30 November 2010

3 caRa bIjak mEngURus KejAYaan

1) Bersyukur – Kita perlu bersyukur apabila mendapat sesuatu kejayaan. Bersyukur bukan sahaja menunjukan kita berterima kasih kepada tuhan (allah) dengan kurniaannya tetapi bersyukur juga akan mengingatkan supaya kita tidak alpa dengan kejayaan yang kita capai sekarang.
2) Tangguhkan Kepuasan – Jangan terlalu mudah kita berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Selepas bersyukur kita juga perlu terus melaksanakan ciri-ciri @ langkah-langkah kejayaan yang kita sendiri telah ikuti. Jangan kita menyatakan bahawa kejayaan yang ada telah mencukupi dan telah sampai ke kemuncaknya.
3) Berkongsi kejayaan – Apabila kita telah mencapai kejayaan, pastikan kita pula membantu orang lain dalam mencapai kejayaan. Ini menjadikan kejayaan kita akan lebih bermakna. Dalam islam sendiri menggalakkan kita untuk menderma & mengeluarkan zakat. Saya berikan contoh ; Kita lihat orang ketujuh terkaya di Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar AL Bukhary beliau merupakan seorang usahawan yang banyak menderma malah beliau turut menubuhkan Yayasan AL Bukhary semata-mata untuk berkongsi apa yang dimilikki oleh beliau. Oleh itu setelah kita berjaya jangan kita lupa untuk membantu orang lain.
Rumusan- Orang yang bijak mengurus kejayaannya akan berjaya mengekalkan kejayaannya itu dan berazam untuk mengelakkan diri daripada kembali ke zaman kesusahannya setelah mereka bersusah payah untuk berjaya.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails