28 September 2012

JOM CUCI JB 2012

Pertandingan Bangunan Ceria, Gotong Royong Perdana, Kedai/Bangunan, Terbersih, Skuad Terbaik.

Tema dipilih :
BERSAMA KITA BERSIHKAN BANDARAYA JB

Perasmian pd 15 oktober 2012 bertempat di Jln Segget Pusat Bandar JB

ACARA BERLANGSUNG MULAI BULAN Oktober hingga November 2012

SAYA SAYANG JB....!!!

urusetia ; 07-2198244
www.facebook.com/kioskpelancongan

Published with Blogger-droid v2.0.9

PEKERJA. SEMENTARA SELAMA 15HR DIPERLUKAN DI MBJB. ...!!!

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU memerlukan Pembanci Sementara selama 15 hr untuk kerja-kerja banci penduduk disekitar kawasan Bandaraya Johor Bahru.

Gaji offer RM54 /  1 hr
Calon yang berminat hubungi pn hajah maimunah di talian 07-2198369

Published with Blogger-droid v2.0.9

DATUK NO 1.....

KUALA LUMPUR - Kekecewaan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik London sedikit terubat apabila dia merampas kembali takhta No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan semalam, malah dijangka mengekalkan kedudukan tersebut sehingga penutup 2012.

Kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Jepun, minggu lalu memberi 9,200 mata ranking buat jaguh perseorangan negara itu, sekali gus memintas Lin Dan dengan kelebihan tipis 1,505. Chong Wei mengumpul 93,298 mata keseluruhan, manakala Lin Dan 91,793.

Chong Wei, 29, yang menumpaskan Boonsak Posana 21-18, 21-18 ketika merangkul gelaran ketiga Terbuka Jepun mampu mengekalkan kedudukannya sehingga akhir tahun memandangkan Lin Dan tidak akan beraksi pada dua kejohanan utama di Eropah bulan depan, Siri Super Premier Terbuka Denmark (16-21) dan Siri Super Terbuka Perancis dari 23-28.

Selepas menerajui takhta No.1 dunia selama 191 minggu, Lin Dan memintas Chong Wei pada ranking 21 Jun dan mengekalkan kedudukan selama 14 minggu. Dia juga mengecewakan Chong Wei dalam perebutan pingat emas Olimpik, bulan lalu.

Bagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, kejayaan melonjak kembali ke takhta No. 1 merupakan motivasi terbaik buat Chong Wei, apatah lagi jika kedudukan itu dapat dikekalkan sehingga musim baru 2013.

Begitupun beliau mengakui, cabaran terbesar anak didiknya itu kini adalah mengekalkan prestasi.

Saya tidak terkejut dia merampas takhta No. 1 kerana prestasinya masih di tahap terbaik. Malah, saya gembira dia melakukannya ketika sedang berada dalam mood relaks.

Kejayaan menjuarai Terbuka Jepun dan naik No. 1 memberi motivasi Chong Wei sebelum memulakan tahun baru. Tempoh tiga bulan terakhir ini dianggap tempoh relaks kerana bebannya sudah hilang sebaik Olimpik berakhir.

Jadi, sebelum tirai 2013 dibuka, bagus jika dia dapat mengukuhkan kedudukan kerana sebaik musim baru bermula, dia bakal berdepan cabaran lebih besar kerana Kejohanan Dunia bakal menanti," ujar Seu Bock.

Selain Terbuka Denmark dan Perancis, empat lagi kejohanan yang bakal menanti Chong Wei adalah Siri Super Premier Terbuka China (13-18 November), Siri Super Terbuka Hong Kong (20-25 November), Grand Prix Emas Terbuka Macau (27 November-2 Disember), selain Siri Super Masters Akhir di Shenzen 12-16 Disember.

Sementara itu kejayaan menjuarai Terbuka Jepun turut membolehkan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melonjak ke ranking terbaik dalam karier mereka. Pasangan muda negara itu naik dua anak tangga ke kedudukan kelima.

Kenaikan turut dialami Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, yang melonjak satu anak tangga ke No. 6, berterima kasih kepada kejayaan muncul naib juara di Jepun.

Empat pemain China berada dalam kelompok 10 terbaik perseorangan lelaki, diketuai Lin Dan (2), Chen Long (3), Chen Jin (4) dan Du Pengyu (9).

Selain Chong Wei, tiada pemain Malaysia lain berada dalam kedudukan 25 terbaik.

Chong Wei Feng yang naik enam tangga tangga menghuni kedudukan ke-27, manakala Liew Daren 28 (naik satu tangga).

Muhammad Hafiz Hashim di tangga ke-38, Tan Chun Seang (39), Mohd. Arif Abdul Latif (52), Misbun Ramdan Misbun (70), Chan Kwong Beng (76), Zulfadli Zulkifli (80), Goh Soon Huat (97) dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin, 99.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Konsert R & R di johor

Konsert R&R SINAR kembali lagi, kali ini turun ke selatan tanah air untuk menggegarkan Johor Bahru pada 29 September 2012, pukul 8.30 malam. Acara yang bertempat di Padang A, Plaza Angsana Johor Bahru ini akan membariskan artis 80-an terkenal bagi memenuhi permintaan pendengar SINAR fm yang rindukan aksi penghibur pujaan mereka suatu waktu dahulu. R&R untuk Rock & Retro, selama 3 jam, penonton akan disajikan dengan persembahan dan melodi yang pasti mengundang nostalgia. Pendengar setia SINAR fm pasti tidak mahu ketinggalan temu janji di Johor Bahru, sambil bersama-sama menikmati alunan muzik retro secara langsung, malah dihiburkan pula oleh penyampai-penyampai SINAR fm sendiri – iaitu Salih Yaccob, Raja Azura, Khairil Rashid, Abby Fana, Feeya, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin.Barisan artis yang akan membuat persembahan ialah Datuk David Arumugam, Endang S. Taurina, Wann, Azri (Kilauan Emas 2), kumpulan komedi Jambu, Ezad Lazim serta legenda rock tanah air iaitu Ramli Sarip. Shah Slam pula bertindak sebagai pengarah muzik di Konsert itu nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.9

PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2012

Kesejahteraan berterusan

Najib Tun Razak memasukkan dokumen Belanjawan 2013 ke dalam beg semasa melakukan tinjauanpersiapan belanjawan di Kementerian Kewangan di Putrajaya,malamtadi. Bersamanya (depan, dari kiri) ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dankedua-dua TimbalanMenteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang. - Bernama

PUTRAJAYA 27 Sept. — Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.

Kata mereka, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat" bagi memastikan perkembangan sosial yang mampan, selain mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat.

Perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit berbanding RM229 bilion pada tahun ini bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Para pegawai itu menegaskan, walaupun ada pihak yang akan cenderung melabelkan Belanjawan 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" berikutan programnya yang lebih berpusat kepada rakyat dan pilihan raya umum yang semakin hampir tetapi harus diingat bahawa usaha memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak memegang jawatan pada April 2009.

Belanjawan itu, tegas mereka, adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang akan mengambil kira aspirasi rakyat untuk kehidupan yang lebih baik.

Najib sebagai "game-changer" dalam transformasi politik dan ekonomi negara, kata mereka, akan memastikan Belanjawan 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar yang pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan.

Sudah banyak didebatkan yang belanjawan sebelum ini lebih tertumpu kepada kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.

Namun, kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya termasuk penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan akan turut diberi perhatian.

Ini bermakna kesinambungan dasar adalah perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini.

Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan, selain pengembangan pasaran modal tempatan.

Kata para pegawai berkenaan, kerajaan juga dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.

Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, para pegawai itu berkata, kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.

Ucapan Najib juga seharusnya menjuruskan kepada menyemak semula industri automotif negara kerana lebih 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri itu berhadapan risiko. - BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.9

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails