12 Jun 2010

WASPADA !!! Elak Kejadian Pecah Rumah

Tinggal dalam kediaman yg selesa dan selamat adalah impian setiap individu. Memastikan keselamatan kediaman dan penghuninya sentiasa berada didalam keadaan selamat adalah tanggungjawab bersama. Kebiasaan berlakunya kejadian pecah rumah ialah pada ketika penghuni tiada di rumah pada jangka masa yang lama tanpa memberitahu jiran atau polis mengenai ketiadaan penghuni.
Rumah yang ditinggalkan kosong dalam tempoh lama misalnya perlu kelihatan seperti ada berpenghuni. Justeru jika ada langganan akhbar perlulah dihentikan supaya kediaman tidak kelihatan tidak berpenghuni. Kedudukan rumah di kawasan terpencil tanpa jiran tetangga juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka. Struktur rumah juga memainkan peranan mudah dimasuki pencuri terutama jika mempunyai lubang angin di bahagian bumbung.
Meletakkan barang bernilai di sekitar atau didalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah. Penjenayah ada yang menggunakan pemutar skru atau objek tajam mengumpil pintu atau tingkap atau menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
Bumbung dan silingterbuka mengundang pemecah rumah melakukan kegiatan yang tidak bermoral. Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah, Sebaik tuan rumah membuka pintu penjenayah akan memasuki rumah secara paksa. Adalah sebaiknya jika anda terdengar paip air atau sesuatu diluar rumah berlaku pada waktu malam pastikan dan perhatikan dulu sebelum keluar menutupnya kerana dikhuatiri ia adalah perangkap.
Diantara kaedah  pencegahan yang boleh digunakan ialah sebelum meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama anda boleh memaklumkan kepada jiran terdengkat atau dibalai polis berhampiran dengan memaklumkan berapa lama anda meningalkan rumah kosong. Anda juga perlulah memastikan kawasan sekitar rumah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persembunyian pencuri.
Bersama-samalah mencegah KECURIAN dikawasan PERumahan ANda

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails