31 Mei 2010

BERCAKAP BENAR TIP TERBAIK UTK TINGGALKAN MAKSIAT, MUNGKAR

Daripada Ibnu Umar, katanya: "Saya dgr Nabi SAW bersabda yg bermaksud: 'Bagi tiap-tiap org yg khianat (penipu) ada bendera yg dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.' (Hadis Riwayat Bukhari).
Rasullah menjelaskan sifat org munafik antaranya ialah apabila berkata ia berbohong; apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianat. Maka wajar jika rasullah SAW menyatakan berdusta @ berbohong itu termasuk dalam dosa besar. Dalam sebuah riwayat diceritakan telah datang kepada Rasullah SAW seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat besar yg biasa dilakukannya iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki itu Rasullah SAW berwasiat kepadanya. "Hanya dengan satu perkara: LAA TAKZIB (jgn Berbohong).
Ternyata degan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yg susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.
Bagaimana jika saya ditanya oleh Rasullah SAW. Jika saya menjawab: Tidak! Bererti saya telah berbohong> Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum, fikir lelaki itu sehingga ia berhenti daripada berzina.

SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails