12 Jun 2011

Angan-angan tukar kepada cita-cita

Ada satu perkara yang saya sangat suka pada kanak-kanak. Mereka suka berimiginasi dan sentiasa optimis dengan angan-angan mereka.


“Nak dapat hadiah Nobel.”

“Nak jadi polis.”

“Nak buat kereta terbang.”

“Nak jadi Perdana Menteri.”

“Nak jadi Sultan…” Erkk..


Macam-macam mereka mahu ‘jadi’. Malahan bukan setakat mahu ‘menjadi’ tetapi mereka terlalu berangan-angan. Untungnya angan-angan mereka tidak pernah dimarahi. Tidak pernah dipelekeh. Malahan angan-angan mereka diiyakan oleh sesiapa sahaja. Kanak-kanak membina identiti mereka dari angan-angan mereka. Minda mereka turut bergerak aktif apabila mereka mula berangan-angan. Mereka bebas. Bebas untuk berangan dan memilih.


Itu yang saya suka. Kebebesan mereka untuk terus berangan dan bermimpi yang pelbagai. Tidak ada siapa yang marah. Tapi apabila saya kembali ke dunia saya, angan-angan tidak ada nilai. Baiklah kalau pun tidak mahu memanggilnya angan-angan, kita panggilnya sebagai cita-cita sesuai dengan dunia kita.

“Aku nak berniagalah.”

“Aku ingat nak buka pusat paint-ball.”

“Aku target umur 30 aku dah dapat jadi CEO.”

“Nak jadi jutawan, senang sikit.”

“Lagi 7 tahun, kau tengoklah nanti. Aku memandu kereta BMW.





Mungkin bila ada rakan kita yang berkata seperti di atas. Ada yang memuncung, ada yang gelak, dan mungkin ada yang memperlekehkan cita-cita tersebut.

“Kau jangan beranganlah.” Mungkin itu jawapan balas yang biasa didengari.

Saya bersyukur berada dilingkungan rakan-rakan yang memahami. Bukan semua tetapi orang-orang yang saya sentiasa luahkan cita-cita dan perancangan saya, semuanya menyokong, malahan sedia untuk mendengar. Walaupun saya kerap-kali menghasilkan pelbagai rancangan, walaupun rancangan itu seharusnya dirancang 5 atau 10 tahun akan datang. Mereka tetap sabar mendengar. Mereka tidak pernah melekehkan cita-cita dan rancangan saya. Mereka amat bermakna buat saya.

“Ya Allah, Kau janganlah membunuh angan-anganku. Berikanlah kekuatan untuk aku merealisasikannya. Aku tahu, Kau tidak pernah mengecewakan permintaan hamba-hamba-Mu.” Munajat saya kepada Illahi. Moga Dia tidak membunuh angan-angan saya..

Bagi ingatan kita bersama, jangan kita bunuh angan-angan sesiapa pun. Kerana tidak ada siapa pun tahu, angan-angan mereka itu akan berjaya suatu hari nanti. Angan-angan ditambah dengan usaha, tidak pernah ada yang gagal. Mari kita raikan angan-angan sebagai cita-cita


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails