02 Jun 2010

CUAI JAGA ANAK KENA DAKWA

Sepasang suami isteri mungkin pasangan ibu bapa pertama yg akan didakwa di mahkamah kerana kecuaian dalam menjaga anak mereka. Pada 12 Mei 2010 2 org kanak-kanak telah hilang dari jagaan ibu bapanya dan telah diselamatkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menjadi persoalan disini ialah kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut hanya membuat laporan polis setelah 3 hari kanak-kanak tersebut hilang iaitu laporan tersebut dibuat pada 15 mei 2010. Perlukah? pihak berkuasa (POLIS) mendakwa mereka berdua. Adakah? kedua ibu bapa tersebut sepanjang 3 hari sibuk mencari anak-anak mereka.




 Jika benar dalam 3 hari tersebut mereka mencari anak mereka. Tidakkah pihak polis boleh mengggunakan budi bicara mereka untuk sedikit berlembut dengan mereka. Sedangkan mereka sekeluarga datang mencari kerja di Kuala Lumpur. Mereka sendiri pun belum mempunyai tempat berteduh dan masih menumpang di Masjid di sekitar Kuala Lumpur. Mereka sekeluarga ini sedang dalam masalah tidak mahukah pihak Polis membantu mereka bukannya lagi menyusahkan mereka.




Dimana pihak Baitulmal!!! Jabatan Kebajikan !! atau lain2 kementerian dari kerjaan yg boleh membantu mereka sekeluarga ini. Bantulah mereka mencari tempat tinggal dan pekerjaan yg sesuai dengan mereka jgnlah sampai terjadinya kes org islam mendapat bantuan dari pihak gereja atau lain agama sedangkan agensi2 kerajaan hanya berdiam diri sahaja.  



Harap2 pihak polis mempertimbangkan tindakan yang mereka akan ambil keatas mereka sekeluarga. Harapan saya juga agar keputusan yg dibuat bukan berdasarkan emosi atau tindakan untuk Popular malah akan menguntungkan mereka sekeluarga....! 

2 ulasan :

  1. salam ziarah,

    mohon masukkan url kami ke blog tuan/puan.

    http://rajahmas.blogspot.com/

    terima kasih.

    BalasPadam
  2. salam
    boleh mari bantu membantu

    BalasPadam

JOM KOMEN DISINI

IKLAN @ mffzone

Related Posts with Thumbnails