27 Mei 2010

PETROL NAIK LAGI??????

Betul Ker????? adakah berita kenaikan minyak ini akan menjadi kenyataan woooi mesti harga barang naik lagi... adakah pengguna akan bertukar kepada NGV (Natural Gas Vehicle)???.
Harap2 kenaikan minyak ni tidak terlalu tinggi & membebankan pengguna awam. Jika minyak naik !!!.. Tambang Pengangkutan awam akan mengikut naik juga. Sudahkah? Pengangkutan Awam meningkatkan taraf perkhidmatan mereka. Mungkin Kerajaan telah banyak membuat kajian yg mendalam sebelum membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak. Sudah pasti kerajaan telah ada alasan tertentu untuk beritahu pada rakyat mengenai kenaikan harga minyak ini.  
Sebanyak RM100 bilion dapat dijimatkan oleh kerajaan dalam masa 5 tahun jika kerajaan menarik balik subsidi pada minyak. Kerajaan juga menyatakan terpaksa menarik balik subsidi kerana kerajaan terpaksa mengurangkan defisit yg kerajaan tanggung. Kerajaan pasti boleh menyalurkan subsidi tersebut kepada pembangunan setempat. Kenaikan harga minyak dijangka sebanyak 10-15 sen seliter. Maknanya Ron 95 seliter sebanyak RM2.00 untuk tahun 2011. Harap2 kenaikan ini tidak membebankan mana-mana pihak dan menghadirkan situasi menang2 bagi kerajaan & pihak pengguna terutamanya bagi golongan yg berpendapatan rendah & sederhana sekaligus mengurangkan jumlah penjualan kenderaan dan peningkatan perniagaan yg berasaskan perkhidmatan yg menggunakan kenderaan.   

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails