereka suka berimiginasi dan sentiasa optimis dengan angan-angan mereka.


“Nak dapat hadiah Nobel.”

“Nak jadi polis.”

“Nak buat kereta terbang.”

“Nak jadi Perdana Menteri.”

“Nak jadi Sultan…” Erkk..


Macam-macam mereka mahu ‘jadi’. Malahan bukan setakat mahu ‘menjadi’ tetapi mereka terlalu berangan-angan. Untungnya angan-angan mereka tidak pernah dimarahi. Tidak pernah dipelekeh. Malahan angan-angan mereka diiyakan oleh sesiapa sahaja. Kanak-kanak membina identiti mereka dari angan-angan mereka. Minda mereka turut bergerak aktif apabila mereka mula berangan-angan. Mereka bebas. Bebas untuk berangan dan memilih.


Itu yang saya suka. Kebebesan mereka untuk terus berangan dan bermimpi yang pelbagai. Tidak ada siapa yang marah. Tapi apabila saya kembali ke dunia saya, angan-angan tidak ada nilai. Baiklah kalau pun tidak mahu memanggilnya angan-angan, kita panggilnya sebagai cita-cita sesuai dengan dunia kita.

“Aku nak berniagalah.”

“Aku ingat nak buka pusat paint-ball.”

“Aku target umur 30 aku dah dapat jadi CEO.”

“Nak jadi jutawan, senang sikit.”

“Lagi 7 tahun, kau tengoklah nanti. Aku memandu kereta BMW.





Mungkin bila ada rakan kita yang berkata seperti di atas. Ada yang memuncung, ada yang gelak, dan mungkin ada yang memperlekehkan cita-cita tersebut.

“Kau jangan beranganlah.” Mungkin itu jawapan balas yang biasa didengari.

Saya bersyukur berada dilingkungan rakan-rakan yang memahami. Bukan semua tetapi orang-orang yang saya sentiasa luahkan cita-cita dan perancangan saya, semuanya menyokong, malahan sedia untuk mendengar. Walaupun saya kerap-kali menghasilkan pelbagai rancangan, walaupun rancangan itu seharusnya dirancang 5 atau 10 tahun akan datang. Mereka tetap sabar mendengar. Mereka tidak pernah melekehkan cita-cita dan rancangan saya. Mereka amat bermakna buat saya.

“Ya Allah, Kau janganlah membunuh angan-anganku. Berikanlah kekuatan untuk aku merealisasikannya. Aku tahu, Kau tidak pernah mengecewakan permintaan hamba-hamba-Mu.” Munajat saya kepada Illahi. Moga Dia tidak membunuh angan-angan saya..

Bagi ingatan kita bersama, jangan kita bunuh angan-angan sesiapa pun. Kerana tidak ada siapa pun tahu, angan-angan mereka itu akan berjaya suatu hari nanti. Angan-angan ditambah dengan usaha, tidak pernah ada yang gagal. Mari kita raikan angan-angan sebagai cita-cita


persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu....

Setiap ilmu dan kepandaian di dalam apa juga bidang… samada perubatan, astronomi, pentadbiran, pembangunan, perindustrian, pertanian dan lain-lain, maka muslim (orang Islam) adalah orang yang lebih berhak memilikinya.
Rasulullah saw telah bersabda:
Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).
Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia.
Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. Orang Islam suatu masa dahulu telah belajar dan memiliki ilmu dalam pelbagai bidang sehingga golongan bukan Islam terpaksa merujuk kepada mereka. Misalnya Ibnu Sina adalah seorang tokoh perubatan Islam yang sering dirujuk dalam bidang kedoktoran.
Dalam hadith yang lain disebut, ajarlah anak kamu menulis. Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!”. Zaman yang dimaksudkan ini adalah zaman perlumbaan ilmu.
“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”
Orang Islam lemah kerana mereka tidak mempunyai ilmu, kepakaran dan tidak bercita-cita tinggi. Rasulullah saw juga bimbang umatnya lemah keyakinan. Umat Islam hendaklah berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Dalam hadith disebut “Tinggi cita-cita itu cetusan iman. Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin membina kapalterbang agar dapat memajukan umat Islam, yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails